Tuesday, July 26

Sudah Mula Mengeja Perkataan

Aiman sekarang dah pandai mengeja AYAM , BOLA, CAWAN ....kalau kita eja dia dah tahu bunyikan perkataan yang kita eja. Aku rasa dia hafal untuk mengeja tu. Contohnya huruf Y dalam AYAM dia masih belum kenal. Ini semua kesan positif gara-gara tengok cerita Upin & Ipin...

Sekarang sedang dalam proses mengenal keseluruhan huruf ABC. Alhamdulillah dah ada yang kenal cuma yang tengah dan hujung-hujung tuh payah sikit kot nak ingat....


Poring Hot Springs

Meneruskan destinasi ke Ranau nak tengok Poring Hot Spring. Kami bertiga tak mandi pun. Faham-faham ajerlah kalau mandi air panas badan akan jadi sangat letih.


 mengantuk tak cukup tido ayang ibu nih...










sesekali dating kat kebun getah best jugak wakakaka

Monday, July 25

I Love You Both Very Much!!!



Mom & Wan
you both means so much to me;





Hepi Besday in July 2011

Petua Menghilangkan Batuk Berkahak & Selsema Bayi / Kanak-Kanak

Aiman tengah batuk dan selsema sekarang ni. Dah pergi bawa ke klinik tapi keadaan masih sama. Pergi jer kerja tapi hati kat umah ingat anak tengah demam batuk selsema. Tak sanggup tengok bila dia batuk yang non stop tuh..bergelombang dada dia. Batuk sampai muntah2. Tapi bagi aku baik dia muntah sebab bila muntah segala kahak-kahak tuh keluar. Aku nak try satu petua nih untuk hilangkan batuk dan selsema.

Bahan utama daun kaduk. Kebetulan rumah aku ada daun kaduk ni. Tumbuh dengan menjalarnya melilit sana sini. Aku pikir dah nak buang jer daun ni sebab bila dia menjalar abis pokok lain mati. Mujur tak buang ada gunanya...

Rupa daun kaduk yang seakan akan daun sirih. Aku tak suka bau daun kaduk ni. Tapi bila buat MIANG KAM aku suka pulak makan. Sedap jer aku rasa. Eh dah lama tak buat MIANG KAM leceh banyak benda nak kena prepare. MIANG KAM ni makanan orang Thailand. Daun kaduk dimakan bersama dengan air gula merah, cili padi, udang kering, kacang tanah goreng, halia, limau nipis, bawang emm satu lagi kelapa goreng...pergghhhhh sedap!!!!

PETUA UNTUK BATUK DAN SELSEMA
Caranya ambil beberapa helai daun kaduk dan ramaskan daun tersebut yang dicampurkan dengan sedikit kapur sirih dan air. Kemudian lumurkan bahan tersebut di atas dada dan perut anak kita. InsyaAllah lendir kahak dan selsema akan keluar melalui najis ank kita. Selamat mencuba!!!!



sian anak ibu....

Friday, July 22

Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pasar Philiphine #2

Pagi-pagi lagi kami b3 dah bangun untuk bersiap sedia untuk ke destinasi seterusnya. Aiman agak liat nak bangun letih agaknya. Cakap nak pergi jalan cepat ajer bangun.


terpapar wajah keceriaan di kala pagi sebab nak berjalan punya pasal

Pukul lapan pagi kereta sewa yang kami sewa akan sampai kat hotel. Kami sewa Viva dengan kadar sewa RM 90 sehari. Aku sewa kira 2 hari jer. Ambil hari Jumaat pulang hari Ahad. Bertiga muat sangatlah kan Viva lagipun save minyak kereta ni.. itu yang aku suka. Bila tengok kereta sampai jer aku mula tersenyum lebar sebab Viva baru. Baru berusia 3 bulan on the road. Keadaan dalam kereta sangat memuaskan.  Natural aroma bau pandan hmmmmmm....


kk - kundasang - ranau - KK  hanya RM 40 untuk minyak

Ambil kereta pagi sebab aku terus nak check out hotel isi barang-barang dalam kereta dan kami nak ke Jeselton Point untuk ke pulau. Belek punya belek kami pilih hanya untuk pergi ke 2 pulau sahaja Sapi dan Manukan. Perjalanan untuk ke sana hanya 20 minit sahaja. Makanan sudah siap ditapaw untuk makan kat sana nanti. Naik bot dalam pukul 9 lebih2 pagi..

~~~~Pulau Sapi~~~~



















~~~ Pulau Manukan ~~~















 
Kedua-dua pulau mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Bagi aku keindahan Pulau Manukan lebih menarik berbanding Pulau Sapi. Di Pulau Manukan ada kemudahan chalet untuk kita beristirehat di sana. Kalau letih boleh tidur kat sana. Kami balik dari pulau dalam jam 3.00 petang. Dalam perjalanan naik bot hujan mula turun aduhaiii sakit muka aku kena hujan mencucuk-cucuk kat pipi montel aku...

Lepas balik dari pulau kami ke Pasar Philiphine pula. Jenguk-jenguk apa yang ada kat sana yang boleh dibeli untuk bawa pulang. Bila kata Sabah mestilah terkenal dengan mutiara kan. Harus pergi tengok. Keadaan dalam pasar agak sempit. Sarat dengan barang-barang. Macam-macam boleh pilih. Tapi aku tak beli pun lagi sekadar tengok-tengok ajer dulu round kawasan  dulu......




Dah round2 kawasan dalam ni kami terus bergerak ke Kundasang. Gerak dalam pukul 5 lebih. Arghhhh  jalan jam teruk sebab orang balik kerja. Perjalanan ke Kundasang memakan masa lebih kurang 2 jam lebih. Agak seram sebab keadaan kabus yang sangat tebal sampai tak nampak jalan. Kami sampai di kundasang jam 8 malam.




 


 









Tempat bermalam kami di Kundasang. Suasana malam yang begitu dingin sekali best ajer tido. Seram jugak aku sebab ada 5 bilik rasa sunyi yang amat. Bayaran yang sangat murah bagi aku tak sampai seratus pun semalam dengan rumah yang sebesar ini. Berbaloi-baloi......buatlah apa kita suka pun nak duduk atas ker bawah ker ikut suka hati...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette