home about me award contest Image Map

Thursday, March 31

Jalan-jalan Tengok Wayang



Hari tu kami sajer bawak Aiman tengok wayang. Layan movie 'Hikayat Merong Mahawangsa'....memang terbaiklah cerita nih. Tahniah untuk KRU. Bila tengok movie ni rasa macam bangga ngan Anak Malaysia dapat hasilkan filem yang sebegini hebat bagi aku.

Kata-kata yang aku tak boleh lupa akan Hikayat Merong Mahawangsa ni bila Merong cakap.........argghhhhhh very touching lah!!!!!

Sampai Masa Tibanya Waktu,
Redup Hati Kamu Berdua,
Bila Dua Jasad Bersatu,
Hidup Mati Jadi Bersama.

Tapikan belum pun habis tengok Aiman dah pun cakap "bu...bu...dah..dah..abah..abah..dah..dah..." puas aku ngan n'cik suami pujuk untuk habiskan menonton. Mungkin cerita ni tak sesuai untuk Aiman. Dia rasa boring yerlah epic movie color pulak tak ceria. Ibu ngan abah sangat-sangat teruja. Aiman pulak tak berapa suka. Cuma part lawan-lawan jer dia excited tengok bila part lain dah mula bercakap sorang sambil makan popcorn.





Wednesday, March 30

Muat ker ?????

Haaaaa tiap kali aku nak sidai baju inilah kerja Aiman. Dia akan keluarkan semua baju dari dalam bakul. Habis selerak dibuatnya. Dan inilah rutinnya....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
:
:
:
:
:



Tuesday, March 29

Pecinta Haiwan

Korang semua suka binatang tak..? aku ni tersangatlah suka binatang lagi-lagi binatang yang bernama kucing. Teringin sangat nak bela kucing sekarang nih tapi n'cik suami tak berapa nak bagi pulak. Sedih pulak tetiba teringat dengan SI TOM...

Aiman pun nampaknya sukakan binatang. Aku tengok dia tak takut pun bila tengok binatang contohnya cam tengok landak nih. Landakkan berduri tapi dia berani woooo...


memang berani berhati waja sebab landak berada di dalam huhuhuhu


Ni nak cerita kat opis pulak. Kat opis dah macam kelab pecinta haiwan bila masing-masing bawak binatang peliharaan untuk di bawa ke klinik haiwan. Sebelum nak ke klinik untuk check up bulanan letak jap dalam opis. Sempat lah kami main-main bergurau senda.


ni namanya oppa..asal keturunan rabbit apa aku tak tahulah. Telinga dia jatuh dan kat tengah pulak. Sangat-sangat cute. Bulu yang sangat gebu. Kalau dimandikan makan masa 3 hari baru nak kering betul. Dinasihatkan supaya oppa tak perlulah mandi selalu yer oppa....





yang ni pulak namanya nana..aku sangat suka kat nana ni. nana cam kucing spesis benggal bila tengok corak atas kepala dia. tapi bukan benggal lah. puas berkali-kali mintak dengan tuannya tetap tak dapat...nasib huhuhuhuhuhu...



Monday, March 28

Smart Wonder Land @ Saturday

Hari Sabtu n'cik suami ada kerja pulak nak kena settlekan. Kami berdua kat rumah rasa boring semacam jer. Aku ngan Aiman sajer keluar gi jalan-jalan. Helo n'cik suami suruh tunggu kat tempat kami nak tuju. Kami nak ke Smart Wonder Land sajer nak bawak Aiman main kat sana. Lama tak pergi sana.


sila duduk diam-diam. ibu nak drive nih. jangan mintak macam-macam yer..ibu dah bagi air matching ngan baju tu sirap ijau...kasi warning dulu sebelum nak jalan...


wah sungguh lucky kamooo dapat nombor satu...hanya sekadar nombor jer pun..











Friday, March 25

Jenis-jenis Botol Susu Yang Selamat Digunakan

Sekarang ni tengah hot cerita pasal botol susu. Hati parents mana yang tak risaukan bila dengar macam-macam. Lagi-lagi hal yang akan memberi kesan yang tak baik kepada anak.

Pemilihan botol susu adalah sangat penting bagi anak kita. Kita disarankan untuk memilih botol susu jenis bebas BPA contohnya dari bahan Polypropylene (PP), Polyethersulfone (PES), Polyamides (PA), kaca dan lain-lain mengikut kepada kemampuan masing-masing.

Untuk Aiman aku memilih botol susu jenis PP. Tak pernah lagi beli yang jenis dari kaca. Takut pulak buatnya dibaling tak ke haru tuh. Mau berderai tak pasal-pasal kena kaki..Sebenarnya tak kisahlah dari jenis apa pun janji kita beli yang bebas BPA untuk anak kita.

Ini antara jenis-jenis botol susu yang boleh kita dapati kat pasaran untuk our son / daugther. Merangkap juga botol susu Aiman kat umah ngeh..ngeh...ngeh..design semuanya wide neck. Dari baby Aiman memang menggunakan botol jenis wide neck. Kalau bagi botol jenis kurus tuh tak mahu diminumnya. Mungkin dia dah selesa dengan botol yang besar gabak gitu.


Ini adalah brand NUBY. Aku sangat sayang dengan botol ni. Bukan aiman yang sayang tapi aku boleh gitu..Aku sukakan Nuby sebab design, good quality dan reasonable price. Lagi bertambah suka bila Aiman terbalik-balikkan dia tak kuar air...ibu tersangatlah suka. Takde istilah kicap bagi botol susu jenis ini.



Yang ni pulak brand Tomme Tippee. Senang nak pegang bila minum. Aiman sangat suka minum botol ni sebab puting botol ni aku rasa. antara putih dan biru dia lebih sukakan biru sebab ada gambar kat bawah tu.



Ni pulak Avent. Ok yang Avent nih warna yang agak kelabu tuh free BPA. Yang satu lagi tuh tak rasanya. Tak ingat tulis kat kotak masa beli. Tapi yang color kelabu tuh sure free BPA. Yang ni pun Aiman sangat suka.



Ok ni botol last brand Momma. Aiman panggil Get..get..means Joget. Botol ni jenis rocking. Beli botol ni sebab cute. Kata mak aku botol labu erkkkkk...Ok jugak botol ni cuma kalau sapa yang tangan kecik susah sikit nak pegang bila nak minum...

Sharing is caring.....


Thursday, March 24

Memori SPM

Haaa semalam seperti yang kita sedia maklum result SPM dah pun keluar. Selesai sudah debaran yang dinanti selama berbulan-bulan. Pagi tadi masa on the way kerja dengar berita keputusan SPM bagi tahun 2010 adalah terbaik dalam masa 4 tahun.

Aku nak ucapkan TAHNIAH buat adik bongsu aku 'Boy' yang boleh dikatakan berjaya walaupun tak dapat 10A. Sungguh memadai dengan result 4A itu dengan perangainya balik jer sekolah tido pastu bila petang keluar jalan jumpa kawan. Malam pun sama. Bila aku balik kampung mak aku mesti membebel kat aku suruh nasihat dia. Mak sangat risau sebab jarang nampak dia mengulang kaji.Membaca buku apatah lagi.Syukur Alhamdulillah...

Teringat zaman aku pulak dulu masa nak amik result SPM. Aku sekolah berasrama dari form 1 hinggalah form 5. Banyak dugaan dan cabaran sekolah berasrama ni. Dan yang penting banyak pengajaran yang aku dapat di sana. Eh tercerita bab sekolah lah pulak..

Masa nak pergi ambil result berdebar jangan kata ler dada nih. Duduk dalam kereta senyap jer masa tuh memikirkan apalah yang aku akan dapat. Aku pergi ke sekolah ngan ayah masa tuh nak ambil result. Maklumlah aku ni anak ayah hahahaha...Terketar-ketar nak ambil result masa tuh. Syukur Alhamdulillah nak kata best sangat tuh tak jugak. Masa zaman aku tuh pakai sistem agregat lagi. Belum pakai lagi sitem A..A.. nih...Tersangkut jugaklah 2 A1, 2A2...yang lain biasalah 3 , 4 dan 5 hihihihi..6 dan 7 pun hadooo..Aku dapat agregat hhmmmm bawah 15 masa tuh. Aku tak berapa gembira sangat sebab apa yang aku target tak tercapai tapi aku bersyukur dengan apa yang aku dapat. Lebih seronok lagi member sebelah kat dalam kelas namanya Azi pun dapat result sama dengan aku.....Cikgu selalu ingatkan SPM adalah penentu segalanya bagi kamu...

Dan hasilnya beginilah aku seadanya sekarang....

Wednesday, March 23

Masalah sembelit

Aiman selalu alami sembelit. Rasanya bukan masalah susu. Macam-macam jenis susu dah try tetap sama. Dah jumpa dengan doktor dan doktor kata ini normal. Belum pernah berjumpa dengan pakar lagi ler dengan doktor biasa ajer. Itulah jawapan selalu yang diberikan. Kadang ngeri tengok bila dia nak meneran tuh. Kesian sangat-sangat...

Sekarang Aiman minum Enfagrow A+. Ada orang kata susu ni panas tapi aku tak berapa pasti. Tanya doktor katanya ok sajer dan bagus susu ni . Sometime Aiman membuang normal sahaja. Mungkin juga Aiman kurang minum air masak. Nak kata tak makan buah makan juga. Atau disebabkan apa yer masalah sembelit nih...?..boleh bagi pandangan atau petua tak...

Tuesday, March 22

Mari Belajar Mengenal Benda

Aiman sekarang in learning process mengenal benda. Aku rajin gak belikan buku untuk dia. Tak cukup dengan buku poster pun beli jugak untuk tampal kat dinding senang dia nak tengok. Hari-hari aku ngan n'cik suami akan tanya dan dia akan tunjuk dan sebut. Ada juga yang tunjuk saja dan diam tak reti nak sebut lah tu. Rumah aku dah macam kindergarden aku rasa. Tak per lah demi tuk nak bagi aiman pandai.

Kalau dalam kereta pulak aku akan bagi dia flash card. Dia akan belek-belek flash card tuh. Kebanyakan flash card dia semua dah lunyai huhuhu...

aiman said "bu..bu.......na na na....(ibu banana)" he really trying to tell me......

Monday, March 21

Tarian Piring

Hari Kami on the way ke Tampin lalu ler jap kat Seremban. Masa kat Seremban kebetulan kat padang MPS tuh tengah ada program Citra Budaya Perpatih. Kat email memang ada dapat email jemputan untuk program nih tu yang terperasan. Singgah jap tengok diaorang rehearsal. Tengok gaya macam tarian piring tapi tak taulah nama tarian nih apa. Cuba korang tengok tarian apa nih mesti orang negeri sembilan tau kot tarian apa..??


semuanya pegang piring..

Disebabkan tengok tarian piring nih ada orang dia pun nak buat tarian piring gak. Jom kita tengok gelagat si comel aiman buat tarian piring versi dia.




Friday, March 18

Cikgu Shida @ Hot FM

Pagi-pagi sampai ajer kat opis member aku tanya. Dengar tak pagi tadi cikgu shida kat hot fm. Alahai tak dengarlah. Soalan diajukan sebab aku ni memang pendengar tegar Hot Fm. Rasa cam rugi pun ada huhuhuhu tak dapat dengar. Tengok kat FB kelakarlah aksi-aksi cikgu shida masa kat konti. Sempoi mempoi habis!!!!

Selalunya memang hari-hari pergi kerja aku akan dengar Hot Fm nih. Tapi hari ni gatal tanganlah pulak tukar selera. Pagi tadi aku layan cd penyanyi sorang nih masa buat concert. Sambil-sambil tengok aku snap gambar dia sebab minat sangat boleh gitu ..t___t....Dah lama dah tahun 2005 kat London. Mesti korang dapat agak sapakan. Artis paling glemer uuuu...
meh kita tengok sapa.....??
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
*
*
*
*


tadaaaaa...Dato' CT ler sapa lagi
sila abaikan selipar berwarna oren wakakakaa..


jalan jem sejam pun aku rasa ok jer kalau layan ni hahahahaha


Wednesday, March 16

Cuti-cuti @ Adventure Community

Hari Sabtu baru-baru ni kami pergi bercuti di Adventure Community. Cam biasa aku akan pilih tempat yang jarang-jarang orang pergi. Cuti-cuti kali nih kira macam family gathering for my mum's family. Rasa seronok sangat sebab dah lama tak dapat berkumpul macam ni. Yang tak berapa nak best Mak Ndak ngan Pak teh aku tak dapat nak join sebab ada hal lain yang tak dapat nak dielakkan.

Suasana yang aman dan selesa membuat hatiku tertarik. Jom layan gambar kami sepanjang kat sana.lagi bertambah best orang lain xder hanya family kami sajer..nun rumah atas bukit dah menunggu kami


Muatan lebih 100 orang kot ....adikku dengan anaknya yg bongsu


ha... tu dia dah menunggu tak sabar nak terjun


tepat lepak dah jadi tempat sidai baju


sumer peralatan dapur ada. dah masak-masak letak jer kat bar tuh. makan bersantai kat luar sambil tengok pemandangan.


nak mandi kena turun tangga..lagi bertambah best kami belajar diving

Aktiviti malam pulak lain tak bukan bbq. Bahan-bahan yang nak dibakar sumer mak dah marinated dari rumah. Senang tinggal bakar jer.

otak-otak gelang patah dari johor memang best!!!


ayahku tugasnya membakar...


tukar shift plak...adik aku yang bongsu berbaju itam panggilan manja 'boy'


siap dengan berulam jering



kasi panas enjin dulu baru aktiviti mandi...

Lepas makan tengahari kami beraktiviti sukaneka pulak. Acara yang biasa-biasa jer. Isi air dalam botol, bawak bola pingpong dalam sudu guna mulut, pastu main baling kasih sayang guna belon. Yang ni memang best sampai sakit-sakit badan dibuatnya.


isi air dalam botol...hahahaha memang lawak ler. ada yang ngelat bawak straw tak diangkat pon..



ibu ngan abah beria main..aiman selamat main kat sini ada pagor..ralik bermain air


nak pegi mana tu ayang ibu


aiman dan awin


Hadiah-hadiah untuk acara-acara tadi..

wan @ nenek yang berusia 81 tahun. Alhamdulillah masih sikat..

Actually my mum ada 8 orang adik beradik. My mum anak ke 3. Tinggal 7 beradik kakak yang sulong dah meninggal. Arwah Aki dah lama meninggal sekarang tinggal Wan sorang sajer. Yang datang ni pun sebahagian jer ramai sepupu yang tak dapat nak join.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette