home about me award contest Image Map

Monday, October 17

Riang Ria CuCu & Atok









Thursday, October 13

Pecah Sana Sini Kebaaaboooom

Sekarang keadaan rumah aku tengah huru hara..bersepah jangan cakap ler. Habuk sajer dalam rumah. Rumah pulak kecik jer so faham-faham jerlah keadaannya tuh. Rumah aku sekarang under renovation. Memang tak selesa bila berada kat dalam tu. Hari Raya baru ni agak malu nak ajak orang datang rumah sebab carca marba kat dalam. Lagi satu risau kat orang yer jugak sebab keadaan yang berhabuk sangat. Aku mohon maaf sangat-sangat pada korang-korang bukan tak nak ajak beraya kat rumah tapi keadaan rumahku syurgaku yang tengah carca marba lagi. Bila dah siap nanti meh bertandang rumah confirm tak ada habuk dah hehehehe.....

Ada juga yang masih tak faham dengan keadaan aku sekarang nih. Bukan aku tak bagi datang tapi korang tengoklah sendiri keadaanya ni sesuai ker orang nak datang huhuhuhuhuhu........






Wednesday, October 12

TEMUNI @ URI

Islam tidak menyuruh umatnya mengurus uri seperti... jenazah. Apa yg perlu hanyalah di basuh, kemudian tanam di tempat yg selamat, maksudnya jauh daripada dimakan binatang liar.

Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata, uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.

“Eloklah dibersihkan dan ditanam tetapi bukan diurus seperti jenazah,” katanya ketika ditemui baru baru ini.

Menyentuh perbuatan meletak bahan bahan seperti asam garam, yg disertakan sebatang jarum atau paku, menurut Dr. Anisah, semua itu hanyalah adat semata mata.

“Dalam Islam tidak ada semua itu. Seelok eloknya basuh saja bersih bersih. Selepas itu balut kemas, tanamlah. Tentang tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran kita dan dapat mengelak daripada diselongkar binatang,” tambah Dr. Anisah.

Di kalangan masyarakat Melayu, uri cukup dijaga. Selain ditanam beserta dengan pelbagai benda, seperti jarum, paku, lebai, adakalanya batik dan sebagainya. Malah sesetengah tempat ia dipasang lilin waktu malam selama tujuh malam.

Menurut mereka lagi, jika ditanam begitu saja, macam macam perkara akan menimpa bayi. Takut dengan musibah musibah yg dikatakan itu, ramai ibu bapa yg terpaksa patuh dengan cara menanam uri.

Semua itu, menurut Dr. Anisah hanyalah adat orang Melayu yg telah diamalkan turun temurun. Mengamalkannya tidak salah kerana ia cuma budaya, asalkan tidak memesongkan keyakinan.

Bagaimanapun menurut beliau, jika petua orang tua itu menjurus ke arah suatu kepercayaan atau keyakinan maka ia tidak boleh diamalkan.

“Masalah akan timbul jika kita benar benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak drpd menangis malam, sawan dan sebagainya. Kedaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat. Misalnya kalau letak jarum atau paku semasa tanam uri dapat mengelakkan drpd gangguan makhluk halus jelas ini salah. Kita dilarang terus drpd percaya yg lain selain ALLAH,” katanya lagi.

Tapi bagaimana pula jika uri berkenaan dibuang saja? Apakah hukumnya?

“Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri, Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.

“Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula,” katanya lagi.

Malah menurut Dr.Anisah, perangai anak anak tidak ada hubung kait dengan dimana atau macamana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yg diberikan ibu bapanya.

Nabi pernah berkata, seorang bayi yg baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanya lah yg menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani.

Malah menurutnya lagi, tidak ada doa doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yg soleh atau solehah.

“Cukup sekara baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad. Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam,” kata Dr. Anisah
 


~ URI AIMAN~




Panggilan Kaabah Seruan Haji Di Usia Muda

Esok aku akan menghantar salah seorang schoolmate kami di Kelana Jaya untuk berlepas bagi menunaikan fardu haji.  Betapa seronoknya hati ni kalau dapat menunaikan haji dalam usia yang muda. Dalam usia yang muda sudah dapat menunaikan rukun islam yang ke lima. Jadikan motivasi dalam diri bila tengok rakan sendiri dah nak ke Mekah. InsyaAllah....doa + usaha...

Dalam usia yang muda dia dah bersedia untuk menunaikan fardu haji.Bangga betul aku dengan dia. Yang penting lagi berkat hasil dari titik peluh sendiri. Siang bekerja sebagai guru ..cuti sabtu ahad balik kampung buat keje-keje kampung cam menoreh getah, tengok-tengok kambing... masa tidak dibuang begitu sajer. Keberkatan itu sangat penting kan. Tidak kira apa yang kita buat. Keje kampung nampak tak glemer tapi keberkatan dari hasil titik peluh itu amat bermakna..





Tak tahu nak cakap apa tergamam terkedu sumer ada sebab yang nak pergi ni aku memang tak sangka sangat. Masa skolah boleh dikatakan nakal juga orangnya. Itulah dinamakan rezeki. Rezeki di masa akan datang kita tak tahukan. Syukur Alhamdulillah buat Hanif Nordin yang akan berangkat esok. Semoga segala urusan berjalan lancar hendaknya. Di doakan agar kamu mendapat haji yang mabrur. AMIN.....

Tuesday, October 11

Angry Birds Vs Sponge Bob

Pantang nampak handphone disuruhnya bukakan games untuk dia. Kalau bukan angry birds.. game sponge bob menjadi pilihan. 2 games ni tengah menggila menjadi perhatian dia. Game angry birds tuh dia tak berapa pandai lagi. Tapi yang sponge bob ~ teka benda yang sama.. suka sangat-sangat. Layan je laaa..
 




tak cukup dengan main game buka message juga huhuhuhuhu!!!


Kalau tak dibagi siap meraung nak jugak. Kalau kat kedai makan  tak boleh tahan jugak kalau dah meraung satu kedai orang dengar anak kita melalak. Nak tak nak ikutkan ajer lah. Jangan hempas sudah ler tak daya ibu nak beli handphone ajer sayang..

Monday, October 10

Back To Enfagrow

Setelah 3 bulan mencuba susu Sustagen Junior 1...kini kembali dengan Enfagrow huhuhuhu...Minum susu enfa semula atas sebab-sebab tertentu. Susah untuk aku jelaskan kenapa dan mengapa. Aiman jenis tak kisah susu apa pun. Aku try bagi Anmum pun dia bedal semacam ajer. Setelah mencuba beberapa jenis susu aku rasa Enfagrow sesuai dengan Aiman. 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette