Tuesday, November 30

Akibat suka berlari-lari sana sini

Ahad sajer nak bawak aiman jalan-jalan. Destinasi ikut gerak hati kemana sahaja nak pergi. Sebab tak tahu nak ke mana. Akhirnya n'cik suami bawak pegi Jusco Metro Prima jer. Cam biasa entry aku memang tak panjang. More to pictorial..Kat opis dah ler duk kat department yang penuh lagi sarat ngan maklumat. Sarat kepala hihihihihihi...cerita paper jangan cakap ler sehari baca 6 jenis paper ngeh ngeh..ngeh...ni dah nak start wat artikel baru lak tuk buletin adoiiii......



sian....mulut bengkak



sekarang aiman suka buat camnih tiru akim






Update lagi 3.12.2010

senarai sehingga 3.12.2010

Monday, November 29

Senarai Update Our Lucky Draw

Senarai update sehingga 30.11.2010
( 40 participated)

Rocking Chair

Sesuatu yang special aku belikan untuk aiman bila bersantai tengok TV. Murah jer aku beli tak sampai pun setengah dari 50 ringgit. Aku pilih favourite color turqouise blue. Tapi ada mix yellow sikit kira halal jer ler. Tak sia-sia aku beli sebab Aiman very excited tengok rocking chair nih. Terus duduk dan rocking..rocking...yeh aiman.........







wah baca buku lak..tak tahan aku tengok cam orang besar jer perangai dia..




Friday, November 26

Sehari Jer Lagi!

Lega rasanya hati ni majlis konvo dah pun selesai. Tinggal sehari jer lagi esok. Bila tengok pic yang aku upload ni mesti blogger dapat tau aku kerja di mana.

media2 perlu register ngan aku dulu before masuk dewan..jangan langgar perintah yer hihihi








how do they do ~~~~~butterfly~~~~~





Tuesday, November 23

Tergendalanya rutin harian

Rutin harian aku lepas balik keje terus pick up aiman kat rumah mak dah. On the way back jer ke rumah aku. Ambil bukan terus balik ke rumah kena bawak pusing 2..3.. round dulu baru balik rumah. Minggu ni cik suami kena balik awal sket dari biasa dan ambil alih tugas aku sebab aku sampai rumah dah lewat.


minum susu sambil layan lagu maher zain



Minggu yang Bz

Minggu ni aku bz sikit sebab ada majlis konvo kat tempat aku. Harap segalanya dapat diselesaikan sebelum esok sebab khamis student dah konvo. Esok graduan dah dtg tuk rehearsal. Seperti biasa aku kena stay sampai tengah malam. Dah berhari-hari asik balik lewat jer nak siapkan apa yang patut...arghhhh letihnya!! Hari khamis plak kena sampai opis sebelum pukul 7. Bila dah selesai semua nih barulah hati rasa lega.......Hopefully semuanya ok nanti.....




Monday, November 22

Di mana dia.....?

Aktiviti bila petang ahad kalau tak ke mana mesti bawak aiman main kat playground. Aku sekarang bila pegi playground boleh rileks sikit sebab 2 orang adik ipar aku ada untuk jaga aiman. Boleh lah aku bercanda-canda ngan cik suami hahahaha...

berlari-lari dengan pakcik mat

yang nilah adik ipar aku yang bongsu @ maksu zila. Umur form 2 tapi saiz bdn darjah 2..makan banyak sikitlah maksu bagi besar sikit. Nanti kalah lak ngan anak buah huhuhu..

ooo maksu curi tulang yer..tengok dari jauh jer

Tengah-tengah rancak aku beborak aku tengok aiman takder kat area situ..berderau hati aku. Tulah nak bercanda sangat. Cari punya cari nak tau dia kat mana
^..^
~
^..^
~
^..^

~
^..^
~
^..^
~
^..^

~
^..^
~
^..^
~
^..^
~
^..^
~
^..^
~
^..^
~
^..^
~




dalam ni rupanya...lega ati ibu....terbaliklah aiman masuk ikut sini

sedaya upaya nak masuk jugak tuh.. dah ler licin pakai kasut plak
macam-macam lah anak ibu ni...



Sunday, November 21

Tips bagi makan ubat

Aiman memang sangat-sangat susah nak makan ubat. Bila kita nak suap ubat mulalah meronta-ronta meraung sakan tak nak makan ubat. Bila aku suapkan dia akan muntahkan balik. Macam-macam cara aku dah cuba tapi dia tetap tak nak makan ubat.Akhirnya aku dapat satu idea. Aku ambil pendekatan secara psikologi untuk bagi dia makan ubat. Apa yang aku buat ....

~aku ikut sukatan doktor bagi dengan gunakan stryinge (jangan bagi nampak tau... RAHSIA!!!)
~aku masukkan ke dalam cawan dan aku letakkan sudu
~aku menggayakan cawan dan sudu tersebut seperti aku sedang makan aiskrim
(muka mesti feel lebih tau hahahaha)
~aiman akan datang dekat aku dan dia nak apa yang aku makan
~aku dengan muka confident terus suap ubat tadi
~bila dah rasa muka aiman semacam jer hahahaha
~walaupun terkebil kebil nak habiskan hasilnya BERJAYA.....aiman tak muntah pun
~sbenarnya ok jer rasa ubat tuh..

maafkan ibu yer montek..terpaksa ala-ala tipu gitu sebab nak montek ibu cepat baik




Bz's sabtu

Selalunya bila tiba hari sabtu aku sangat suka sebab dapat rehat. Tapi sabtu kali ni aku kena kerja. Ada kerja urgent yang perlu disiapkan. Nak buat camane kan dah namanya kerja kena buatlah. Bukannya selalu pun kena kerja hari sabtu..beberapa kali jer dalam setahun. Sebelum ke opis aku prepared segala bagai untuk aiman, senang cik suami nanti sebab aku balik petang. Hari ni aku demand sket suh cik suami hantar aku pegi kerja. Yerlah hari-hari drive nak jugak merasa orang hantar pegi keje hihihihi...best gitu duduk rileks kat sebelah. Hari biasa cik suami tak dapat nak hantar sebab dia keluar rumah awal dari aku.
Syukur alhamdulillah keje part aku dah siap tinggal sikit lagi sambung hari isnin pulak. So tak perlulah aku datang keje hari ahad. Cik suami datang amik aku dan kitaorang terus ke Taman Metropolitan untuk bawak aiman main-main kat taman. Aku sebenarnya tak berapa suka datang taman ni sebab terlampau ramai orang. Sesak susah nak cari parking + jem. Tapi mana ada lagi tempat nak pegi Titiwangsa jauh pulak dari rumah.Bila tengok playground memang macam tak ada peluang nak main ramai sangat orang. Pandai-pandai lah menyelit huhuhuhu..Bila dah datang sini aku suka tengok layang-layang terbang tinggi nun di awan.

spinning the wheel (suka sangat main ni)


rehat jap gatal kaki lah...

muka takut....

nak main yang lain tak dapat..lama ssangat tunggu turn hihihihi..main ni jer la aiman..








Ex-shcoolmate...enjoy!!!!

Belasan tahun sekian lamanya aku meninggalkan zaman persekolahan. After SPM semuanya dengan dunia masing-masing. Senyap tanpa kabar berita kalau ada pun sorang dua jer lah yang rajin contact2 nih..finally we all jumpa semula through facebook. Nilah impak positif dari fenomena facebook yang hangat melanda sekarang nih..boleh jumpa balik member-member lama. Nak buat reunion tak berkesempatan lagi.

sumer dah beranak pinak...


budak kecik ni tukang lap bola..tak dapat main dapat lap pun jadilah kan aiman!!




kawan baik aku masa kat sekolah sampai lah sekarang..sama-sama kawen lambat..sama-sama dapat anak lambat..sama-sama kurus waktu dulunya..sama-sama gemuk waktu sekarang hahahahaha...




Saturday, November 20

TQVM TO B.A

Thank you very much B.A
promote my blog....
entry tak bleh panjang keje banyak huhuhuhu




Tuesday, November 16

JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU ~ moh kita kenal2



Aku baru saja aktif nak berblogging nih..
member-member mesti dah lama dalam dunia berblogging nihkan..
bila dah mula rasa seronok lah pulak.
Tima kasih aku nak ucapkan
utk member-member yang sudi dtg jengah ke
blog aku yang tak seberapa nih..
Thanks a lot kepada benashaari yang organize khas buat blogger2 yang baru cam aku nih..
sapa tak kenal brother ni kan
glemer u!!! ats usaha niat murni nih moga rezeki abg ben bertambah tambah murah lagi
moh la..
bleh la kita kenal2 dpt tambah kenalan
and share apa yg patut





Selamat Hari Raya AidilAdha

To all my Muslim friends, I would like to wish you and your family
Selamat Hari Raya Aidiladha..
drive safe and take care on the road ya!!
Hope that you have a great time with your family tommorow...







Monday, November 15

Program Khidmat Masyarakat @ PDK

Jumaat lepas aku telah terlibat dengan program khidmat masyarakat bersama OKU di PDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti) di Kampung kenanga, Rawang.

PDK merupakan salah satu program yang melibatkan pembabitan secara aktif ibubapa / penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti setempat untuk membantu orang kurang upaya hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat.
Bagi ibubapa/penjaga yang berminat untuk memasukkan anak-anak kurang upaya ke PDK perlu mendaftar kecacatan anak di Pejabat Kebajikan masyarakat Daerah yang berhampiran. Kemudian, boleh terus mendaftar dengan PDK yang berdekatan dengan tempat tinggal kanak-kanak yang kurang upaya. Kemasukan ke PDK ni tiada had umur.

Aku rasa seronok sekali sebab dapat join program kali ni. Banyak pengalaman yang aku dapat. Kami bergotong-royong bersama-sama membersihkan kawasan sekitar PDK. Tidak tertumpu kepada gotong-royong sahaja kami juga mengadakan program interaktif bersama kanak-kanak OKU tersebut. Jelas di mata kelihatan mereka amat gembira sekali.


aku amik part mengecat..muka sememeh semacam..walaupun badan rasa lenguh+penat baju comot dek cat aku rasa sangat2 berbaloi dapat membantu dalam usaha murni ini..

pandai dia warnakan..



Luka Kencing Manis Semakin Sembuh

Emak aku telah menghidap penyakit kencing manis hampir 17 tahun lamanya. Seusia adik aku yang bongsu. Ditakdirkan mak aku telah terpijak pokok duri semalu semasa menyiram pokok bunga kat depan rumah. Kaki mak aku memang deria rasa dah kurang. Sentiasa rasa kebas. Akibat dari terpijak duri semalu tu kaki mak aku terus luka dan bernanah. Tahu-tahu jerlah kalau orang sakit kencing manis bila dah kena luka memang lambat nak baik. Luka pulak memang gerun nak tengok. Mak aku tekad untuk dapatkan rawatan kat hospital. Sampai hospital doktor terus buang nanah dan luka menjadi lebih besar. Luka menjadi sebesar saiz tapak kaki yang asalnya saiz sebesar duit 50 sen. Doktor buang sel-sel daging-daging yang telah mati untuk cepatkan penyembuhan. 3 kali kaki mak aku dioperate doktor. Kami adik beradik bergilir-gilir jaga mak.

Syukur Alhamdulillah luka mak aku sekarang semakin sembuh dan hanya tinggal sikit sahaja lagi nak tertutup. Berkat kesabaran mak aku berpantang dan memakan segala jenis ubat yang orang rekemenkan pada dia. Luka dicuci setiap hari. Tempat luka disapukan dengan madu setiap kali di cuci. Untuk elakkan dari bernanah. Gambar agak ngeri...aku memang takut bab-bab nih tapi disebabkan 'mak' aku memberanikan diri aku.


pandangan luka dari tepi - 10 Ogos 2010-


tinggal kecil sahaja lagi - 14 Nov 2010-





Balik Kampung

Weekend baru ni aku pulang ke kampung kira balik pra raya lah nih. Memandangkan Hari Raya nanti kami bercuti hanya sehari sahaja. Balik pun nanti hanya balik hari sahaja tak dapat tidur. Balik ni pun sekejap jer dapat duduk rumah hanya 2 malam. Sangat tidak puas rasanya nak bersama keluarga tercinta. Kat kampung tak banyak sangat aktiviti yang dibuat sebab balik sekejap jer kan. Aktiviti panjat pokok jer. Layan jer la....

Rezeki dapat makan buah dokong. Pokok dokong nih berbuah memang lambat dari yang lain...tak tahu kenapa dan mengapa..




nak ambil punya susah buah ni kena panjat dan potong pakai pisau..kerja panjat memanjat ni kita serahkan pada yang pakar huhuhuh


untuk di bawa pulang ke KL

Tengah kitaorang sibuk-sibuk kat luar aku terjah jap nak tengok apa aiman tengah buat kat dalam rumah...senyap jer tak berbunyi langsung..

patutlah senyap tengah menyepahkan rumah rupanya....aiman!!!!!!!


main teddy bear rupanya....alahai anak ibu




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette