home about me award contest Image Map

Wednesday, February 23

Sesawang Bersawang

Huh lama sungguh rasanya tak menghapdet blog. Sorry to uolls tak dapat nak menjenguk blog uolls. These are what I'm busy with recently....

Monday, February 14

Mandi Manda

Walaupun kesihatan Aiman tak berapa mengizinkan untuk bersuka ria kami tetap pergi untuk mandi manda hari sabtu lalu. Rugi pulak rasanya kalau tak turut serta dalam hari keluarga yang opis anjurkan ni. Bukannya selalu pun sekali sekala nak bersuka ria bersama kawan-kawan dan family masing-masing. Masa ni cukup sesuai untuk kenal satu sama lain. kali nih buat di Desa Water Park. Ni kali ke 2 aku ke sini. last pegi tahun 99 masa study dulu. Dah lama sangat dah.

Aiman demam sekali package batuk ngan selsema. Seharian meragam serba tak kena ajer. Tak boleh salah sikit nangis ajer. Langsung tak nak bagi respon kalau ada yang nak dukung dia. Nak bersalam pun tak nak. Nak duduk dekat pun tak boleh. Mungkin dia rasa tak selesa sebab tengah demam.

Masa nak check in Aiman tak dibenarkan masuk. Ketinggian Aiman melebihi aras yang sepatutnya. Aiman kena pakai wrisk band jugak walaupun umurnya baru 2 tahun. Aiman memang tak bayar pun sebab kanak-kanak bawah 3 tahun tak perlu bayar. Tak bayar maka tak dapatlah wrisk band. Aku ngan n'cik suami dah ternganga kejap. Gi balik kat urusetia nasib baik ada lebih wrisk band orang yang tak datang. Urusetia bagi yang 'ADULT' taram ajelah labu janji ada..



Walaupun demam mandi dari pukul 10 pagi sampai 4 petang. Gaya macam orang tak demam sajer.






Si Tom Telah Pergi...

Tak habis lagi dengan sedih kehilangan kasut Aiman dah tambah lagi satu kesedihan. Ni memang lagi sedih waaaaaaaaaaaaa..mau meraung kuat-kuat!! Tom telah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Sedih tak terkata hati ni. Tom hanya sempat hidup seminggu sahaja sejak pengesahan dari doktor yang dia sakit batu karang. Dalam masa seminggu Tom dah tidak ada selera untuk makan tapi saya paksa juga guna syringe. Tom telah selamat dikuburkan di depan rumah. Kami tandakan kubur Tom dengan seketul batu. Tak boleh menulis lagi air mata dah berjujuran ni...


Friday, February 11

Kasut hilang sebelah

Sedih sayu pilu terkilan sumer ada. Gara-gara sepasang kasut kepunyaan Aiman. Sepasang kasut yang berwarna kuning. Sejenis 'kasut buaya' iaitu trend kasut masa kini. Sebelah dari kasut ni telah hilang tak tahu ke mana semasa kami sekeluarga sedang rancak borak-borak sambil membakor ayam di rumah member. Puas kami mencari tapi tak jumpa jugak. Kini hanya tinggal sebelah sahaja. Sayang sebab warnanya itu. Sungguh cute bila Aiman sarungkan ke kaki. Susah nak cari kasut buaya ni yang color kuning. Harap-harap terjumpalah nanti...



Ceramah Agama Sempena Maulidur Rasul

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Hari Jumaat seperti yang kita sedia maklum semuanya baik-baik belaka. Jadi hari ni saya juga nak melakukan perkara yang baik. Nak gi dengar ceramah agama sempena Maulidur Rasul yang lagi 3 hari jer lagi on 12 Rabiulawal bersamaan 15.02.2011. Ceramah disampaikan oleh Encik Wan Jaafar dari JAKIM. Semoga saya dapat manfaatkan apa yang saya dengar nanti...InsyaAllah


Wednesday, February 9

Perjalanan KL - Kuantan - KL

Cuti perayaan tahun baru cina baru ni kami sekeluarga ambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Yerlah cuti 4 hari tuh rugi kalau tak kemana-mana. Kami bertolak ke kampung hari khamis untuk mengelak dari keadaan jem. Alhamdulillah perjalanan balik ke kampung begitu lancar sekali. Kampung kami tak jauh 3 jam jer dah sampai. Seronok kat kampung jangan cakaplah lagi-lagi adik-beradik ada balik. Cam biasa bila dah sumer berkumpul ni acara wajib 'bakar ayam' makan ramai-ramai. Seronok-seronok....

n'cik suami sedang tekun membakar..rugi lah jadi tukang bakor nih..bakor-bakor orang lain ngap dulu..teringat citer hantu kak limah.."kita bakor! kita bakor! kita bakor!.hahahhaha memang lawak ler..

errrrkk..nasi goreng akan jadi lebih sedap kalau dihidangkan dalam periuk


nak bagi diam umpan raket patah..kalau tak buat gitu jangan harap dapat main


Kami bertolak balik dari kampung hari ahad pukul 5 petang. Dengan harapan jalan tak berapa jem mungkin ramai yang balik hari sabtu. Ternyata sangkaan saya meleset sekali. Sampai jer kat kawasan Lanchang terus jem. Errrrkkk..perjalanan 30-40km/j..bila mau sampai kalau macam nih. keadaan jem tu sampailah dekat hentian genting sempah..pergghhhh panas punggung dah duduk dalam kete. Kesian banyak kereta yang berhenti kat bahu jalan. Ni kes high temperature lah ni tak pun sajer nak berhenti boring sebab jem. Seratus biji ada kot rasanya. Aiman pulak dah meresah jer tak selesa duduk dalam seat dia. yerlah budakkan mana nak selesa lagi pulak kete jalan nyet-nyet. Yang peliknya after terowong terus tak jem..rasanya gara-gara orang berhenti kat jalan di hentian genting sempah yang membuatkan keadaan jam...dari 3 lorong jadi 2 lorong..kami sampai kl malam tuh pukul 12 lebih malam. 7 jam perjalanan balik. Sengal seluruh badan.

aksi-aksi aiman waktu jem







Tuesday, February 8

Si Tom di serang Batu karang

Ingatkan orang jer di serang penyakit batu karang rupanya kucing pun boleh kena juga. Seminggu Tom tak kencing-kencing. Pasir tempat dia membuang tak ada kesan apa-apa pun. Tom jarang membuang kat luar mesti kat dalam takungan pasir kebiasaanya. Tu yang boleh perasan Tom tak membuang. Alkisahnya bawaklah si Tom nih jumpa dengan doktor. Doktor kata si Tom di serang penyakit batu karang. kebiasaanya kucing jantan memang selalu kena. Doktor bagi ubat untuk Tom kencing. Bila dah makan ubat Si Tom ni asik pulak terkencing-kecing. Tau-tau ajelah bau kencing kucing jantan...adoiii menusuk hidung. Tak larat kalau macam ni asik nak mengelap lantai dengan tukar kain alas sentiasa. Dapat satu idea camaner nak settlekan ni semua...


hahahaha pinjam dry pants aiman... elok pulak si tom ni pakai. tak pulak ditanggalkannya. kat bahagian ekor kena tebuk tuk keluarkan ekor. legaaaaa sudah. nampaknya aiman terpaksa berkongsi pampers dengan tom huahuahua....bulan ni kena belanja lebih tuk pampers lah jawabnya..



Thursday, February 3

Gong xi fa cai

Selamat menyambut Tahun Baru Cina bagi kaum cina di seluruh Malaysia. Sama-sama kita manfaatkan cuti raya nih bersama keluarga tercinta. Nak ucapkan 'gong xi fa cai' kat untie mei dan uncle wong. Diaorang nih jiran kami yang sangat baik hatinya. Sentiasa rajin tolong menolong. semoga uolls selamat ke destinasi yang dituju dan selamat kembali bertugas seperti biasa.



pinjam gambar kat pakcik google



Wednesday, February 2

Under construction

Minta maaf semua. Sekarang my blog asik bertukar templates sebab tengah nak cari yang bersesuaian dengan citarasa. Bila dah tak berapa nak pakar ni tu yang jadi kejap-kejap tukar. Terima kasih kak rin bagitau yang lady bug background tuh tak appear bila buka di opis. Nak kena tukar lagi lah ni nampaknya..minta maaf semua.




Tuesday, February 1

HP rosak

Masuk ni dah dua kali hp rosak. Ni gara-gara anak terunaku yang sorang. Aiman suka sangat main hp pastu bila kita tak sedar dibalingnya hp tuh. Kali nih rosak memang dah tak boleh guna lagi. Button banyak yang tak function. Nak tekan untuk call pun tak boleh. Nampak gayanya memang kena cari yang lain. Aiman sian kat ibu xder wet nak beli huhuhuhu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette