home about me award contest Image Map

Tuesday, November 9

testing botol baru


belek-belek dulu sebelum minum...agaknya dalam hati...lain benor pulak bentuk botol kali nih




habis pun minum..9oz



Monday, November 8

Botol Susu Baru

Sudah sampai masa untuk ganti botol susu yang baru untuk aiman. Kali ni aku decided nak beli brand yang lain pula. Sebelum ni aku belikan aiman Avent dan Nuby. Kedua-dua jenis botol ni sangat best fungsinya bagi aku. Ada kelebihan masing-masing. Aku sukakan botol yang mulutnya besar senang nak basuh dan yang penting nampak cute jer bila aiman minum susu.


Kali ni aku try beli brand Tomme Tippee pulak. Aku suka bentuknya yang molat-molat gitu. Harap aiman suka ler dengan botol nih. Dan yang ni aku pilih brand Momma. Aku sangat sukakan designnya. Harap aiman suka juga dengan botol ni.


Thursday, November 4

AFamosa Cowboy Town

Nak cerita pasal cuti kat melaka baru-baru ni. Kita orang ke Afamosa Cowboy Town. Dekat Alor Gajah, Melaka. Kalau dari highway plus keluar susur Simpang Ampat. Dari KL kejap jer dah sampai. Memang bestlah tempat ni bagi aku. Terasa cam dunia cowboy. kebetulan masa aku pergi ni kat Cowboy Town tengah mid autumn celebration 2010.

Memang meriah giler. Macam-macam show ada carnival show, 4d teater show...very enjoy it!!!!! acara kemuncak siap dengan bunga api..part yang ni aiman sangat-sangat suka. Carnival show lama jugak. Tak sanggup aku main-main api mulut penuh minyak gas. Kalau tersilap mau terminum huhuhuhuhu..


bersama abg cowboy yang tak tau keturunan dari mana. yang pasti bukan malaysian







photoshoot ~ infant model

Semalam balik dari kerja aku terima call bertanyakan pasal aiman untuk photoshoot. Sebelum ni aku ada terima satu call juga. Kebetulan kami berjumpa masa kahwin Binda that person mintak nombor phone. Hubby aku bagi je ler. Mana tau ada rezekikan.

Cerita semalam punya call, diaorang suruh datang untuk projek satu syarikat ni. Aiman kena beraksi dengan botol-botol air. Masalahnya sekarang nak ker aiman nih tuk this photoshoot. Risau jugak aku. Buatnya dia baling ker apa botol air tu tak pasal-pasal kena ganti pulak. Harap-harap aiman sporting lah untuk di photoshootkan. Aku ngan hubby decided try bawa dulu mana tau kan dia nak. Nanti lain kali kalau ada offer lagi dia dah biasa. Ibu yang harap lebih ni ada offer lain hahahaha. Bukan apa boleh simpan duit untuk aiman untuk masa akan datang.

Anyway thanks to orang-orang yang telibat tolong promotekan aiman..


pic lama dengan botol gak tengah minum air



Tuesday, November 2

aktiviti bila petang

Balik sahaja dari kerja aku terus singgah di rumah Mak Dah @ pengasuh aiman untuk ambil aiman. Rumah Mak Dah ni tak jauh dari rumah aku. Kadang-kadang aku ambil jalan kaki jer sebab dekat. Bila dah sampai rumah jangan harap ler aiman nak masuk rumah. Dia nak main-main dulu kat luar sebelum masuk. Main kat depan rumah jer lah aiman. Nak ke taman buaian pun rosak tercabut tali bagai huhuhuhu....sambil aiman main aku borak-borak ngan jiran. Bila dah berborak ni mulalah bergosip..Aduhai bila tak berborak orang kata kita sombong pulak nanti. Tapi bila dah terjebak dalam geng borak nih telinga tak tahan nak dengar citer pasal orang. Lagi-lagi badan tengah letih baru balik keje. Layannnnnnn jer la.....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette