Tempahan nombor pendaftaran kenderaan WWW dibuka 30 April
2012/02/28
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor
pendaftaran kenderaan "WWW" yang bermaksud "World Wide Web" boleh
membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur mulai 30 April ini.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei depan.
Katanya nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka 1 hingga 10 akan dibuka dengan harga jualan minimum RM10,000 manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM2,000 manakala nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM300.
Kong berkata, beliau percaya tempahan terhadap nombor pendaftaran "WWW" bukan saja akan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai, malah akan mencatatkan harga tempahan yang paling tinggi dalam sejarah tempahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan di negara ini.
"Setakat ini harga nombor pendaftaran yang paling tinggi ialah pendaftaran kenderaan "MCA 1" yang dijual dengan harga RM300,100.
"Secara puratanya JPJ meperoleh pendapatan RM1.7 juta setiap tahun daripada tempahan nombor kenderaan. Tahun lalu lebih RM1.8juta diperolehi daripada tempahan nombor kenderaan berbanding hampir RM1.6 juta dalam tahun sebelumnya," katanya.
Sebubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai yang ingin membuat tempahan nombor agar mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ termasuk mengisi borang dan membayar deposit yang ditetapkan.
Katanya, borang tempahan itu boleh dimuat turun dari portal JPJ di www.jpj.gov.my. - BERNAMA
AKU DULU MEMANG TUNGGU NAK ~~~WMW~~~~
LOAN KERETA DAH LULUS TAPI AKU SURUH RUNNER TUNGGU KELUAR WMW
DAPAT JUGAK AKU ~~~~WMW~~~~
DAPAT JUGAK AKU ~~~~WMW~~~~
ALANGKAH BESTNYA KALAU AKU DAPAT WWW
UNTUK KERETA BARU
TAPI HANYA DENGAN BERANGAN SAJER LA....BUKAN BELI PUN!
1 comment:
nor angkatla keta baru... pakai WWW lak lawooo tu
Post a Comment