seronoknya luangkan masa bersama keluarga di kampung
keadaan mak bertambah sihat
cuma mak nampak kurus
yerlahkan sebab makan pun berpantang
pagi-pagi kena mandikan mak
dan cuci lukanya
tapi baru kita nak cuci luka
hero ni sibuk nak buat
tak bagi kita nak buat
disuruhnya kita keluar
ibu diam klau tak nanti sya sepit.... erkkkk
garangnya doktor!
Saturday, September 29
BIAR SAYA YANG BUAT!
Friday, September 28
MARI MENGUNDI
hari ini hari mengundi untuk semua student
undi untuk tentukan siapa mpp
tunaikan kewajipan anda
petang karang kita tengok siapa yang menang!
Thursday, September 27
Mai To Penang Yaww!!
Wednesday, September 26
Tuesday, September 25
Membilang vs Mengira
menu hidangan untuk makan malam
disediakan dengan menu yang simple sahaja.... 'mee goreng'
Alhamdulillah kenyang perut suka hati....
acara seterusnya diteruskan dengan menonton tv
berebut remote perkara biasa sorang nak tengok discovery channel, sorang lagi tak habis-habis dengan katon dan aku semestinya Adam & Hawa.. malam ini juara dimenangi oleh ibu.. masing-masing dah buat muka tanda tak suka nak tengok huhuhuhuhu... sila layan juga okehhhh
tengah aku feeling memfeeling citer Adam & Hawa tu...
mereka berdua........
Abah : Aiman bilang benda yang abah lukis ni lepas tu tulis berapa ok...
Aiman : eh biarlah saya yang lukis
Abah : Biar abah yang buat
Aiman : hmmmmmmm ala abah ni
Abah : ok Aiman bilang ni tau
Aiman : bukan BILANG ... KIRA la abah
Abah : samalah tu...
mari sinilah Aiman ajar abah kira... amboi nak jadi cikgu pulak dia
sambil menulis dan sebut angkanya
encik somi buat tak tahu nombor ... 7
tengok tuh betapa besarnya nombor 7 Aiman tulis
tanda marah sebab Abah tak tahu nombor 7
saja jer nak tengok dia....
lepas mengira disuruh abahnya membaca jawi pulak
untuk cerita Adam & Hawa episod 17 aku memang tak concentrated... tengok gelagat mereka berdua ini...
Monday, September 24
Tolong Ibu Pahala Besar
kembali ceria!! ni yang ibu nanti-nantikan
rumah kami dah mula bising dengan suaranya
bila dah sihat selera makan pun bertambah
minum susu berbotol-botol
suka hati ibu!!!
habis minum susu.....
'ibu botol susu ni biar Aiman yang basuh yer'
'kenapa pulak Aiman nak basuh'
'saya nak tolong ibu'
'oh nak tolong ibu'
'ibu ni tak tau ker.. tolong ibu pahala besar'
'pandai Aiman..pahala besar. Besar macam mana tu'
'besar sangat.. besarlah.. jangan tanya besar macam mana ibu!!!!!!'
hoohohoho dah mula nak jerit
aku sememangnya membiarkan saje apa yang Aiman nak buat
...buatlah Aiman... basuhlah.....
Friday, September 21
Tak Cerialah.......
sekarang batuk pulak dan badan pun rasa dedar jer
bilalah anak ibu nak sihat dan kembali ceria ni
rasa sunyi di rumah
kalau tak bising dengan keletah dia
Thursday, September 20
Deko Bajet ~ Ruang Dapur
untuk menambah koleksi yang baru ada sepasu
kali ni aku nak cari untuk ruang dapur
mengikut bajet aku yang ciput dan...
macam biasa aku tetap sukakan yang simple sahaja
dan yang penting senang untuk dibersihkan nanti
bajet bunga murah sahaja setangkai RM 2.50
bunganya aku suka.... sweet jer
pasu Rm 12 (suka pasu jenis ni sebab ringan dan kalau jatuh dari tempat tinggi pun dijamin tak akan pecah)
yang encik somi pulak kat sebelah set pisau tuh... (emmmm sesuaikah di situ??????)
Wednesday, September 19
Tuesday, September 18
11 HARI.....
mak berada di hospital
finally doktor benarkan untuk... discharge
syukur Alhamdulillah
kesihatan mak semakin baik
hari sabtu (15.09.12) mak dibenarkan pulang
Friday, September 14
Tak Tahu Ker???
Apabila kami bertiga masuk sahaja ke dalam bilik dr. Sunita..
Doktor : Hi kucing! (ditujukan untuk Aiman.. Untuk pengetahuan dr. sunita memang suka panggil 'kucing'
dari dalam perut ...mana-mana baby ataupun budak) hmmmm kucing dipanggilnya..
Aiman : Bukanlah saya Afif Aiman..
Doktor : No lah... u macam kucing cute!
Aiman : Saya Afif Aiman... tak tahu ker??
betulkan ibu.. abah..
Doktor : wow sudah pandai yer sekarang kamu!
Sian Aiman tak bersekolah selama 4 hari sebab demam campak. Tapi lompat sana sini macam orang tak demam pun.
Thursday, September 13
Rindunya kat My Mom....
muka emak tetap ceria walhal masa ni pump talk untuk prosedur operation esok
doktor kata semangat mak kuat
kami semua tak dapat menahan air mata
bila doktor n nurse cakap ...
" now it's time to talk about the actual prosedure........
tapi mak tak menangis pun... buat lawak dengan doktor lagi ada
doktor kata bagus... kuat semangat cepat baik
kita hanya mampu merancang
hanya Allah yang dapat tentukan
apa yang mampu kita buat... doa banyak-banyak
keadaan mak untuk hari ke8 setelah operation
Alhamdulillah keadaan mak semakin stabil
mak memerlukan masa untuk recover balik
disebabkan kidney failure air di dalam badan berlebihan
mak susah sikit nak bernafas
doktor kata lama-lama nanti setelah beberapa kali dyalisis mak akan ok
kalau tiada apa-apa hujung minggu dah boleh discharge
syukur alhamdulillah....
Wednesday, September 12
Tuesday, September 11
HARI RAYA KAMI...... 2012
Friday, September 7
4 JAM
syukur pada mu ya Allah
mak telah selamat menjalani pembedahan
masa pembedahan yang diambil untuk bypass. ...... 4 jam
setelah selesai kami dapat melawat mak
doctor beritahu condition mak alhamdulillah baik
mak akan berada di dalam ICU selama 3 hari
terima kasih buat kalian semua yang mendoakan mak
hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian.....
Thursday, September 6
HARI INI HARI PEMBEDAHAN....
Assalamualaikum dan selamat pagi semua
Alhamdulillah cuaca di hari ini pun nampak baik jer kat luar
seceria muka my mom
yang akan menjalani bypass surgery
dalam beberepa minit saja lagi dari sekarang
tunggu masa nurse untuk tolak ke OT
mak sangat kuat semangatnya
berbanding aku yang asik menitiskan air mata
dari semalam..........
sepatutnya aku yang menenangkan mak
bagi kata semangat untuk dia
tapi dah terbalik
mak pulak yang cakap dengan aku
takde apa moga semuanya berjalan lancar...mudahkan segala urusan... kita fikir nak baik
BUAT MAK...
KAMI SENTIASA MENDOAKAN MAK
KAMI BERMOHON PADAMU YA ALLAH AGAR PEMBEDAHAN INI BERJALAN LANCAR DAN BAIK
PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.......
UNTUK STAFF AMPANG PUTERI
BUATLAH YANG TERBAIK UNTUK IBU KAMI....
Wednesday, September 5
Lama Tidak Bersiaran.. 3 sahaja yang melekat
blog KM sudah lama tidak bersiaran
tak tahu mana hilangnya mood nak menghapdet
mood raya sudah mood merdeka pun sudah
mood berblogging ??????
kali ini aku cuba untuk menghapdet sekerap yang mungkin
dah lama tak story mory kan
especially pasal AIMAN
dah macam-macam sekarang ni dia
banyak yang nak dikongsikan
tapi ibunya tak menulis entry camner nak share??
ada apa dengan tajuk di atas???
apa yang melekat terlekat tuh
apa lagi kalau bab melekat terlekat ni
kalau tak iklan kan...
nah inilah dia 3 yang melekat tuh