Islam tidak menyuruh umatnya mengurus uri seperti... jenazah. Apa yg
perlu hanyalah di basuh, kemudian tanam di tempat yg selamat, maksudnya jauh
daripada dimakan binatang liar.
Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari
Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata, uri
adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.
“Eloklah
dibersihkan dan ditanam tetapi bukan diurus seperti jenazah,” katanya ketika
ditemui baru baru ini.
Menyentuh perbuatan meletak bahan bahan seperti
asam garam, yg disertakan sebatang jarum atau paku, menurut Dr. Anisah, semua
itu hanyalah adat semata mata.
“Dalam Islam tidak ada semua itu. Seelok
eloknya basuh saja bersih bersih. Selepas itu balut kemas, tanamlah. Tentang
tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran kita dan dapat mengelak
daripada diselongkar binatang,” tambah Dr. Anisah.
Di kalangan masyarakat
Melayu, uri cukup dijaga. Selain ditanam beserta dengan pelbagai benda, seperti
jarum, paku, lebai, adakalanya batik dan sebagainya. Malah sesetengah tempat ia
dipasang lilin waktu malam selama tujuh malam.
Menurut mereka lagi, jika
ditanam begitu saja, macam macam perkara akan menimpa bayi. Takut dengan musibah
musibah yg dikatakan itu, ramai ibu bapa yg terpaksa patuh dengan cara menanam
uri.
Semua itu, menurut Dr. Anisah hanyalah adat orang Melayu yg telah
diamalkan turun temurun. Mengamalkannya tidak salah kerana ia cuma budaya,
asalkan tidak memesongkan keyakinan.
Bagaimanapun menurut beliau, jika
petua orang tua itu menjurus ke arah suatu kepercayaan atau keyakinan maka ia
tidak boleh diamalkan.
“Masalah akan timbul jika kita benar benar percaya
bahawa kita kena tanam uri dengan bahan bahan tertentu supaya anak tidak
berkudis, mengelak drpd menangis malam, sawan dan sebagainya. Kedaan itu jelas
bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat. Misalnya kalau
letak jarum atau paku semasa tanam uri dapat mengelakkan drpd gangguan makhluk
halus jelas ini salah. Kita dilarang terus drpd percaya yg lain selain ALLAH,”
katanya lagi.
Tapi bagaimana pula jika uri berkenaan dibuang saja? Apakah
hukumnya?
“Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara
menguruskan uri, Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan
supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.
“Jika dibuang saja pun tidaklah
menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan
berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula,”
katanya lagi.
Malah menurut Dr.Anisah, perangai anak anak tidak ada
hubung kait dengan dimana atau macamana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada
didikan yg diberikan ibu bapanya.
Nabi pernah berkata, seorang bayi yg
baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanya lah yg menentukan sama ada
dia menjadi Majusi atau Nasrani.
Malah menurutnya lagi, tidak ada doa doa
khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yg soleh
atau solehah.
“Cukup sekara baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi
junjungan kita Muhammad. Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah,
pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga
kelakuan, makanan dan minuman anak anak serta memastikan halal, bukannya di mana
dan bagaimana uri ditanam,” kata Dr. Anisah