home about me award contest Image Map

Tuesday, May 31

Boring + Rindu + Takut....

Aku akan merasa boring + rindu + takut bila.....



cik somi outstation...

esok dia akan outstation. bermulalah 3 perasaan ni akan bermain-main dalam diri aku..
sangat2 tak best kan bila cik somi takde di sisi kita..alahai nak lelap mata pun susah camno tuh haaa?

siapalah yang aku nak panggil untuk temankan aku dengan aiman tido kat rumah kali ni. Nak tido berdua memang tak berani. dengar bunyi kucing dengan cicak pun dah membuatkan aku seram.

Wan aku pulak balik kampung..nampak gayanya terpaksalah anak makdah kena temankan kami berdua. Mujur dia tengah cuti sem.


Wednesday, May 25

Tesco oh Tesco

Pasaraya yang paling Aiman suka lain tak bukan TESCO......kenapa dia suka Tesco..? Boleh dikatakan 2 hari sekali kami akan ke Tesco. Kalau nak beli barang ke pergi makan ker senang ke Tesco sebabnya pasaraya yang paling dekat dengan rumah.


Tengok ajer logo TESCO dia dah tau. Tak kiralah logo nih ada kat mana. Sabun cuci pinggan ker , air mineral ker dia akan cakap... sabun eko.. ibu man nak air eko..(versi pelat huhuhuu)..

So aku ngan cik somi nak test dia kalau susun kan huruf guna ABC kat umah dia tahu tak itu TESCO. Dia dah mula mengenal beberapa huruf.

Jom kita tengok..ujian yang aku ngan cik somi buat..





Tuesday, May 24

DINOS ALIVE @ N.S.C

Dah lama plan nak pegi tengok pameran dinosour kat nun di sana Pusat Sains Negara. Tapi asik tak dapat jer banyak sangat hal lain. Nasib baik pameran tu sampai hujung bulan ni. So weekend baru ni Alhamdulilllah hajat nak bawa Aiman gi tengok dinos tu tercapai jugak. Aku yang teruja lebih hahahahahaha!!!!! Pasalnya aku tak penah tengok pun pameran dinos nih..

Kami sampai sana dah agak lewat. Tengok kereta dah berderet parking. Ramai juga orang rupanya ingatkan tak berapa ramai huhuhuhu...Sampai-sampai terus beli tiket masuk takut nanti tak dapat masuk pulak sebab dah lewat pukul 3. Pameran tutup pukul 5. Kami hanya ada masa 2 jam sahaja untuk tengok semua yang ada.



Sampai-sampai terus terdengar bunyi ngaummmmmmmmmm..grrrrrrrrrr..pssttttttt rupanya dinosour ada kuar angin dari mulut ek hahahhaha aku memang tak tahu pun bab2 nih.



2 ekor nih yang paling besor duk kat luar tak muat kat dalam huhuhuu



Tapikan bila nak masuk dalam bilik pameran dinos tuh ada orang takutttttttttttttttt...siap jerit akuttttttttt...man akuttttttttttt.....alahai Aiman nih patung jer bukan the real one sayang...


terus melalak dengan kuatnya takuttttttttt


Sampai sahaja kat rumah boleh pulak berlakon semula camaner dinos tuh mengaummmmm....siap buat aksi lagi.

Friday, May 20

Sebutan untuk 50

Malam semalam (khamis) memang kalau boleh aku tak nak keluar ke mana-mana sebab aku layan cerita Mantera Anjasmoro. Tak pernah miss lagi tengok cerita ni. Rasanya macam tak lama lagi dah nak habis jer cerita ni.

Tengah syok aku tengok cerita Aiman pulak asyik panggil aku...

Ibu..bu..bu.. sambil tunjuk nombor 50 kat dalam buku dia. Ibu nih Lima O......

Alhamdulillah Aiman dah mula mengenal huruf dan angka. Walaupun tak berapa nak betul sebutan untuk 50 tu. Kosong dia tak tahu yang dia tahu huruf OOOO hehehehe....


Wednesday, May 11

Book Fair 2011

Book fair baru ni aku berkesempatan juga pergi walaupun dah penghujung minggu. Buku art yang aku nak cari tak banyak yang dapat. Banyak buku yang kami dah ada. Aku cuma buat selection di Eddiplex, Apex Knowledge, APD Singapore, KL Books. Penguin, Iseas and local. Yang aku paling suka kat APD sebab banyak buku yang aku boleh dapat kat situ.


Setiap tahun aku memang menunggu bila tibanya book fair....time aku pergi ramai pulak budak sekolah. Buku pun dah banyak orang rembat.



aku suka buku ni. tapi aku tak beli cuma tengok aje. cutekan!!!!!!!



eh..poyolah sempat lagi tuh hahahahha


Tak lupa juga buku untuk si budak kecik ini.

konon2 mengiralah tuh...

Aku belikan juga sehelai tshirt upin ipin untuk semangat dia nak operation keesokan harinya. Tak sempat esok terus nak pakai erkkkk...budak-budak macam tulah kan. Aiman oh Aiman.

Tuesday, May 10

Aiman Diserang Paraphimosis

Hati ibu mana yang tak sedihkan bila anak sakit...demam sikit jer pun hati dah tak keruan dibuatnya..Baru-baru ni Aiman mengadu sakit kat bahagian penis dia. Mulanya memang aku tak perasan sebab bila mandi dan pakai pampers macam biasa sahaja.

Yang aku jadi tahu sebabnya dia terlanggar katil pastu dia pegang dekat bahagian situ. Aku bukak tengok dah bengkak padahal baru tadi masa basuh yak dia tak bengkak lagi kat situ. Aku bawak ke bilik air untuk basuh. Masa ni dia tak menangis pulak. Tengah aku nak lap kat situ tetiba keluar nanah..masa nih aku dah panic giler dan meraung!!!!!


Kami refer ke Pusrawi dan berjumpa dengan Dr. Ahmad Zulkiflee Hj Laidin. Dr. zul sahkan Aiman menghidap Paraphimosis. Ianya adalah satu keadaan dimana budak2 yang belum bersunat 'terlepas kulit kemaluan'nya. Bila ini berlaku ianya perlu dibetulkan semula seberapa segera supaya keadaan tidak menjadi lebih serius. Hati aku dah tersentap bila dr.zul kata Aiman perlu disunatkan dengan segera. Takut nanti bladder system dia problem. Lagi pun aiman ada masalah sembelit. Dr. zul sarankan untuk buat 2 sekali sekali jalan....alahaiiii camaner lah anak aku nak nanggung nanti...



tak payah dah sunat anak aku pas ni...warded sehari jer Alhamdulillah. Masalah untuk mebuang najis pun bertambah baik sekarang...Segalanya bersyukur kepada Allah S.W.T.....

Monday, May 9

Dalam Suka Ada Duka

Dah lama blog aku ni sunyi sepi jer kan...Meh aku nak citer sikit naper aku lama menyepi..

Last month kami sefamily bersukaria gi holiday ke Langkawi dan Sarawak. Gi holiday mestilah seronok kan. Dapat rest minda spent quality time ngan family arghhhh memang bestlah...



Lepas 3 hari balik dari Sarawak aku ke Cyberview Lodge pulak sebab ada reunion. Patutnya aku bermalam kat sana. Tapi nak dijadikan cerita tetiba aiman mengadu sakit....Aku sangat-sangat panic lagilah bila cik somi tak ada di sisi. Reunion untuk moms and kid ajer. So cik somi tinggallah tak ikut.

Aku nih bila aiman sakit sikit pun aku dah nangis ni pulak kalau sakit yang serius....jam 1 pagi terus ke unit kecemasan Hospital Putrajaya. Aku fikir hospital kat putrajaya tak ler ramai orang rupanya ramai juga. Lama juga tunggu giliran...Aiman sakit apa nanti aku story lagi yer...

Semoga anakku Muhammad Afif Aiman sihat...sihat...dan sihat......





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette