Friday, January 27

Aktiviti Malam Jumaat

Tengok tajuk tuh bukan main lagi kan hihihihihi. Malam semalam aktiviti aku macam biasa kena masak tuk Cik Somi dan Aiman. Kami sekarang dah jarang bersantap kat luar sejak Aiman dah mula ke sekolah. Hari-hari aku akan masak tuk family tercintaku! 

Menu malam tadi  simple sahaja cuma buat 'Kueh Teow Goreng'....ini gara-gara aku teringatkan Kueh Teow Goreng kat Mango Chili Wangsa Walk. Aku memang suka.. sedap! tak percaya pergilah try...

so inilah rupanya kueh teow goreng special aku yang diberi nama ...

"Kueh Teow Goreng Kemaruk Taugeh"





Aiman pulak sibuk menyiapkan homework sambil ditemani Abahnya.




Malam tadi juga aku dengan cik somi rasa terharu..teruja ...sangat gembira..sebak pun ada macam-macam perasaan ada dalam diri bila dengar ini.......

video

Syukur kepadamu Ya Allah....Alhamdulillah Muhammad Afif Aiman dah pandai baca Yassin Ayat 1 sampai 5..bila nampak aku ambil video mulalah tak nak habis kan ayat ke 5...malu lah!
Hati aku sangat gembira. Macam biasa aku akan call mak aku hari-hari. Tanya sihat tak sebab mak aku ni ada sakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi. Masa tengah borak dengan mak, Aiman tengah baca Yassin dengan abahnya. Mak aku dengar sayu hati dia...emmmm mak aku menangis.. aku tau sebab aku panggil mak..mak...senyap pastu br kata emmmm....

Sambil-sambil tu aku membalut buku Aiman. Teringat zaman sekolah balut buku.. sekarang turn aku balut buku anak pulak.




Kena tido awal kami semua nak gerak awal pagi sebab Abah hantar kami. Kalau lambat nanti dia lambat pulak masuk opis..........tidur dalam kegembiraan..!!!!!









4 comments:

@e_da said...

syukurrr... ibu sedapnya kuew teow.. gebu itu udang-udang.. huhuhu

Kakzakie said...

Noor akan melihat banyak lagi kepandaian Aiman tak lama lagi. Suka kakak... moga Aiman jadi anak yg membanggakan ye sayang...

p/s: Sampai terbatuk makan sambil baca yaasiin...

dwaty said...

hehehe... bagi nama kueh teow udang berenang pun ok gak...

Alhamdulillah aiman dah pandai baca yassin...

east said...

Sejuk perut dabommm ibu mengandungkan aiman..YASIN dah pandai dalam umur 3tahun 1bulan..Terpegun mama zeween mendengonye...tapikan,,,nak jugek mee kemaruk tauge ibu aiman tu,,terliurlah..hahaha!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette