home about me award contest Image Map

Wednesday, February 9

Perjalanan KL - Kuantan - KL

Cuti perayaan tahun baru cina baru ni kami sekeluarga ambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Yerlah cuti 4 hari tuh rugi kalau tak kemana-mana. Kami bertolak ke kampung hari khamis untuk mengelak dari keadaan jem. Alhamdulillah perjalanan balik ke kampung begitu lancar sekali. Kampung kami tak jauh 3 jam jer dah sampai. Seronok kat kampung jangan cakaplah lagi-lagi adik-beradik ada balik. Cam biasa bila dah sumer berkumpul ni acara wajib 'bakar ayam' makan ramai-ramai. Seronok-seronok....

n'cik suami sedang tekun membakar..rugi lah jadi tukang bakor nih..bakor-bakor orang lain ngap dulu..teringat citer hantu kak limah.."kita bakor! kita bakor! kita bakor!.hahahhaha memang lawak ler..

errrrkk..nasi goreng akan jadi lebih sedap kalau dihidangkan dalam periuk


nak bagi diam umpan raket patah..kalau tak buat gitu jangan harap dapat main


Kami bertolak balik dari kampung hari ahad pukul 5 petang. Dengan harapan jalan tak berapa jem mungkin ramai yang balik hari sabtu. Ternyata sangkaan saya meleset sekali. Sampai jer kat kawasan Lanchang terus jem. Errrrkkk..perjalanan 30-40km/j..bila mau sampai kalau macam nih. keadaan jem tu sampailah dekat hentian genting sempah..pergghhhh panas punggung dah duduk dalam kete. Kesian banyak kereta yang berhenti kat bahu jalan. Ni kes high temperature lah ni tak pun sajer nak berhenti boring sebab jem. Seratus biji ada kot rasanya. Aiman pulak dah meresah jer tak selesa duduk dalam seat dia. yerlah budakkan mana nak selesa lagi pulak kete jalan nyet-nyet. Yang peliknya after terowong terus tak jem..rasanya gara-gara orang berhenti kat jalan di hentian genting sempah yang membuatkan keadaan jam...dari 3 lorong jadi 2 lorong..kami sampai kl malam tuh pukul 12 lebih malam. 7 jam perjalanan balik. Sengal seluruh badan.

aksi-aksi aiman waktu jem







Tuesday, February 8

Si Tom di serang Batu karang

Ingatkan orang jer di serang penyakit batu karang rupanya kucing pun boleh kena juga. Seminggu Tom tak kencing-kencing. Pasir tempat dia membuang tak ada kesan apa-apa pun. Tom jarang membuang kat luar mesti kat dalam takungan pasir kebiasaanya. Tu yang boleh perasan Tom tak membuang. Alkisahnya bawaklah si Tom nih jumpa dengan doktor. Doktor kata si Tom di serang penyakit batu karang. kebiasaanya kucing jantan memang selalu kena. Doktor bagi ubat untuk Tom kencing. Bila dah makan ubat Si Tom ni asik pulak terkencing-kecing. Tau-tau ajelah bau kencing kucing jantan...adoiii menusuk hidung. Tak larat kalau macam ni asik nak mengelap lantai dengan tukar kain alas sentiasa. Dapat satu idea camaner nak settlekan ni semua...


hahahaha pinjam dry pants aiman... elok pulak si tom ni pakai. tak pulak ditanggalkannya. kat bahagian ekor kena tebuk tuk keluarkan ekor. legaaaaa sudah. nampaknya aiman terpaksa berkongsi pampers dengan tom huahuahua....bulan ni kena belanja lebih tuk pampers lah jawabnya..



Thursday, February 3

Gong xi fa cai

Selamat menyambut Tahun Baru Cina bagi kaum cina di seluruh Malaysia. Sama-sama kita manfaatkan cuti raya nih bersama keluarga tercinta. Nak ucapkan 'gong xi fa cai' kat untie mei dan uncle wong. Diaorang nih jiran kami yang sangat baik hatinya. Sentiasa rajin tolong menolong. semoga uolls selamat ke destinasi yang dituju dan selamat kembali bertugas seperti biasa.



pinjam gambar kat pakcik google



Wednesday, February 2

Under construction

Minta maaf semua. Sekarang my blog asik bertukar templates sebab tengah nak cari yang bersesuaian dengan citarasa. Bila dah tak berapa nak pakar ni tu yang jadi kejap-kejap tukar. Terima kasih kak rin bagitau yang lady bug background tuh tak appear bila buka di opis. Nak kena tukar lagi lah ni nampaknya..minta maaf semua.




Tuesday, February 1

HP rosak

Masuk ni dah dua kali hp rosak. Ni gara-gara anak terunaku yang sorang. Aiman suka sangat main hp pastu bila kita tak sedar dibalingnya hp tuh. Kali nih rosak memang dah tak boleh guna lagi. Button banyak yang tak function. Nak tekan untuk call pun tak boleh. Nampak gayanya memang kena cari yang lain. Aiman sian kat ibu xder wet nak beli huhuhuhu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette