home about me award contest Image Map

Thursday, April 21

Miaw-Miaw Trip

Rindu betul hati aku kat blog aku ni. Dah berapa hari senyap ajer. Sorry yer lama tak menjenguk rumah kawan-kawan..Hari ni baru masuk kerja. Badan pun tak hilang penat lagi. Alangkah bestnya kalau cuti sampai jumaat. Jangan harap nak dapat huhuhu...

Aku baru saja balik bercuti ke Sarawak. Cuaca kat sana sangatlah panasnya membuatkan diri aku keletihan yang amat sekali. Nanti aku hapdet lagi ... Misteri alam mistik.......membuatkan aku seram........

Thursday, April 14

Memori with Akademi Fantasia

Dulu aku memang follow Akademi Fantasia. Sampai musim ke 3 sahaja. Lepas tu aku tak berapa minat sangat dah. Cuma sekadar tengok ajer. Masa musim yang ke 3 zaman Mawi tuh hampir setiap minggu aku tengok diaorang punya konsert. Masa tu buat kat Stadium Melawati, Shah Alam. Masa tu senang nak dapat tiket free untuk masuk. Tengok jer rancangan Muzik Ria jawab soalan dapatlah tiket. Collect tiket nun kat Astro sana.

Satu lagi banyak gek perabih duit bila follow aktiviti Fan Club diaorang nih. Masa tu rajin pulak aku layan benda-benda macam ni. Bujanglah katakan ehhehehe...aku join banyak jugak fan club diaorang nih..bila ingat balik kelakarlah pulak. Antara fan club yang aku join ADAM AF...


Aku Farah dan Adam...Farah tak pakai merah sebab masa ni tuk fan club Adam.


masa ni kat Saloma Bistro..tema merah putih. Zahid pun hadooo masa ni


Sekarang tak join dah semua nih. Ni masa zaman-zaman remaja dulu ajer hehehehe..



ni pulak gaya Aiman bila tengok konsert Tirai Akademi Fantasia ke 9 ari tuh...santai habis




holiday island

Wah dah seminggu tak menghapdet blog. Sesawang dah naik sawang nampaknya. Balik dari bercuti biasalah keje menunggu. Yang dulu harus didulukan betul tak. Cam biasa awal bulan aku kena siapkan report. Kebetulan aku lak bercuti awal bulan hari tuh.

Destinasi kali ni kami pilih Langkawi Island. Dah lama kami tak ke sana hampir 6 - 7 tahun ada kot. Stay kat sana 3 hari 3 malam cukuplah tuk jalan-jalan dengan merembat apa yang patut untuk di bawa balik.


masa pergi flight pulak delay. letih menunggu penantian memang satu penyiksaan huhuhu...Aiman lak tak mau duduk diam asik nak tawaf ajer..naik kejang kaki aku ngan cik somi bawak pusing


nak tunjuk buat 1..2...3.. cam kat baju dia



baca buku versi dia sendiri...macam-macam bunyi ada..

Wednesday, April 6

wajib tonton

Monday, April 4

Cuti Merehatkan Minda

Tahun 2011 adalah tahun bercuti bagi aku dan family. Kenapa 2011??? Ni gara-gara tempah tiket tambang murah ler tahun lepas. Lama nak tunggu hampir setahun, tapi tak mengapalah janji murah ohh yeahhhhh!!!!Sajer nak bercuti rehatkan minda. Bukan bercuti ke luar negara pun dalam negara jer pun huhuhuhu...Belum ada rezeki untuk ke luar negara buat masa ni. InsyaAllah mana tahukan rezeki datang bergolek-golek boleh bawak Aiman jalan-jalan. Nanti aku hapdet ke mana destinasi aku pergi yer..

Wan aku @ moyang Aiman dah rindu kat Aiman sebab tak tengok dia untuk beberapa hari. Sekarang Wan aku banyak duduk rumah aku. Tu yang manja mereka berdua nih. Tapi tak per nanti Aiman call 'nyang' yer...


aksi aiman bila borak ngan mak aku..bukan cakap siap nyanyi bagai. Lagu peberet sekarang "Sofia Jane by Black"..tak cukup ngan nyanyi selawat pun skali gek. Ngaji alif, ba, ta, tapi yang dengornya ta..tsa...

Friday, April 1

Spending Quality Time

Aku percaya korang yang bergelar parents mesti suka kan baca artikel pasal 'Parenting'. Lagi-lagi yang baru saje bergelar parents. Cam aku ni bolehlah digelar baru lagi pasal umur Aiman baru jer 2 tahun 3 bulan....

Mari kita share pasal topik 'spending quality time with our kids'..
Aku as a goverment servant kerja weekdays ajer. Kira oklah kan weekend tak bekerja. Dapatlah aku ngan n'cik suami luangkan masa tuk Aiman sepenuhnya.

Cumakan kadang-kadangnya bila balik dari kerja badan of courselah rasa penat. Aiman pulak seharian duduk dalam rumah mahu tak boringkan. Mestilah bila waktu petang balik dari rumah pengasuh dia nak main-main kat luar rumah. Disebabkan badan yang penat kadang-kadang aku malas nak bawak Aiman main kat luar. Aku suruh main kat dalam rumah ajer. Satu lagi Ibunya nih nak tengok tv benornya 'Kejora dan Bintang'.....alahai apalah ibu ni..

Walaubagaimanapun kita sebagai parents tak boleh nak ikut citarasa kita sahaja. Kena aturkan masa yang terbaik buat anak kita. We have too...




Ibu baik semalam bawak Aiman main kat luar rumah

Bukan sekadar bermain sajer nih. Training tuk lawan ngan Adif on 23.4 nanti hahahaha..tunggu Adif.. Aiman dah start training petang-petang ni nak lawan..mungkin adif menang kot pasal beskal dia barulah Aiman!!!!!!!!







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette