home about me award contest Image Map
Showing posts with label botol susu. Show all posts
Showing posts with label botol susu. Show all posts

Friday, March 25

Jenis-jenis Botol Susu Yang Selamat Digunakan

Sekarang ni tengah hot cerita pasal botol susu. Hati parents mana yang tak risaukan bila dengar macam-macam. Lagi-lagi hal yang akan memberi kesan yang tak baik kepada anak.

Pemilihan botol susu adalah sangat penting bagi anak kita. Kita disarankan untuk memilih botol susu jenis bebas BPA contohnya dari bahan Polypropylene (PP), Polyethersulfone (PES), Polyamides (PA), kaca dan lain-lain mengikut kepada kemampuan masing-masing.

Untuk Aiman aku memilih botol susu jenis PP. Tak pernah lagi beli yang jenis dari kaca. Takut pulak buatnya dibaling tak ke haru tuh. Mau berderai tak pasal-pasal kena kaki..Sebenarnya tak kisahlah dari jenis apa pun janji kita beli yang bebas BPA untuk anak kita.

Ini antara jenis-jenis botol susu yang boleh kita dapati kat pasaran untuk our son / daugther. Merangkap juga botol susu Aiman kat umah ngeh..ngeh...ngeh..design semuanya wide neck. Dari baby Aiman memang menggunakan botol jenis wide neck. Kalau bagi botol jenis kurus tuh tak mahu diminumnya. Mungkin dia dah selesa dengan botol yang besar gabak gitu.


Ini adalah brand NUBY. Aku sangat sayang dengan botol ni. Bukan aiman yang sayang tapi aku boleh gitu..Aku sukakan Nuby sebab design, good quality dan reasonable price. Lagi bertambah suka bila Aiman terbalik-balikkan dia tak kuar air...ibu tersangatlah suka. Takde istilah kicap bagi botol susu jenis ini.



Yang ni pulak brand Tomme Tippee. Senang nak pegang bila minum. Aiman sangat suka minum botol ni sebab puting botol ni aku rasa. antara putih dan biru dia lebih sukakan biru sebab ada gambar kat bawah tu.



Ni pulak Avent. Ok yang Avent nih warna yang agak kelabu tuh free BPA. Yang satu lagi tuh tak rasanya. Tak ingat tulis kat kotak masa beli. Tapi yang color kelabu tuh sure free BPA. Yang ni pun Aiman sangat suka.



Ok ni botol last brand Momma. Aiman panggil Get..get..means Joget. Botol ni jenis rocking. Beli botol ni sebab cute. Kata mak aku botol labu erkkkkk...Ok jugak botol ni cuma kalau sapa yang tangan kecik susah sikit nak pegang bila nak minum...

Sharing is caring.....


Tuesday, November 9

testing botol baru


belek-belek dulu sebelum minum...agaknya dalam hati...lain benor pulak bentuk botol kali nih




habis pun minum..9oz



Monday, November 8

Botol Susu Baru

Sudah sampai masa untuk ganti botol susu yang baru untuk aiman. Kali ni aku decided nak beli brand yang lain pula. Sebelum ni aku belikan aiman Avent dan Nuby. Kedua-dua jenis botol ni sangat best fungsinya bagi aku. Ada kelebihan masing-masing. Aku sukakan botol yang mulutnya besar senang nak basuh dan yang penting nampak cute jer bila aiman minum susu.


Kali ni aku try beli brand Tomme Tippee pulak. Aku suka bentuknya yang molat-molat gitu. Harap aiman suka ler dengan botol nih. Dan yang ni aku pilih brand Momma. Aku sangat sukakan designnya. Harap aiman suka juga dengan botol ni.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette