Apabila kami sampai ke perkarangan rumah tersebut anak-anak ini terus beratur menyambut kedatangan kami dengan hormatnya. Anak-anak ini kelihatan berdikari sekali tanpa disuruh oleh guru mereka.
Kami telah bersama-sama mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan dan menceriakan rumah. Jelas kelihatan anak-anak ini begitu gembira sekali semasa aktiviti diadakan.
