home about me award contest Image Map

Tuesday, January 31

Terlupa @ Sengaja @ Khianat

Pagi tadi on the way ke tempat kerja
ada satu kereta Saga colour Silver
menjadi tumpuan ramai
pada mulanya aku pun tak perasan
tak tahulah driver kereta ni sedar atau tidak
apa yang ada atas boot belakang...........









hmmmmm tengoklah tuh. satu ikat plastik sampah sarap. elok jer terletak atas boot kereta. deboooommm bila corner bertaburan sampah sana sini.

Monday, January 30

Presents On 'Boring Monday'

Today is 'Boring Monday'
Monday is the boringnesssss day of the week kan
but today
I feel so happy
coz......
I've got this special present




this is from my bff ida...thank you very2 much dear..
i like this painting!
did well by her hubby
what does the subject matter of this painting.....?
emmmmmmm...just laughing coz I really dont know.....
ida told me.....
'the subject matter is a BOX'
ohhhhhh!!!!!!!






and this cute Fridge Magnet from my boss
she already came back from Pangkor 
but all the slippers is a left side hihihihihi
I like it all!
thank you very much boss!




Aktiviti Gotong Royong

Hari Ahad hari bersama family
hari ni kami tak ke mana-mana
niat aku nak keluarkan peluh
bagus untuk diri yang tengah sarat lemak sana sini...

hari sabtu kami seharian di kenduri Mak Dah
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan amat baik sekali



mari bergotong royong bersama-sama dengan cik somi


nak kemaskan barang-barang..bercucuk tanam...bersihkan kawasan semak samun...
pokok berduri dah siap di tanam..alamat sapa yang terpijak maka tak boleh nak bangun sebulan hihihihi!


Niat hati suci murni nak menolong cik somi bersihkan kawasan rumah. Tapi......................


aku terjumpa ini.....





besar dah macam anak ular ajer...erkkkkkk

dan ini


makanya terus cancellllllllllllllllllllllllllllll.......duduk tepi tolong tengok dan teman ajer ler

Saturday, January 28

shopping barang pelengkap dapur

sajer ronda-ronda selayang mall
hari jumaat rehat lama dapatlah meronda sana sini
inilah perangai aku and my bff ida
menjadi ajer kami berdua ni.....





senang untuk kita buang sampah sisa-sisa makanan. 
letakkan di sudut sink supaya tak menggangu bila nak basuh pinggan.



kalau tak nak bau sila tutup!



yes! senang kerja aku bab membasuh sayur atau buah 


dan juga rak ni....oh betapa bagusnya senang untuk aku letak perkakas dapur harian yang aku selalu gunakan...yang ini pun extendable.

Friday, January 27

Aktiviti Malam Jumaat

Tengok tajuk tuh bukan main lagi kan hihihihihi. Malam semalam aktiviti aku macam biasa kena masak tuk Cik Somi dan Aiman. Kami sekarang dah jarang bersantap kat luar sejak Aiman dah mula ke sekolah. Hari-hari aku akan masak tuk family tercintaku! 

Menu malam tadi  simple sahaja cuma buat 'Kueh Teow Goreng'....ini gara-gara aku teringatkan Kueh Teow Goreng kat Mango Chili Wangsa Walk. Aku memang suka.. sedap! tak percaya pergilah try...

so inilah rupanya kueh teow goreng special aku yang diberi nama ...

"Kueh Teow Goreng Kemaruk Taugeh"





Aiman pulak sibuk menyiapkan homework sambil ditemani Abahnya.




Malam tadi juga aku dengan cik somi rasa terharu..teruja ...sangat gembira..sebak pun ada macam-macam perasaan ada dalam diri bila dengar ini.......


Syukur kepadamu Ya Allah....Alhamdulillah Muhammad Afif Aiman dah pandai baca Yassin Ayat 1 sampai 5..bila nampak aku ambil video mulalah tak nak habis kan ayat ke 5...malu lah!
Hati aku sangat gembira. Macam biasa aku akan call mak aku hari-hari. Tanya sihat tak sebab mak aku ni ada sakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi. Masa tengah borak dengan mak, Aiman tengah baca Yassin dengan abahnya. Mak aku dengar sayu hati dia...emmmm mak aku menangis.. aku tau sebab aku panggil mak..mak...senyap pastu br kata emmmm....

Sambil-sambil tu aku membalut buku Aiman. Teringat zaman sekolah balut buku.. sekarang turn aku balut buku anak pulak.




Kena tido awal kami semua nak gerak awal pagi sebab Abah hantar kami. Kalau lambat nanti dia lambat pulak masuk opis..........tidur dalam kegembiraan..!!!!!









Thursday, January 26

CITA-CITA


ABAH : Aiman..dah besar nanti Aiman nak jadi apa...?

AIMAN : emmmm.....

ABAH : Aiman nak kerja apa..macam kerja abah ker? macam ibu ker?

AIMAN : Abah...lagi

ABAH : Become a doctor, lawyer, an engineer, so many lah.....so apa CITA-CITA Aiman...?

AIMAN : emmmmmm doctor

ABAH : ohhhh doctor....doctor ada banyak..? doctor apa..?

AIMAN : doctor sunat 'ote'.....

ABAH & IBU : erkkkkkkkk....tergamam kejap kami dengar

lain tak bukan mesti dia ingat INI PERISTIWA.......

Wednesday, January 25

Marathon CNY!

tak pergi bercuti ke mana hanya duduk kat rumah ajer
hajat di hati nak ke Colmar tapi terlupa......
anak sulung Makdah @ baby sitter Aiman kahwin on monday masa CNY kat Ampang

so layan piccas ajerlah kan......


tak berapa nak ada darah seni cam ibu dia....kalau Abah tu adalah sikit




satu malam habis disiapkan semuanya homework yang cikgu bagi...ibu dengan abah sibuk melayan Raja Lawak yang tak berapa nak lawak aku rasa kali ni..




yang aku perhatikan sejak gi skul ni Aiman dah tak berapa suka tengok TV 
inilah kerja-kerja yang dibuatnya



makan bersama frog...abis table runner ibu menjadi mangsa!!!!



muka ketat asik cakap nak balik...tak enjoy pun sebab terlampau ramai orang kat ikea



senyap kejap sebab dapat makan kipap hoyeaaa!! peberet Aiman kuih karipap




nak tolak sendiri...tak bagi ibu ngan abah tolak trolley..
ibu ngan abah berpegangan tangan di belakang hahahahha poyo jek!!



reward lagi...abah belanja sebab Aiman dah pandai Qamat sebelum nak solat


hepi jer sebab dapat mainan huh!


wedding @ Dewan RISDA


Friday, January 20

ALFATIHAH BUAT IZWAN PILUS

BARU DAPAT TAHU TADI FROM FB PENYANYI IZWAN PILUS 'INDAH LELAPKU' TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH DISEBABKAN LUNG INFECTION JAM 6.15 PETANG TD.......ALFATIHAH

Mari Berzikir Di Pagi Jumaat!!



Amalan Berzikir pelindung ketika perjalanan. BERZIKIR (mengingati Allah) dan membaca ayat suci al-Quran mempunyai banyak berkat dan fadilat.

Ni video kami anak beranak dalam perjalanan nak ke skul..
sila abaikan bunyi  signal hihihihihi.......
tengah drive ..tengok jam hari ni 20.1
aku bagitahu Aiman hari ahad 22 hb ni umur Aiman 3 tahun 1 bulan
dia angguk ajer emmmmm...
mengantuk agaknya awal pagi dah bangun...




Thursday, January 19

SAKA HARIMAU

Saka Harimau adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu. Dengan itu Saka Harimau tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai SAKA

Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, Saka Harimau akan menumpang saudara terdekat atau sekiranya putus keturunan, ia akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.Akan kelihatan seperti akan ada harimau yang berkeliaran.

Saka Harimau dikatakan akan dipelihara bagi tujuan memelihara diri atau harta benda daripada diganggu musuh. Saka Harimau akan menyerang seseorang mereka yang dianggap musuh dan mampu menjelma apabila disuruh tuannya.

Pembela Saka Harimau dikatakan mudah naik darah kerana ilmunya yang panas, dan akan diserang saka itu sendiri sekiranya tidak dijaga dengan baik, terutamanya sekiranya warisnya tidak mengetahui mengenai saka yang menumpang dirinya.

Kebiasaannya SAKA yang macam ni bukan individu itu sendiri yang inginkan tapi ianya akan hadir sendiri tanpa disedari oleh individu tersebut. SAKA akan diwarisi secara turun temurun secara paksa, sukarela atau datang dalam senyap. SAKA berasal dari nenek moyang salasilah keluarga yang dulu-dulu. Hasrat mereka membela saka ni untuk menjaga anak cucu supaya tidak mudah untuk di apa-apakan. 





p/s : marilah kita sama-sama amalkan membaca urah As Saffat ayat 7 untuk hindarkan diri dari SAKA/JIN/ SIHIR. Ayatnya pendek dan mudah untuk di hafal...



Wednesday, January 18

WW # LIDAH JIN @ LIDAH MERTUA


Lidah Jin yang aku sayang.....ada jugak yang letak nama Lidah Mertua erkkkkkkkkkk....
Aku sangat suka sebab senang nak jaga
3 kali seminggu jer siram
pokok hiasan dalam rumah 
pokok ini jugak boleh sedut ion-ion negatif
sangat sesuai sebab aku selalunya akan berlappy di sini
tak boleh dijemur di tengah panas
abis lecur layu daunnya
cepat membiak 
boleh juga dibuat ubat untuk sapa-sapa yang sakit telinga
dipanaskan daun lidah jin ni dan jusnya di titiskan ke dalam telinga
selamat mencuba!
aku belum berani nak mencuba hanya dengar cakap-cakap orang sajer....




Tuesday, January 17

Reward Untuk Anak Bujangku

Sepanjang Aiman sekolah ni..bila ambil jer dari sekolah aku mesti akan tanya kat sekolah tadi buat apa dan bla...bla..bla....biasalah kan ibu mesti lah nak tahu jugak apa perkembangan kat sekolah. Kat cikgu of courselah tanya jugak. Risau juga dalam ati ni kalau-kalau dia tak nak folo aktiviti....Bila aku jemput Aiman aku akan buat isyarat kat cikgu maksudnya ok ker anak saya...cikgu balas dengan buat thumbs up! legaaaaa ibu..

Last week aku teruja bila dengar Aiman baca Surah Al-Fatihah dari ayat 1 sampai ayat 7....SYUKUR ALHAMDULILLAH ...ibu banggalah dengan Aiman baru je seminggu sekolah. Selalunya bila dia boleh lakukan sesuatu aku dan cik somi akan up up dia dan kami akan bertepuk tangan dan sama-sama akan cakap 'Pandainya Aiman...! Apa lagi senyum melebar sampai telinga dan dia akan kata yeahhhh!!!!!!!

Lepas baca surah dia berzikir pulak.....ohhhh sekali lagi kami teruja!!!! 

Menyanyi ABC  lalalallalala.........dan mengira...barangkali nak tunjukkan skill la ni apa yang dia belajar kat skul

Aku tanya Aiman cuba Iqra' pulak...alif...ba...ta..sa...jim
Aiman terus cakap ..."Eh bukanlah...A ...BA....TA..SA...JA.."  oooo ye la Iqra kan...

Oh ye ker...aku cover malu dulu-dulu aku ngaji kena baca Alif sampai Ya...pastu A I U, BA BI BU....muqaddam cover depan color hijau...

Ok.. Ibu tengok Aiman dah boleh itu ini.....Ibu nak bagi rewards sket lah!


 belum ada lagi color kuning.....kereta tu pulak tak besar sangat senang nak bawak ke sana sini. Koleksi Aiman yang lain dah ada yang tercabut tayar..tercabut wire emmmmm






Aiman suka sangat dengan McQueen ni...Aku pilih yang ada tyre kat zip. Senang nak bukak tutup.

Motivasi Pagi

Dalam perjalanan nak ke skul.....




cerita ni paling Aiman teruja sebab suasan dalam kelas....siap cakap 'eh sama macam Aiman'








Ibu layannnn aje la....sambil drive sambil tukar-tukar cd/dvd...kalau tak buat karang..tak nak pergi skul lagi haru aku dibuatnya!

Monday, January 16

Pisang Helang

Semalam dapat kiriman dari kampung. Mak kirim pisang helang. Hmmmm betapa panjangnya pisang ni. Aku sangkakan ianya Pisang Tanduk tapi bukan. Fizikal pisang helang ni lebih kurang sama sahaja dengan pisang tanduk. 



Sebiji memadai untuk kami bertiga. Bila dipotong serong-serong banyak dapatnya...ummmmpphhhh sekali bila digoreng! tak percaya sila try okeh..





lebih panjang dari botol sos cili bersaiz besar


Balik kampung nanti nak mintak anak pokok pisang helang ni nak tanam kat rumah...bila berbuah boleh di share beramai-ramai...sebiji pun dah terlalu kenyang!

Sunday, January 15

serasi bersama


Saturday, January 14

tantrum!!

Dah 2 ari bila malam ajer aiman mula buat perangai. tantrum melanda!
tak makan dek pujuk langsung
tak boleh salah sikit
menangis lalu mengamuk
bukan setakit nangis siap jerit macam orang tengah kegeraman
aiman oh aiman
naper kamu ni sayanggggg
bila aku dan cik somi pujuk tak mau juga
baca info katanya peluk kuat-kuat bila anak mengamuk
tak jalan juga
apa yang aku buat.......
aku pun tak tahu ajer biarkan dia seketika
lama-lama diam sendiri!
ada lagi tak cara nak tangani....
kadang tu tension melanda jugak dalam diri aku ni..
sebagai seorang ibu
kesabaran itu perlu kuat!.....

Friday, January 13

Ayam Oh Ayam!!

Semalam puas aku melilau kat selayang dan rawang mencari ayam
bukan ayam daging
 
tapi AYAM KAMPUNG..
tetiba rasa nak makan ayam kampung
kecewa sungguh rasa
tak jumpa..
ayam kampung jual pagi sajer ker...??

esok aku nak kuar awal pagi subuh sepi eeee
pergi pasar cari
harap-harap ada la..

 

 




ayam my MIL.......segak bergaya

Thursday, January 12

Rindu Kat Si Comel

Tetiba teringat ini budak......................








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette