home about me award contest Image Map
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Friday, March 2

Susahnya Nak Makan!!

Aku nak tanya
anak korang semua 
susah tak bila time nak makan
hati aku bertambah risau
Aiman semakin susah nak makan
dia akan makan dalam kuantiti sikit sahaja
Minum susu ajer yang banyaknya
kadang tu puas berpujuk
barulah nak makan
hati ibu mana tak risau kalau tengok anaknya
kurus sajerkan!

Aku pergi jumpa doktor
untuk dapatkan nasihat apa yang perlu kami buat
doktor kata ada beberapa faktor
KENAPA ANAK SUSAH NAK MAKAN
jangan terlalu memaksa anak untuk makan
tapi berikan mereka makanan yang berzat!

Doktor timbang berat Aiman
Alhamdulillah beratnya tidak turun
cuma badannya nampak kurus bagi aku ler

Doktor bagi cadangan kat aku
supanya sediakan makanan untuk Aiman
dengan WARNA PINGGAN YANG CERIA
begitu juga dengan HIDANGAN
PERLU CERIA juga
kanak-kanak sukakan kepada suasana ceria!

Ada benarnya kata doktor tu..
tengok saje pada situasi ni
dah la anak tak nak makan
si ibunya order pulak spaghetti carbonara
aku fikir sebab rasanya yang tak pedas...



Aiman nampak macam tak berselera sajer bila hidangan dah sampai..


at last ditolaknya semua ke tepi tak mahu makan!


siap tutup muka bila aku suruh banyak kali untuk makan...



Wednesday, August 10

Proses Penukaran Nama TNB & Syabas Bagi Pembelian Rumah Subsale

Proses untuk TNB

Dapatkan borang penukaran nama di mana-mana cawangan TNB yang berhampiran dengan anda. Isikan borang tersebut dan sediakan Setem Hasil RM 10 sebanyak 2 keping. Setem akan dimatikan oleh pihak TNB tak perlu nak risau-risau ke LHDN untuk matikan setem. Sediakan salinan IC dan SNP (3@4 helai muka yang awal  dan sehelai di belakang yang part sign tuh tak perlu semua). Jumlah bayaran yang dikenakan RM 253.00 termasuk yuran proses TNB.


Proses untuk SYABAS

Dapatkan borang di SYABAS mengikut zon kediaman anda. Tidak boleh dibuat dimana-mana cawangan SYABAS. Sediakan salinan IC dan SNP (3@4 helai muka yang awal  dan sehelai di belakang yang part sign tuh tak perlu semua)Isikan borang dengan lengkap dan jumlah bayaran yang dikenakan RM 130.00. Tempoh pemasangan meter 3 hari bekerja.

Thursday, June 9

Kena Pandai Berjimat

Cara yang bijak lagi kreatif dalam kewangan ialah dengan mengamalkan jimat cermat. Dengan jimat cermat kita boleh mengurangkan masalah kekangan kewangan. Lagipun sesungguhnya orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan.
Kat sini ada beberapa tips untuk kita amalkan jimat cermat:

Tip 1: Sediakan bajet kewangan keluarga
Ukurlah baju di badan sendiri. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Utamakan yang utama bagi keperluan keluarga.
Tip 2: Merancang kewangan untuk masa depan
Sediakan payung sebelum hujan. Wujudkan simpanan tetap atau tabungan untuk masa depan atau kecemasan. Boleh juga membuat simpanan dalam skim takaful yang memberikan manfaat perlindungan yang tidak kita dapati dengan simpanan biasa. Bagi mereka yang berminat dengan amanah saham, pilihlah yang terbaik untuk membuat pelaburan.
Tip 3: Masak sendiri
Kurangkan makan di kedai. Ini lebih jimat, terutama bagi keluarga yang ramai. Air tangan ibu atau isteri akan mengikat kasih sayang antara keluarga serta lebih terjaga kebersihannya. Secara tak langsung keluarga yang sihat akan mengurangkan kos perubatan yang tidak kurang mahalnya.
Tip 4: Bawa bekal ke pejabat
Jangan malu untuk membawa bekal ke pejabat. Malahan anak-anak juga perlu diajar membawa bekal ke sekolah. Dengan cara ini kita dapat berjimat  paling kurang RM3 sehari. Duit yang dijimatkan ini boleh dijadikan simpanan untuk masa hadapan dan kecemasan.

sumber : sini 



Cam aku hari ni masak sendiri nasi goreng untuk bekal ke pejabat. Aku kena berjimat cermat nak kumpul duit  untuk completekan misi komunikasi baru bak kata bro rizal hehehehe...dah lama ku idam-idam kan. Oh yer ada satu lagi misi yang asik tertunda misi klik klik!!!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette