Tuesday, November 22

DIY Tapestry

Last week aku hasilkan tapestry hasil usaha sendiri tau...tapi di saat permulaan jerlah nak penghujung minta bantuan orang lain sebab jenuh jugak nak siapkan tuh..Motif yang aku pilih untuk tapestry ni 'hantam sajalah labu' yang pasti aku nak yang berbulu-bulu timbul kat permukaan atas. Kalau boleh semua teknik jalinan aku nak apply kat tapestry aku. 

Eh apa itu tapestry...? Ok bagi yang belom tahu tapestri adalah salah satu seni tekstil di mana ianya dijalin dengan menggunakan medium benang emmmm benang yang besar2 tuh senang cerita benang mengait untuk dijadikan pemandangan atau sebagainya. Boleh digunakan sebagar hiasan dinding dan paling top sebagai alas kaki.

Berbeza pula dengan anak aku Aiman, diambilnya tapestry nih jadikan sejadah untuk dia sembahyang. Agaknya tengok berbulu-bulu ala-ala sejadah dia pun buat sejadah..Aiman bila sujud confirmlah kamu bersin bulu benang masuk dalam hidung wahai anakkkk.....bila tengok ambil buat sejadah sejuk perut ibu mengandung harap sampai besar nanti AMIN....

..


woman in black tekun menyiapkan pada mulanya, pastu minta tolong orang lain untuk siapkan boleh gitu...


boleh juga dijadikan sejadah...













dah siap sembahyang gulung simpan....

Monday, November 21

Sakit Mata Sakit Hati!!

Mata dan hati mana tak sakit bila tengok keadaan rumah kita yang elok-elok jer masa bagi sewa alih-alih jadi rosak dan kotor. Tak sangka pulak orang yang dah berfamily anak pulak besar panjang jadi macam ni...jom layan gambar apa yang family nih dah buat kat dalam umah aku. Mengucap panjang bila buka pintu rumah.........................................................................................................................................................



























Lokasi : Apartment kat Setiawangsa / Keramat Wangsa
Tingkat Bawah / Tingkat 1

 hall dah jadi macam apa ntah



berkulat sket lagi tak tumbuh cendawan ajer



aku tergamam tengok dapur...tertanya aku macam manalah boleh masak bila kotor macam ni. sampai tile yang aku buat pun tercabut...








 





Barang Baby Nak Let Go ~~ KATIL , STROLLER, BABY WALKER!!!! (negotiable)






WALKER BABY ANAKKU
GOOD CONDITION
RM 180
Pm me : migafif@gmail.com







KATIL BABY MY DEAR + TILAM
RM 180
Bakul baby ada kotor sikit
Pm me : migafif@gmail.com







STROLLER SWEET CHERRY
RM 180
GOOD CONDOTION
abaikan gambar baby yang kat dlm tuh ye
Pm me : migafif@gmail.com


Wednesday, November 16

Upgrade lagi!!!!!

Perihal cik somi aku yang tak habis-habis lagi mengupgrade kereta kuasa kudanya. Dari satu bab ke satu bab. Emmmm lelakikan sinonim dengan kereta..layan jerlah.


Dahulunya kete ni terbiar ajer kat luar rumah. Kesian panas hujan panas hujan naik nak mereput bodynya. Memang jarang sangat-sangat bawak kete ni. Aku lebih selesa naik kereta aku kalau nak ke mana-mana.Lama usia kereta ni 15 tahun dah umurnya.

Tapikan perasaan dari tak baper nak drive kete ni, hati aku sekarang dah mula jatuh cinta. Sejak dua menjak cik somi aku dah makeover rasa cam best lak bawak huhuhuhu...Aku suka sebab laju dan pickup dia memang best. Rasa cam kete aku pun nak tukar enjin turbo jugak. Ada bajetkah ??????

Dari bab tukar sport rim, tinted cermin, tukar carpet kat dalam, tukar enjin, aku ingat dah selesai. Rupanya ada lagi satu bab. Semalam apa yang cik somi order dah pun sampai. Dia punya senyum sampai kat telinga.


seat Avazanto

Aihhh tiba-tiba jer nak tukar kusyen kete. Dengan selamba cik somi aku jawab. Banyak lagi bab nak buat sunroof, nak cat, nak bla..bla..bla...huh sabor jerlah mak!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette