Penghujung Syawal baru dapat nak share gambar raya kami
Raya tahun ini seperti raya tahun yang sebelumnya juga
Kami adik beradik semua beraya di rumah mak dan ayah
Suasana di hari raya.... suasana yang penuh gembira
tak sempat nak mengsnap gambar sana sini
di atas kebizian diri sebagai anak sulong
merewang untuk persiapan raya memang best.. semua orang kena buat kerja tak ada yang terkecuali!
oh sila abaikan gambar kaki adikku itu hihihi...
menu hari raya kami : ketupat nasi, rendang, kuah kacang, masak lodeh,
sambal tumis, sambal goreng dan satay
ketupat dianyam encik somi dan ayah
bila part aku menganyam ekor dan kepala ketupat lari ke lain huhuhuhu...
suasana riuh rendah hingga yang ada terkena pisau dan periuk belanga panas ouuchhh!!!
Di malam raya... rumah kami tiba-tiba tiada elektrik waaaa semua orang dah bermuram durjana
sebab risau akan berlanjutan sampai esok
tiada makna berhari raya tanpa elektrik
betapa prihatinnya warga TNB... bekorban tenaga dan masa
atok mengajar cucunya cara bermain bunga api yang betul ...
dan... Aiman akhirnya mencucuh bunga api kat buah rambutan.. dia kata nk buang semut senang nak makan
habis rentung buah...
testing dulu satay untuk para tetamu di esok hari
DI PAGI RAYA
5 comments:
Pepel belaka raya tahun ni ye.. :) cantek2 semua..
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir batin.. :)
bestnye satay..
waaahhh..pepel tuu....santeeekkk!!!
Segaklah Aiman berbaju Melayu. Kalah Aaron Aziz nie Noor. Tunggulah 20 tahun lagi:)
Selamat Hari Raya Aiman sekuarge.. :)
syok tgk pic beramai nie..sporting je..hehe
Post a Comment