home about me award contest Image Map
Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Tuesday, March 29

Pecinta Haiwan

Korang semua suka binatang tak..? aku ni tersangatlah suka binatang lagi-lagi binatang yang bernama kucing. Teringin sangat nak bela kucing sekarang nih tapi n'cik suami tak berapa nak bagi pulak. Sedih pulak tetiba teringat dengan SI TOM...

Aiman pun nampaknya sukakan binatang. Aku tengok dia tak takut pun bila tengok binatang contohnya cam tengok landak nih. Landakkan berduri tapi dia berani woooo...


memang berani berhati waja sebab landak berada di dalam huhuhuhu


Ni nak cerita kat opis pulak. Kat opis dah macam kelab pecinta haiwan bila masing-masing bawak binatang peliharaan untuk di bawa ke klinik haiwan. Sebelum nak ke klinik untuk check up bulanan letak jap dalam opis. Sempat lah kami main-main bergurau senda.


ni namanya oppa..asal keturunan rabbit apa aku tak tahulah. Telinga dia jatuh dan kat tengah pulak. Sangat-sangat cute. Bulu yang sangat gebu. Kalau dimandikan makan masa 3 hari baru nak kering betul. Dinasihatkan supaya oppa tak perlulah mandi selalu yer oppa....





yang ni pulak namanya nana..aku sangat suka kat nana ni. nana cam kucing spesis benggal bila tengok corak atas kepala dia. tapi bukan benggal lah. puas berkali-kali mintak dengan tuannya tetap tak dapat...nasib huhuhuhuhuhu...



Thursday, March 24

Memori SPM

Haaa semalam seperti yang kita sedia maklum result SPM dah pun keluar. Selesai sudah debaran yang dinanti selama berbulan-bulan. Pagi tadi masa on the way kerja dengar berita keputusan SPM bagi tahun 2010 adalah terbaik dalam masa 4 tahun.

Aku nak ucapkan TAHNIAH buat adik bongsu aku 'Boy' yang boleh dikatakan berjaya walaupun tak dapat 10A. Sungguh memadai dengan result 4A itu dengan perangainya balik jer sekolah tido pastu bila petang keluar jalan jumpa kawan. Malam pun sama. Bila aku balik kampung mak aku mesti membebel kat aku suruh nasihat dia. Mak sangat risau sebab jarang nampak dia mengulang kaji.Membaca buku apatah lagi.Syukur Alhamdulillah...

Teringat zaman aku pulak dulu masa nak amik result SPM. Aku sekolah berasrama dari form 1 hinggalah form 5. Banyak dugaan dan cabaran sekolah berasrama ni. Dan yang penting banyak pengajaran yang aku dapat di sana. Eh tercerita bab sekolah lah pulak..

Masa nak pergi ambil result berdebar jangan kata ler dada nih. Duduk dalam kereta senyap jer masa tuh memikirkan apalah yang aku akan dapat. Aku pergi ke sekolah ngan ayah masa tuh nak ambil result. Maklumlah aku ni anak ayah hahahaha...Terketar-ketar nak ambil result masa tuh. Syukur Alhamdulillah nak kata best sangat tuh tak jugak. Masa zaman aku tuh pakai sistem agregat lagi. Belum pakai lagi sitem A..A.. nih...Tersangkut jugaklah 2 A1, 2A2...yang lain biasalah 3 , 4 dan 5 hihihihi..6 dan 7 pun hadooo..Aku dapat agregat hhmmmm bawah 15 masa tuh. Aku tak berapa gembira sangat sebab apa yang aku target tak tercapai tapi aku bersyukur dengan apa yang aku dapat. Lebih seronok lagi member sebelah kat dalam kelas namanya Azi pun dapat result sama dengan aku.....Cikgu selalu ingatkan SPM adalah penentu segalanya bagi kamu...

Dan hasilnya beginilah aku seadanya sekarang....

Friday, March 18

Cikgu Shida @ Hot FM

Pagi-pagi sampai ajer kat opis member aku tanya. Dengar tak pagi tadi cikgu shida kat hot fm. Alahai tak dengarlah. Soalan diajukan sebab aku ni memang pendengar tegar Hot Fm. Rasa cam rugi pun ada huhuhuhu tak dapat dengar. Tengok kat FB kelakarlah aksi-aksi cikgu shida masa kat konti. Sempoi mempoi habis!!!!

Selalunya memang hari-hari pergi kerja aku akan dengar Hot Fm nih. Tapi hari ni gatal tanganlah pulak tukar selera. Pagi tadi aku layan cd penyanyi sorang nih masa buat concert. Sambil-sambil tengok aku snap gambar dia sebab minat sangat boleh gitu ..t___t....Dah lama dah tahun 2005 kat London. Mesti korang dapat agak sapakan. Artis paling glemer uuuu...
meh kita tengok sapa.....??
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
*
*
*
*


tadaaaaa...Dato' CT ler sapa lagi
sila abaikan selipar berwarna oren wakakakaa..


jalan jem sejam pun aku rasa ok jer kalau layan ni hahahahaha


Friday, February 11

Ceramah Agama Sempena Maulidur Rasul

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Hari Jumaat seperti yang kita sedia maklum semuanya baik-baik belaka. Jadi hari ni saya juga nak melakukan perkara yang baik. Nak gi dengar ceramah agama sempena Maulidur Rasul yang lagi 3 hari jer lagi on 12 Rabiulawal bersamaan 15.02.2011. Ceramah disampaikan oleh Encik Wan Jaafar dari JAKIM. Semoga saya dapat manfaatkan apa yang saya dengar nanti...InsyaAllah


Wednesday, January 5

Azam untuk kurus

Azam untuk kurus ni dah bertahun-tahun lamanya..tapi tak terlunas juga. Betapa susahnya diri ni nak kurus. Nak kurus azam kena kuat..semangat kena kuat..banyak kali percubaan untuk berdiet tapi hasilnya tetap gagal. Faktor utama misi tidak berjaya lain tak bukan tak consistent sepanjang masa berdiet. Gagal disebabkan beberapa faktor. Perut mudah rasa lapar... bila berdepan dengan makanan.....malas untuk exercise....kalau sapa-sapa ada sebarang pendapat...pengalaman.. pasal kurus nih jomlah kita share bersama.."sharing is caring".....





Tuesday, December 28

Kerja Amal

Awal Disember aku telah mengikuti satu program kerja amal dan khidmat bakti. Program tersebut diadakan di rumah anak yatim di kawasan Selangor. Betapa sayunya hati aku bila melihat anak-anak tersebut. Tambahan pilu bila aku melihat anak yang lebih kurang sebaya dengan aiman..
Apabila kami sampai ke perkarangan rumah tersebut anak-anak ini terus beratur menyambut kedatangan kami dengan hormatnya. Anak-anak ini kelihatan berdikari sekali tanpa disuruh oleh guru mereka.
Kami telah bersama-sama mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan dan menceriakan rumah. Jelas kelihatan anak-anak ini begitu gembira sekali semasa aktiviti diadakan.






Friday, December 17

ngantuk tahap gaban

ngantuknyerlah mata aku....
harus ke wash room jap nih

Wednesday, December 15

sesawang bersawang

Sori semua tak dapat nak hapdet selalu sebab aku sedang berkursus....nampak gayanya tambah lagi lah berat badan aku asik makan jer masa kursus..makan lak sedap-sedap susah mau tolak maaaaaa...camaner mau kurus huhuhuhuu...kalau free nanti aku jenguk blog korang semua yer..





Friday, December 3

Kabus di pagi hari

Suasana pagi yang aman damai di opis ku.





Friday, November 26

Sehari Jer Lagi!

Lega rasanya hati ni majlis konvo dah pun selesai. Tinggal sehari jer lagi esok. Bila tengok pic yang aku upload ni mesti blogger dapat tau aku kerja di mana.

media2 perlu register ngan aku dulu before masuk dewan..jangan langgar perintah yer hihihi








how do they do ~~~~~butterfly~~~~~





Tuesday, November 23

Minggu yang Bz

Minggu ni aku bz sikit sebab ada majlis konvo kat tempat aku. Harap segalanya dapat diselesaikan sebelum esok sebab khamis student dah konvo. Esok graduan dah dtg tuk rehearsal. Seperti biasa aku kena stay sampai tengah malam. Dah berhari-hari asik balik lewat jer nak siapkan apa yang patut...arghhhh letihnya!! Hari khamis plak kena sampai opis sebelum pukul 7. Bila dah selesai semua nih barulah hati rasa lega.......Hopefully semuanya ok nanti.....




Tuesday, November 16

JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU ~ moh kita kenal2



Aku baru saja aktif nak berblogging nih..
member-member mesti dah lama dalam dunia berblogging nihkan..
bila dah mula rasa seronok lah pulak.
Tima kasih aku nak ucapkan
utk member-member yang sudi dtg jengah ke
blog aku yang tak seberapa nih..
Thanks a lot kepada benashaari yang organize khas buat blogger2 yang baru cam aku nih..
sapa tak kenal brother ni kan
glemer u!!! ats usaha niat murni nih moga rezeki abg ben bertambah tambah murah lagi
moh la..
bleh la kita kenal2 dpt tambah kenalan
and share apa yg patut





Monday, November 15

Program Khidmat Masyarakat @ PDK

Jumaat lepas aku telah terlibat dengan program khidmat masyarakat bersama OKU di PDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti) di Kampung kenanga, Rawang.

PDK merupakan salah satu program yang melibatkan pembabitan secara aktif ibubapa / penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti setempat untuk membantu orang kurang upaya hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat.
Bagi ibubapa/penjaga yang berminat untuk memasukkan anak-anak kurang upaya ke PDK perlu mendaftar kecacatan anak di Pejabat Kebajikan masyarakat Daerah yang berhampiran. Kemudian, boleh terus mendaftar dengan PDK yang berdekatan dengan tempat tinggal kanak-kanak yang kurang upaya. Kemasukan ke PDK ni tiada had umur.

Aku rasa seronok sekali sebab dapat join program kali ni. Banyak pengalaman yang aku dapat. Kami bergotong-royong bersama-sama membersihkan kawasan sekitar PDK. Tidak tertumpu kepada gotong-royong sahaja kami juga mengadakan program interaktif bersama kanak-kanak OKU tersebut. Jelas di mata kelihatan mereka amat gembira sekali.


aku amik part mengecat..muka sememeh semacam..walaupun badan rasa lenguh+penat baju comot dek cat aku rasa sangat2 berbaloi dapat membantu dalam usaha murni ini..

pandai dia warnakan..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette