home about me award contest Image Map
Showing posts with label pulau sapi. Show all posts
Showing posts with label pulau sapi. Show all posts

Friday, July 22

Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pasar Philiphine #2

Pagi-pagi lagi kami b3 dah bangun untuk bersiap sedia untuk ke destinasi seterusnya. Aiman agak liat nak bangun letih agaknya. Cakap nak pergi jalan cepat ajer bangun.


terpapar wajah keceriaan di kala pagi sebab nak berjalan punya pasal

Pukul lapan pagi kereta sewa yang kami sewa akan sampai kat hotel. Kami sewa Viva dengan kadar sewa RM 90 sehari. Aku sewa kira 2 hari jer. Ambil hari Jumaat pulang hari Ahad. Bertiga muat sangatlah kan Viva lagipun save minyak kereta ni.. itu yang aku suka. Bila tengok kereta sampai jer aku mula tersenyum lebar sebab Viva baru. Baru berusia 3 bulan on the road. Keadaan dalam kereta sangat memuaskan.  Natural aroma bau pandan hmmmmmm....


kk - kundasang - ranau - KK  hanya RM 40 untuk minyak

Ambil kereta pagi sebab aku terus nak check out hotel isi barang-barang dalam kereta dan kami nak ke Jeselton Point untuk ke pulau. Belek punya belek kami pilih hanya untuk pergi ke 2 pulau sahaja Sapi dan Manukan. Perjalanan untuk ke sana hanya 20 minit sahaja. Makanan sudah siap ditapaw untuk makan kat sana nanti. Naik bot dalam pukul 9 lebih2 pagi..

~~~~Pulau Sapi~~~~



















~~~ Pulau Manukan ~~~















 
Kedua-dua pulau mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Bagi aku keindahan Pulau Manukan lebih menarik berbanding Pulau Sapi. Di Pulau Manukan ada kemudahan chalet untuk kita beristirehat di sana. Kalau letih boleh tidur kat sana. Kami balik dari pulau dalam jam 3.00 petang. Dalam perjalanan naik bot hujan mula turun aduhaiii sakit muka aku kena hujan mencucuk-cucuk kat pipi montel aku...

Lepas balik dari pulau kami ke Pasar Philiphine pula. Jenguk-jenguk apa yang ada kat sana yang boleh dibeli untuk bawa pulang. Bila kata Sabah mestilah terkenal dengan mutiara kan. Harus pergi tengok. Keadaan dalam pasar agak sempit. Sarat dengan barang-barang. Macam-macam boleh pilih. Tapi aku tak beli pun lagi sekadar tengok-tengok ajer dulu round kawasan  dulu......




Dah round2 kawasan dalam ni kami terus bergerak ke Kundasang. Gerak dalam pukul 5 lebih. Arghhhh  jalan jam teruk sebab orang balik kerja. Perjalanan ke Kundasang memakan masa lebih kurang 2 jam lebih. Agak seram sebab keadaan kabus yang sangat tebal sampai tak nampak jalan. Kami sampai di kundasang jam 8 malam.




 


 









Tempat bermalam kami di Kundasang. Suasana malam yang begitu dingin sekali best ajer tido. Seram jugak aku sebab ada 5 bilik rasa sunyi yang amat. Bayaran yang sangat murah bagi aku tak sampai seratus pun semalam dengan rumah yang sebesar ini. Berbaloi-baloi......buatlah apa kita suka pun nak duduk atas ker bawah ker ikut suka hati...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette