menjaga anak semasa aku mengxtvitikan diri nun di dalam hutan
segala tugas harian di rumah perlu digalas oleh seorang yang bernama SUAMI..
sepanjang aku di hutan itu..kami terputus hubungan selama 2 hari satu malam
punyalah aku prepared beli sim kad MAXIS semata-mata untuk berhubung
namun hampa belaka huhuhu
sepanjang di sana hati aku resah gelisah jugak sebab tak dapat dengar suara mereka berdua
perasaan ni rasa mebuak-buak sekali
bila waktu nak balik di Kuala Tahan barulah kami dapat berhubung semula
syukur Alhamdulillah...semuanya ok2 sajer kata encik somi!!
dengar perkataan ok..hati ku sudah legaaaaa
mms gambar Aiman sebagai pengubat rindu..
berposing untuk si ibu yang sangat merinduinya....OH TIDAK!!!! kat belakang tu bergumpal sekali 'comforter'..tidak dilipat elok-elok erkkkkk dan diseret di atas lantai hmmmmmm...tak kiralah asal kamu berdua hepi di rumah walaupun udah macam tongkang pecah sekali pun bila ibu balik nanti....
good boy berusaha untuk menyiapkan semua homework yang diberi
hepi kemain lagi sebab dapat makan eskrem..kalau dengan ibu bercatu-catu ibu nak bagi makan benda-benda gitu hahahahaha...confirm lantai melekit sana sini..ibu redha....buat encik somi terima kasih menggalas tugas si isteri sepenuhnya...terima kasih jugak sebab dapat memahami si isteri..KAULAH SEGALANYA!!!!