home about me award contest Image Map

Thursday, March 31

Jalan-jalan Tengok Wayang



Hari tu kami sajer bawak Aiman tengok wayang. Layan movie 'Hikayat Merong Mahawangsa'....memang terbaiklah cerita nih. Tahniah untuk KRU. Bila tengok movie ni rasa macam bangga ngan Anak Malaysia dapat hasilkan filem yang sebegini hebat bagi aku.

Kata-kata yang aku tak boleh lupa akan Hikayat Merong Mahawangsa ni bila Merong cakap.........argghhhhhh very touching lah!!!!!

Sampai Masa Tibanya Waktu,
Redup Hati Kamu Berdua,
Bila Dua Jasad Bersatu,
Hidup Mati Jadi Bersama.

Tapikan belum pun habis tengok Aiman dah pun cakap "bu...bu...dah..dah..abah..abah..dah..dah..." puas aku ngan n'cik suami pujuk untuk habiskan menonton. Mungkin cerita ni tak sesuai untuk Aiman. Dia rasa boring yerlah epic movie color pulak tak ceria. Ibu ngan abah sangat-sangat teruja. Aiman pulak tak berapa suka. Cuma part lawan-lawan jer dia excited tengok bila part lain dah mula bercakap sorang sambil makan popcorn.





Wednesday, March 30

Muat ker ?????

Haaaaa tiap kali aku nak sidai baju inilah kerja Aiman. Dia akan keluarkan semua baju dari dalam bakul. Habis selerak dibuatnya. Dan inilah rutinnya....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
:
:
:
:
:



Tuesday, March 29

Pecinta Haiwan

Korang semua suka binatang tak..? aku ni tersangatlah suka binatang lagi-lagi binatang yang bernama kucing. Teringin sangat nak bela kucing sekarang nih tapi n'cik suami tak berapa nak bagi pulak. Sedih pulak tetiba teringat dengan SI TOM...

Aiman pun nampaknya sukakan binatang. Aku tengok dia tak takut pun bila tengok binatang contohnya cam tengok landak nih. Landakkan berduri tapi dia berani woooo...


memang berani berhati waja sebab landak berada di dalam huhuhuhu


Ni nak cerita kat opis pulak. Kat opis dah macam kelab pecinta haiwan bila masing-masing bawak binatang peliharaan untuk di bawa ke klinik haiwan. Sebelum nak ke klinik untuk check up bulanan letak jap dalam opis. Sempat lah kami main-main bergurau senda.


ni namanya oppa..asal keturunan rabbit apa aku tak tahulah. Telinga dia jatuh dan kat tengah pulak. Sangat-sangat cute. Bulu yang sangat gebu. Kalau dimandikan makan masa 3 hari baru nak kering betul. Dinasihatkan supaya oppa tak perlulah mandi selalu yer oppa....





yang ni pulak namanya nana..aku sangat suka kat nana ni. nana cam kucing spesis benggal bila tengok corak atas kepala dia. tapi bukan benggal lah. puas berkali-kali mintak dengan tuannya tetap tak dapat...nasib huhuhuhuhuhu...



Monday, March 28

Smart Wonder Land @ Saturday

Hari Sabtu n'cik suami ada kerja pulak nak kena settlekan. Kami berdua kat rumah rasa boring semacam jer. Aku ngan Aiman sajer keluar gi jalan-jalan. Helo n'cik suami suruh tunggu kat tempat kami nak tuju. Kami nak ke Smart Wonder Land sajer nak bawak Aiman main kat sana. Lama tak pergi sana.


sila duduk diam-diam. ibu nak drive nih. jangan mintak macam-macam yer..ibu dah bagi air matching ngan baju tu sirap ijau...kasi warning dulu sebelum nak jalan...


wah sungguh lucky kamooo dapat nombor satu...hanya sekadar nombor jer pun..











Friday, March 25

Jenis-jenis Botol Susu Yang Selamat Digunakan

Sekarang ni tengah hot cerita pasal botol susu. Hati parents mana yang tak risaukan bila dengar macam-macam. Lagi-lagi hal yang akan memberi kesan yang tak baik kepada anak.

Pemilihan botol susu adalah sangat penting bagi anak kita. Kita disarankan untuk memilih botol susu jenis bebas BPA contohnya dari bahan Polypropylene (PP), Polyethersulfone (PES), Polyamides (PA), kaca dan lain-lain mengikut kepada kemampuan masing-masing.

Untuk Aiman aku memilih botol susu jenis PP. Tak pernah lagi beli yang jenis dari kaca. Takut pulak buatnya dibaling tak ke haru tuh. Mau berderai tak pasal-pasal kena kaki..Sebenarnya tak kisahlah dari jenis apa pun janji kita beli yang bebas BPA untuk anak kita.

Ini antara jenis-jenis botol susu yang boleh kita dapati kat pasaran untuk our son / daugther. Merangkap juga botol susu Aiman kat umah ngeh..ngeh...ngeh..design semuanya wide neck. Dari baby Aiman memang menggunakan botol jenis wide neck. Kalau bagi botol jenis kurus tuh tak mahu diminumnya. Mungkin dia dah selesa dengan botol yang besar gabak gitu.


Ini adalah brand NUBY. Aku sangat sayang dengan botol ni. Bukan aiman yang sayang tapi aku boleh gitu..Aku sukakan Nuby sebab design, good quality dan reasonable price. Lagi bertambah suka bila Aiman terbalik-balikkan dia tak kuar air...ibu tersangatlah suka. Takde istilah kicap bagi botol susu jenis ini.



Yang ni pulak brand Tomme Tippee. Senang nak pegang bila minum. Aiman sangat suka minum botol ni sebab puting botol ni aku rasa. antara putih dan biru dia lebih sukakan biru sebab ada gambar kat bawah tu.



Ni pulak Avent. Ok yang Avent nih warna yang agak kelabu tuh free BPA. Yang satu lagi tuh tak rasanya. Tak ingat tulis kat kotak masa beli. Tapi yang color kelabu tuh sure free BPA. Yang ni pun Aiman sangat suka.



Ok ni botol last brand Momma. Aiman panggil Get..get..means Joget. Botol ni jenis rocking. Beli botol ni sebab cute. Kata mak aku botol labu erkkkkk...Ok jugak botol ni cuma kalau sapa yang tangan kecik susah sikit nak pegang bila nak minum...

Sharing is caring.....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette