Wednesday, September 29

Aiman & Tom Marre



'Tom' nama seekor kucing. Kucing milik nenek @ wan aku. Wan aku sayang Tom nih tahap dah macam sayang kat orang aku rasa. Ke mana sajer dia pergi dia akan bawa. Pergi kedai pun Tom akan ikut. Kalau xbawak Tom akan merajuk..binatang pun ada perasaan kan emmmm...Tom ni kitaorg panggil dia Tom Marre. Kadang2 kitaorg geram sgt dgn Tom ni sbb dia manja sgt dengan wan aku hihiihhi...berak kencing pun sampai bsh oh tidak!!!!!Tom perangai dia baik bila ddk dlm kereta mcm kita2 ddk senyap sambil layan radio. Aiman suka sangat dengan Tom nih. Yang aku risaukan bulu tom tuh takut dia selsema kalau asik cium ajer kan. Tom ni pulak kalau dengan bdk kecik pandai jeles2 gitu. pelik aku tengok perangai Tom nih. Kalau Tom tengok Aiman minum susu dia pun nak minum tak ker perangai macam orang tuh huhuhuhu...Tom..Tom..bertuah badan ko dibela oleh Wan. Dulu hidup ko merempat jer kat longkang tapi sekarang ko tido pun dalam baby court...

Tuesday, September 28

Demam Sekeluarga

Balik dari wedding zai di Batu Pahat aku sefamily kena demam. Bukan demam ajer sekali package ngan batuk selsema. Rasa terseksa yang amat. Sukar untuk aku tido dengan nyenyak dan aman. Hubby plak demam sekali package sakit pinggang yang amat. Tak tahu asal usul kenapa bleh kena sakit pinggang nih. Tetiba jer datang rasa sengal, sakit dan ngilu bila bergerak. Sian kat hubby. Doktor pesan jangan travel tp travel gak huhuhhuu..si budak kecik aiman plak diserang 'gegata' bahasa kampung aku..Satu penyakit yang gatal-gatal pastu tumbuh bintat-bintat kat area badan. Sian Aiman anak ibu. Yang kelakarnya muka aiman jadi bengkak cam sin chan pon ada aku tengok hihihihi...


ni ubat aku..camner aku nak abiskan pun aku xtau

ni pulak ubat hubby boleh tahan gak banyaknya

ni ubat aiman...byk jugak cam ibu ngan abah dia

Belajar Solat

Gembiranya hati ibu bila tengok aiman bentang sejadah bila kami nak solat sambil mulut cakap-cakap bahasa dia..Aiman sekarang dah pandai cara-cara nak solat tp blum perfect lagi la hihihihihi..mula-mula takbir pastu baca-baca komat kamit mulut dia then terus jer sujud..rokok tertinggallah sayang. pas sujud salam kiri kanan pastu doa..walaupun xsempurna rukun sembahyang ibu ngan abah bangga ngan aiman. Aiman hebat yeh!!!!

berdoa sampai mulut terjuih...

Batu Pahat ...tunggu kedatangan kami

Jumaat malam kitaorg sefamily ke batu pahat. Actually aku dah lama tak ke batu pahat nih. Last aku pergi tahun 2003. punyalah lama dah 7 tahun. Ni pun kebetulan ada member rapat masa study dulu yang nak kawen tu yang pegi. Kitaorg pergi satu kereta sahaja. kes nak jimatlah nih hihihihi...bertolak dari KL pukul 9.00 malam. pergi ni nekad jer sebab kami semua sorang pun tak tau jalan. Mujurlah ada ida bg direction kat aku. Dia sememangnya orang batu pahat. Dia punya direction memang tip top arrr sbb follow jer terus sampai....Tempat lokasinya Hotel Garden..melilau gak cari hotel ni..mujur jumpa abg polis dpt gak tanya kat mana. Akhirnya jumpa gak ler hotel nih..

pandangan dari hotel garden..besar jugak bandar batu pahat ni


Wednesday, September 8

Selamat Hari Raya AidilFitri

To all my Muslim friends, I would like to wish you and your family Selamat Hari Raya . ... if I was wrong to have you all I want to apologize! and be safe on the road ya!!

We're back to Kuantan & Paloh Hinai for me and family as done every year since married. Our kampung take the two and a half hour’s journey from Kuala Lumpur. just can't wait to reach my hometown.....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette