home about me award contest Image Map

Friday, June 10

Breakfast Mee Goreng

Malam semalam aku dah plan nak masak mee goreng untuk breakfast. Mood tengah rajin untuk bawa bekal ke opis ngeh..ngeh..ngeh..ingat misi mesti berjaya kali nih jangan gagal huhuhu..


 Ibu amik sket udang aiman sebab malas nak buang kulit.

 Lepas breakfast seperti biasa aku akan makan suplement. Aku ingat nak cari bekas yang isi ubat tu lah. Senang tak payah aku nak bawak banyak botol. Just letak dalam bekas sampai waktu amik telan jer. Ni kena angkut penuh satu handbag belum barang lain lagi. Sebab inilah aku tak pandai pakai handbag yang bersaiz kecil. Macam-macam nak sumbat mana nak muat.


Suplement sangat penting untuk kita lebih sihat dan bertenaga hoyeahhhh....

Thursday, June 9

Kena Pandai Berjimat

Cara yang bijak lagi kreatif dalam kewangan ialah dengan mengamalkan jimat cermat. Dengan jimat cermat kita boleh mengurangkan masalah kekangan kewangan. Lagipun sesungguhnya orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan.
Kat sini ada beberapa tips untuk kita amalkan jimat cermat:

Tip 1: Sediakan bajet kewangan keluarga
Ukurlah baju di badan sendiri. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Utamakan yang utama bagi keperluan keluarga.
Tip 2: Merancang kewangan untuk masa depan
Sediakan payung sebelum hujan. Wujudkan simpanan tetap atau tabungan untuk masa depan atau kecemasan. Boleh juga membuat simpanan dalam skim takaful yang memberikan manfaat perlindungan yang tidak kita dapati dengan simpanan biasa. Bagi mereka yang berminat dengan amanah saham, pilihlah yang terbaik untuk membuat pelaburan.
Tip 3: Masak sendiri
Kurangkan makan di kedai. Ini lebih jimat, terutama bagi keluarga yang ramai. Air tangan ibu atau isteri akan mengikat kasih sayang antara keluarga serta lebih terjaga kebersihannya. Secara tak langsung keluarga yang sihat akan mengurangkan kos perubatan yang tidak kurang mahalnya.
Tip 4: Bawa bekal ke pejabat
Jangan malu untuk membawa bekal ke pejabat. Malahan anak-anak juga perlu diajar membawa bekal ke sekolah. Dengan cara ini kita dapat berjimat  paling kurang RM3 sehari. Duit yang dijimatkan ini boleh dijadikan simpanan untuk masa hadapan dan kecemasan.

sumber : sini 



Cam aku hari ni masak sendiri nasi goreng untuk bekal ke pejabat. Aku kena berjimat cermat nak kumpul duit  untuk completekan misi komunikasi baru bak kata bro rizal hehehehe...dah lama ku idam-idam kan. Oh yer ada satu lagi misi yang asik tertunda misi klik klik!!!!



Launching Rumah Baru

Bersiaran kembali hari ni dengan semangat rumah blog yang baru.....
Bagi aku nampak lebih kemas berbanding yang lama. Dan yang penting ciri-ciri cute tu mesti ada. Aku sangat sukakan polkadot and bee....so rumah baru nih bertemakan polkadot n bees.

Aku nak ucap banyak-banyak terima kasih kat Ida@Krafty Pallete sebab designkan ikut apa yang aku suka....sapa-sapa yang nak order template bleh ler usha blog dia. Very cool person senang nak berurusan.

sebelum berpindah ke rumah baru

Tuesday, May 31

Boring + Rindu + Takut....

Aku akan merasa boring + rindu + takut bila.....



cik somi outstation...

esok dia akan outstation. bermulalah 3 perasaan ni akan bermain-main dalam diri aku..
sangat2 tak best kan bila cik somi takde di sisi kita..alahai nak lelap mata pun susah camno tuh haaa?

siapalah yang aku nak panggil untuk temankan aku dengan aiman tido kat rumah kali ni. Nak tido berdua memang tak berani. dengar bunyi kucing dengan cicak pun dah membuatkan aku seram.

Wan aku pulak balik kampung..nampak gayanya terpaksalah anak makdah kena temankan kami berdua. Mujur dia tengah cuti sem.


Wednesday, May 25

Tesco oh Tesco

Pasaraya yang paling Aiman suka lain tak bukan TESCO......kenapa dia suka Tesco..? Boleh dikatakan 2 hari sekali kami akan ke Tesco. Kalau nak beli barang ke pergi makan ker senang ke Tesco sebabnya pasaraya yang paling dekat dengan rumah.


Tengok ajer logo TESCO dia dah tau. Tak kiralah logo nih ada kat mana. Sabun cuci pinggan ker , air mineral ker dia akan cakap... sabun eko.. ibu man nak air eko..(versi pelat huhuhuu)..

So aku ngan cik somi nak test dia kalau susun kan huruf guna ABC kat umah dia tahu tak itu TESCO. Dia dah mula mengenal beberapa huruf.

Jom kita tengok..ujian yang aku ngan cik somi buat..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette