home about me award contest Image Map
Showing posts with label Aiman. Show all posts
Showing posts with label Aiman. Show all posts

Monday, June 10

Do It Your Self !

dah lama tak story mory pasal my hero ni ... Aiman
sekarang dia bukan main lagi
semua nak dibuat sendiri
sampaikan ibu dia tak larat nak marah
sebab berkecah sana sini
jenuh ibu tau!
nak larang .... ada baiknya buat sendiri kan

baru ni dia request nak tolong ibu masak
nak masak nasi goreng katanya
menu peberet dia
nak tak nak
aku bagi je la tolong
sebab merengek rengek
hukhukhukhuk!!!!!!



aku masukkan bahan dia tukang godek-godek je la
situasi jadi bahaya
sebab dia tahu pulak camane nak guna dapur tu
tekan bagi keluar api .. control api
huh sangat bahaya!!
encik somi tak bagi dah
dia tolong-tolong ibu masak
risau kalau dia buat sendiri nanti
abaikan la kuali aku yang buruk itu hihihi
kuali mak mertua aku yang bagi masa memula kawin dulu
walaupun buruk aku sayang kuali ni sebab buatlah apa saja ianya tak melekat kalau menggoreng
saiz pulak sedang-sedang je



cukuplah takat ni dulu kamu tolong ibu yer.... nanti tunggu dah besar sikit

Wednesday, April 10

Bila Waktu Sesuai Kita Pisah Tidur Dengan Anak

emmmm aku sendiri tak tahu umur berapa harus pisahkan
tempat tidur dengan anak
tengok mat salleh punya style kecik-kecik lagi
diaorang dah pisahkan tempat tidur
aku bila tengok muka Aiman masa baby tengah tido
alahaiiii tak jadi rasanya nak suh dia tido sorang-sorang
kesian woooo pasal kecik sangat lagi
cuma aku tempatkan aiman kat katil sendiri
tapi dalam bilik kami
kira asingkan katil aje la
tido tetap sebilik

aku ada cakap kat en. somi yang nak asingkan tempat tido
sebab Aiman dah nak masuk 5 tahun
rasanya dah patut untuk tido sendiri di bilik sendiri
tapi kami tak bagitahu dia pun yang nak pisahkan tempat tido
cuma aku adalah cakap kat dia
yang nak buat bilik mainan untuk dia
sebab tak larat mata aku nak tengok sepah hari2
dah pulak tu sepahnya betul-betul kat ruang depan bila bukak pintu masuk
sakit mato den!
sejak dengar nak buat bilik untuk dia
hari-hari tanya BILA NAK BUAT BILIK UNTUK AIMAN
mulalah ibu ngan abah tak terjawab
sebabnya paham-paham ajelah nak kena ada masa ngan mood jugak nak mengemas itu ini
lagi-lagi bab mengangkat barang... nak alih sana sini
aku pulak pegi tunjuk gambar yang kami google untuk bilik
lagi la bersemangat dia!
NAK ADA BILIK SENDIRI

ahad baru ni kami dah pun kemaskan bilik untuk dia
tapi belum siap sepenuhnya
dia punyalah semangat
cakap nak tidur kat bilik dia
dan malam tu juga
Aiman BERJAYA tido sorang
tapi bukan dalam bilik sendiri
dalam bilik lain.. actually bilik ni klau sesapa datang akan guna bilik ni
dia pulak ok nak jer bila kami kata tido bilik ni dulu
lega.... Alhamdulillah
gara-gara .... BILIK MAINAN PUNYA CERITA



hepi jugak sebab..
BE kedua dibulan April ....





Tuesday, January 22

Komunikasi Antara Cikgu dan Ibubapa

Komunikasi antara cikgu dan ibubapa adalah sangat penting bagi aku. Kalau tidak macam mana kita nak tahu perkembangan anak kita kan. So bagi aku selalulah bertanya dan berbual dengan cikgu anak kita. Ramah mesra tu tak salah. Hubungan yang baik antara kita dan cikgu memudahkan segala urusan.

Bila Aiman di sekolah baru ni
Aku puji dengan sistem CIC yang sistematik bagi aku
sebagai ibubapa aku suka dengan sistem yang sebegini
untuk tahu perkembangan anak kita
senang sahaja hanya dengan login di websitenya
mudahkan. klau nak tahu dengan lebih kenalah berjumpa dengan cikgunya


satu lagi yang aku suka dengan adanya 


senang untuk kita tahu apa-apa pasal anak kita. terutamanya untuk kerja-kerja sekolah yang harus dibuat
maklumlah anak aku lelaki selalu ngelat hihihi


selama 3 minggu sekolah inilah homeworknya
tengok tarikh semalam 20 page harus disiapkan hihihi
jenuh ibu ngan abah suruh siapkan
biasalah boy kejap-kejap ada jer benda lain yang nak dibuatnya
akhirnya siap juga
pukul 9.30 malam dah boleh tido 



ibu pun senang hati bila homework dah siap
selagi tak siap tak boleh tido hahahhaha




Friday, January 11

Back To School

selamat datang tahun 2013
pejam celik dah masuk tahun baru
this year Aiman 5 tahun
and we decided to move him in a new pre school
survey punya survey so kami pilih yang ini




bila dah puas survey 
dengan rela hati pergi register lah mak paknya untuk si anak

 

kami juga tengok satu persatu modul CIC ni
bagi aku OK.. 
CIC ni tak de exam dia guna sistem band 
so nanti kita tengok Aiman macam mana
how the result??????
cuma satu yang kurang puas hati
CIC ni kat shop lot
so environment tuh agak terhad sikitlah
no playground
tapi nak buat camaner kan..
main jelah kat dalam tuh 
so sepanjang sesi ni Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik
Aiman nampaknya hepi untuk ke skul baru
new environment for him


 atas  ready go to school!
bawah tu sesi pemilihan kasut

ni pulak aksi bila balik dari skul

 
 




Tuesday, October 30

Berapa Yang Kamu Dapat??

Minggu exam dah lama pun berakhir
kini minggu untuk dapatkan result pulak
kecik-kecik dah pun exam sekarang ni hihihi
untuk Aiman
kami tak memaksa pun berapa yang sepatutnya dia dapat
bagi dia free2 dulu

cuti 2 minggu sebab demam campak
gi skoll terus exam

dah dapat untuk 3 kertas ini



bila tengok markah ni maka tak sia-sialah abah yang suka mengajar subjek matematik
syukur alhamdulillah
teruskan usaha kamu Afif Aiman!
untuk kertas yang lain berdebar pulak dada ni...



Friday, October 19

Bermain Dengan Water Color






Tuesday, October 9

Wajib Dibeli Setiap Bulan


makanan tambahan untuk Aiman buat masa ni kami bagi yang ini ajer
patutnya multi vitamin scotts tu tak perlu sebab bagi yang HiQ dah lengkap untuk dia
tapi dia tetap nak jugak sebab rasanya yang sedap... grape flavour
tiap bulan wajib ke farmasi untuk soping benda-benda ni untuk dia
staff farmasi pun dah kenal ngan Aiman
budak yang suka menyanyi bila sampai farmasi hihihihi
bila dah kenal and mesra sikit senang la kita nak dapat diskaun
untuk bulan ini tambahan untuk UBAT CACING
kali ni aku try this brand CHAMPS
perisa chocolate... sekali ngap jer 2 biji terus hilang dalam mulut
untuk ubat cacing yang seterusnya tunggu bulan mac 2013 pulak
kena simpan dalam diari siap-siap takut ibu lupa nanti
Aiman perlukan supplement sebab dia ni jenis
'PICKY EATER'....

Monday, October 8

Cuba Ibu Teka...????

sambil tengok TV..kalau tak ada orang mengacau memang tak sahla kan
baru nak feeling memfeeling dah ada gangguan ngeh...
lain tak bukan si hero kecik aku..
malam-malam yang selalu ajar Aiman abah dia la. Aku ni jarang sikit sebab sibuk di dapur. macam-macam nak kena buat..dah lewat malam baru ada masa.

Ibu oooo ibu tengok ni


inilah dia yang ditunjukkan kat aku

wah Aiman lukis apa ni...?
tekalah cuba ibu teka
korang bila tengok ni.. dapat teka tak apa yang Aiman lukiskan
untuk gambar petama tu...
aku teka LORI
bukanlah ibu... ini bukan lori
ni BAS
hoohohohoho BAS kah itu.. tengok macam lori jer...
sebelah BAS adalah BASIKAL
bawah BAS pulak barulah LORI
sebelah LORI itu adalah KERETA

semua tekaan aku 3 salah dan satu jer betul BASIKAL..
Aiman kata : apalah ibu ni tak pandai..abah pandai
sambil bawak kertas pergi kat abah
bah dah tahu jawapan..memang pandai kan huhuhuhu



Tuesday, September 25

Membilang vs Mengira

balik dari keje badan terasa penat
menu hidangan untuk makan malam
disediakan dengan menu yang simple sahaja.... 'mee goreng'
Alhamdulillah kenyang perut suka hati....
acara seterusnya diteruskan dengan menonton tv
berebut remote perkara biasa sorang nak tengok discovery channel, sorang lagi tak habis-habis dengan katon dan aku semestinya Adam & Hawa.. malam ini juara dimenangi oleh ibu.. masing-masing dah buat muka tanda tak suka nak tengok huhuhuhuhu... sila layan juga okehhhh
tengah aku feeling memfeeling citer Adam & Hawa tu...
mereka berdua........



Abah : Aiman bilang benda yang abah lukis ni lepas tu tulis berapa ok...
Aiman : eh biarlah saya yang lukis
Abah : Biar abah yang buat
Aiman : hmmmmmmm ala abah ni
Abah : ok Aiman bilang ni tau
Aiman : bukan BILANG ... KIRA la abah
Abah : samalah tu...

mari sinilah Aiman ajar abah kira... amboi nak jadi cikgu pulak dia
sambil menulis dan sebut angkanya
encik somi buat tak tahu nombor ... 7
tengok tuh betapa besarnya nombor 7 Aiman tulis
tanda marah sebab Abah tak tahu nombor 7
saja jer nak tengok dia....


lepas mengira disuruh abahnya membaca jawi pulak


untuk cerita Adam & Hawa episod 17 aku memang tak concentrated... tengok gelagat mereka berdua ini...

Monday, September 24

Tolong Ibu Pahala Besar

Syukur Alhamdulillah Aiman dah pun sihat
kembali ceria!! ni yang ibu nanti-nantikan
rumah kami dah mula bising dengan suaranya
bila dah sihat selera makan pun bertambah
minum susu berbotol-botol
suka hati ibu!!!

habis minum susu.....
'ibu botol susu ni biar Aiman yang basuh yer'
'kenapa pulak Aiman nak basuh'
'saya nak tolong ibu'
'oh nak tolong ibu'
'ibu ni tak tau ker.. tolong ibu pahala besar'
'pandai Aiman..pahala besar. Besar macam mana tu'
'besar sangat.. besarlah.. jangan tanya besar macam mana ibu!!!!!!'
hoohohoho dah mula nak jerit
aku sememangnya membiarkan saje apa yang Aiman nak buat
...buatlah Aiman... basuhlah.....




yang sebenarnya main air pun yer ni.... 



Friday, September 21

Tak Cerialah.......

Aiman masih lagi belum sihat sepenuhnya
sekarang batuk pulak dan badan pun rasa dedar jer
bilalah anak ibu nak sihat dan kembali ceria ni
rasa sunyi di rumah
kalau tak bising dengan keletah dia


comot jer... muka tak ceria

ibu rindu keceriaan kamoooooo!!


Wednesday, September 12

#WW ~ Ke Mana Hilangnya Butang Baju Melayu??







Thursday, August 9

Si Matahari Yang Comel

lama blog Kantan Merah sunyi sepi
lama juga tak story pasal hero kecik aku Aiman

aktiviti yang dia suka buat sekarang... MELUKIS
yang aku perhatikan dia suka lukis
apa yang ada di persekitaran dan sekeliling dia
nak kata cantik sangat tu ...tak tahulah aku
sebab aku tak tahu nak menilai hasil seni seorang kanak-kanak
tiada pengalaman...
dan baru nilah sorang anak aku pun
yang berusia 3 tahun 7 bulan
tapi sebagai ibunya aku dah suka sangat bila tengok
dia lukis dan luahkan dalam lukisan
mengikut imiginasi!
biarpun ianya hanya lakaran dan contengan... aku sangat-sangat suka weeeeeee







kenapa yang ini besar.... jawab Aiman ini ibu dia.. oh hohohohohho!!!!!

Wednesday, July 4

#WW ~ Kuih Cacing


Friday, June 1

Test Drive Di Litar

Aiman selalu cakap suruh kami belikan
kereta atau motor yang bercas batery yang selalu banyak kat pasaraya2 tu
tapi kami tak belikan pun huhuhuhu
encik somi kata bukannya nak main selalu
lama-lama dia akan boring
harga pulak boleh tahan mahal untuk satu
kebiasaannya Aiman drive dalam pasaraya jer
haaa kali ni ibu ngan abah nak tengok
camanelah agaknya dia drive on the road pulak

which side of the road to drive on...? left or right...?
heheheheh his blur... malaysia drives on the left side of the road lah!
and the traffic light ....
he knows the traffic light rules
red for stop
yellow for standby
and green for go!!
okay good!

lets go Aiman!





first one.... kuikuikui



confused traffic light no color... action jer tuh!!!







Wednesday, May 30

#WW~ senyum!!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette