home about me award contest Image Map

Friday, August 12

Majlis Ilmu Di Hari Jumaat



Semoga apa yang diperolehi hari ni dapat aku manfaatkan buat aku sekeluarga demi untuk kebaikan bersama. InsyaAllah....

Wednesday, August 10

Wordless Wednesday





Proses Penukaran Nama TNB & Syabas Bagi Pembelian Rumah Subsale

Proses untuk TNB

Dapatkan borang penukaran nama di mana-mana cawangan TNB yang berhampiran dengan anda. Isikan borang tersebut dan sediakan Setem Hasil RM 10 sebanyak 2 keping. Setem akan dimatikan oleh pihak TNB tak perlu nak risau-risau ke LHDN untuk matikan setem. Sediakan salinan IC dan SNP (3@4 helai muka yang awal  dan sehelai di belakang yang part sign tuh tak perlu semua). Jumlah bayaran yang dikenakan RM 253.00 termasuk yuran proses TNB.


Proses untuk SYABAS

Dapatkan borang di SYABAS mengikut zon kediaman anda. Tidak boleh dibuat dimana-mana cawangan SYABAS. Sediakan salinan IC dan SNP (3@4 helai muka yang awal  dan sehelai di belakang yang part sign tuh tak perlu semua)Isikan borang dengan lengkap dan jumlah bayaran yang dikenakan RM 130.00. Tempoh pemasangan meter 3 hari bekerja.

Tuesday, August 9

Ala Kadar Jer!!

Tak lama lagi dah nak raya. Preparation untuk raya kali nih ala-ala kadar jer. Aku ngan cik somi sehelai sorang jer baju huhuhuhuhu..Aiman budak lagi kena banyak ler sket. Kena belanja berkhemah tahun ni  banyak duit nak pakai. Terpaksa berkorban untuk renovate rumah. Ingatkan dapatlah masuk rumah versi baru raya nanti huh apakan daya tak sempat nak kejar masa.....

Malam tadi dengar berita yang sangat mengujakan Kakitangan Awam dpat 1/2 bulan gaji untuk perbelanjaan raya. Syukur Alhamdulillah rezeki untuk raya. Bolehlah untuk belanja apa2 yang patut.  TQVM to PM...ingatkan xder dapat apa2 pasal senyap ajer hehehehhe....

Monday, August 8

Shop Collect Redeem @ Parkson

Stamp yang aku dah kumpul untuk Parkson dah ada 17 stamps. Sayang nak guna 15 stamps untuk redeem barang yang aku nak sangat2 tuh. Sebab kalau ada bonus link hanya pakai 10 stamps sahaja. So stamps yang lain boleh guna untuk redeem barang yang lain.


Inilah barang idaman hati aku ...Koleksi dari Luminarc Vitroline aku memang tak ada lagi. Yang ada sekarang cuma Amberline dan Visions sahaja. Setiap Koleksi aku tak beli set lengkap hanya 2@3 sahaja. Aku nak beli casserole 6L dan 2L. Kalau harga biasa agak mahal.Jangan lepaskan peluang yang ada kuikuikui....

Weekend baru nih family aku datang kat rumah so pinjam Bonuslink ayah aku. emmmm teruk bebenor rupa kadnya hehehehe...lantak ler janji boleh 10 stamps ajer





2 kotak casserole 6L. Satu special tuk mak aku. Present besday dia senyum melebar sampai telinga. Malu2 nak snap gambar dia. Satu lagi untuk aku punya casserole 2L. Cukuplah untuk aku 2 biji. Casserole 6L senang nak masak bila ramai2 datang rumah.



Balik rumah cik somi tengok erkkksssss beli lagi!!!!! kan dah ada huhuhuhuhu....Aku dengan mak aku senyum jer. Itulah perempuan namanyakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette