home about me award contest Image Map

Saturday, December 31

Garage atau bangsal........?

Betapa bestnya kalau cuti kan.....rileks duduk kat rumah bersama dengan anak. Cik somi pulak dia kena kerja ari ni. Kami berdua sajalah yang tinggal. Tapi aku ada tugasan yang cik somi dah bagi untuk ari ni.....huhuhu bukan sajer2 jer goyang kaki kat umah. Tengok pada tajuk entry huh itulah tugasan aku. Bukan aku yang kena bertukang buat tp kena tunggu kerja-kerja ni selesai......

Friday, December 30

simple celebration cake





Hobi Baru ~ Edible Garden ~

Sekarang aku ada satu hobi baru. Aku nak buat 'Edible Garden' @ Konsep Tanaman Dapur kat belakang rumah. Semangat berkobar-kobar nak tanam sayur/buah mengalahkan pekebun sayur pasar borong selayang! Tengah semangat berkobar nak buat dah dapat warning dari Cik Somi..."jangan sekerat jalan sudah ler" Ayokkkk sudah kena warning hihihi...aku dan cik somi memang suka bergurau so tak ambil hatinya cakap macam tuh. Come on... Come on ....buktikan yang wifey boleh buat macam pekebun sayur pasar borong selayang! usaha murni harus diteruskan!

Mula-mula kenalah ada peralatan. Aku mencari kotak polisterin kat Tesco dah habis dijual. Ok tak apa next time boleh pegi beli kat hardware. Kos kotak polisterin murah berbanding pasu. 



haaaa tu dia ......gunting tak berapa nak sesuai pasal aku cilok gunting dalam rumah ajer. 





tuan tanah kedaung satu packet tanah share untuk 2 bekas



sila abaikan tangan yang agak berdaging itu.....



 2 jenis biji benih buat permulaan

 

baja organik kambing menjadi pilihan



suriram ram suri ram..sirammmmmmmmm



ok dah siap......tak sabar nak tunggu biji2 benih tu bercambah.!

Thursday, December 29

Potty Training

Agak terlambat aku nak potty train Aiman. Dah nak masuk sekolah baru aku nak train dia. Last week pergi Ikea aku dah juma potty untuk Aiman...Yeh Yeh! Potty memang aku tak budget nak beli yang mahal-mahal. Yang biasa sudah cukup memadai. Lagi pun untuk poo ajer kan.









sapa-sapa yang belum beli boleh ler pergi Ikea gi beli. Harga RM 9.90. Aiman choose a lime green color for him.

Teknik yang aku buat ...aku bagi Aiman minum air banyak-banyak biar dia selalu rasa ada nak poo....hopefully this will encourage him to use the potty.  Klau tak mahu duduk jugak  i'm putting him on potty then asking him to poo.............

Diserang Gegata

GEGATA ....ada juga yang panggil KELOPAK GARAM. Baru-baru ni Aiman diserang Gegata. Kesian aku tengok keadaan Aiman bila kena gegata. Gegata ni bila naik kat badan dia jadi bintat-bintat besar dah macam peta aku tengok. Yang aku pelikkan gegata ni waktu siang dia tak adalah pulak tapi bila time nak senja dia akan mula merebak. Bila letak ubat hilang lepas tu muncul balik. Pergi klinik doktor kata gegata ni puncanya allergic....so kita kena cari trigger dia...yang bab nak cari punca ni yang payah sikitkan....Kalau dah tau senanglah kita nak hindarkan apa-apa yang tak boleh tu. Dah 3 klinik aku pergi tapi masih tak jalan juga. And last...aku try cara tradisional pulak...

haaaa...tengok ni muka Aiman bengkak sana sini....mujurnya dia tak menggaru kalau tak nanti mesti ada kesan kat kulit. Satu lagi ibu nak puji Aiman tak merengek bila kena gegata ni. Cuma dia sibuk cakap banyak kena gigit nyamuk!





Last klinik yang aku pegi Klinik Dharan...doktor ni pakar kulit. Kalau ada niat nak pergi jumpa doktor Dharan ni tolonglah pergi pukul 6 pagi. Pasal pegi pukul 8 kita akan dpt nombor giliran no 70. Punyalah ramai. 


klinik ni memang bagus untuk sapa-sapa yang ada masalah dengan kulit....macam biasa kalau dah ke klinik mesti dibekalkan dengan ubat lagi...


3 ubat lama ....2 ubat baru..


Rawatan klinik dah... try pulak dengan rawatan tradisional. Mandikan Aiman dengan air rebusan pokok jambu batu.



puas gek mencari jambu batu kampung ni. jambu yang moden a.k.a jambu dah kawen2 tak boleh ker..? nak kampung jugak okeh...Alhamdulillah jumpa. Rebus dalam periuk besau pasal nak mandikan banyak airnya

Kaedah kedua rawatan tradisional yang aku praktikkan  : Mandikan dengan air kelapa.

suruh orang tuh potong macam ni senang tinggal lagi cantas kuar air jer....



cara-caranya. Lepas dah mandi bersih-bersih. Mandikan dengan air kelapa ni dengan bacaan ayat suci Al-Quran...SURAH AL-BAQARAH  AYAT 122...InsyaAllah..

Friday, December 23

Happy Birthday Aiman



AFIF AIMAN today you are 3!
Syukur Alhamdulillah.....
Ibu and Abah, We love you.
You make us smile every day
and you are amazing in every way.
We watch you grow and learn new things,
Flying through each stage like you have wings.
We've watched you crawl, walk and run,
without a doubt your the WORLDS GREATEST SON!!!
Todays the third of many birthdays to come.
We can't wait for more laughter, excitment and fun.
You are our wonderful, amazing little boy
lots of love from Ibu and abah!

Thursday, December 22

Officially Moved....

We are now officially moved into our new home sweet home! Its feel great..



Thursday, December 1

SOLD OUT

Alhamdulillah barang-barang baby yang nak di let go telah sold out. Terima kasih untuk Ina. Terkejut kejap sebab Ina rupanya polis dari putrajaya. Datang rumah aku naik kete polis gitu!...jiran pun naik hairan napelah sampai polis datang rumah. Ina siap tanya ada barang lain lagi tak nak dijual...? hehehehe belum lagi buat masa ni kalau ada nanti aku upload lagi yer. Thanks jugak untuk Aisyah dari Shah Alam yang sudi beli barang aku dan sanggup datang ke rawang untuk ambil barang.

Terima Kasih Abah!!

Nak ucap terima kasih banyak-banyak kat cik somi aku..ingatkan this year no present2..ada jugak rupanya rezeki2 Alhamdulillah. Tapi adiahnya bagi awal la pulak ala-ala kira pre celebrationlah ni. Sepatutnya tarikh anniversary  on 3.12 nak masuk tahun ke 6 dah.. and besday aiman on 23.12....tak kiralah nak bagi bila pun janji dapat hureyyyyyy!!! adiahnya kita kongsi sama-sama yer Aiman!!! 


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


 
tadaaaa.....inilah presentnya..



pilihan cik somi samsung galaxy tab 10.1 katanya senang nak guna compare ipad2..aku hantam sajalah yang mana-mana pun ok jer... Cuma Ipad2 complicated sket kot aku nak guna sebab tak biasa guna MAC..lagi satu prefer android sebab banyak free hehehehhe ipad2 plak banyak application. hmmmm susah tuh nak banding2 mana lagi best semua bestlah bagi aku...tak kiralah apa pun kan kita nak beli 'tepuk dada tanya selera'..





 


macam tak berapa nak share ajer....emmmmmmmmmmm



Terima kasih tak terhingga abah WE LOVE U SO MUCH!!!!!!

Tuesday, November 22

DIY Tapestry

Last week aku hasilkan tapestry hasil usaha sendiri tau...tapi di saat permulaan jerlah nak penghujung minta bantuan orang lain sebab jenuh jugak nak siapkan tuh..Motif yang aku pilih untuk tapestry ni 'hantam sajalah labu' yang pasti aku nak yang berbulu-bulu timbul kat permukaan atas. Kalau boleh semua teknik jalinan aku nak apply kat tapestry aku. 

Eh apa itu tapestry...? Ok bagi yang belom tahu tapestri adalah salah satu seni tekstil di mana ianya dijalin dengan menggunakan medium benang emmmm benang yang besar2 tuh senang cerita benang mengait untuk dijadikan pemandangan atau sebagainya. Boleh digunakan sebagar hiasan dinding dan paling top sebagai alas kaki.

Berbeza pula dengan anak aku Aiman, diambilnya tapestry nih jadikan sejadah untuk dia sembahyang. Agaknya tengok berbulu-bulu ala-ala sejadah dia pun buat sejadah..Aiman bila sujud confirmlah kamu bersin bulu benang masuk dalam hidung wahai anakkkk.....bila tengok ambil buat sejadah sejuk perut ibu mengandung harap sampai besar nanti AMIN....

..


woman in black tekun menyiapkan pada mulanya, pastu minta tolong orang lain untuk siapkan boleh gitu...


boleh juga dijadikan sejadah...













dah siap sembahyang gulung simpan....

Monday, November 21

Sakit Mata Sakit Hati!!

Mata dan hati mana tak sakit bila tengok keadaan rumah kita yang elok-elok jer masa bagi sewa alih-alih jadi rosak dan kotor. Tak sangka pulak orang yang dah berfamily anak pulak besar panjang jadi macam ni...jom layan gambar apa yang family nih dah buat kat dalam umah aku. Mengucap panjang bila buka pintu rumah.........................................................................................................................................................



























Lokasi : Apartment kat Setiawangsa / Keramat Wangsa
Tingkat Bawah / Tingkat 1

 hall dah jadi macam apa ntah



berkulat sket lagi tak tumbuh cendawan ajer



aku tergamam tengok dapur...tertanya aku macam manalah boleh masak bila kotor macam ni. sampai tile yang aku buat pun tercabut...








 





Barang Baby Nak Let Go ~~ KATIL , STROLLER, BABY WALKER!!!! (negotiable)






WALKER BABY ANAKKU
GOOD CONDITION
RM 180
Pm me : migafif@gmail.com







KATIL BABY MY DEAR + TILAM
RM 180
Bakul baby ada kotor sikit
Pm me : migafif@gmail.com







STROLLER SWEET CHERRY
RM 180
GOOD CONDOTION
abaikan gambar baby yang kat dlm tuh ye
Pm me : migafif@gmail.com


Wednesday, November 16

Upgrade lagi!!!!!

Perihal cik somi aku yang tak habis-habis lagi mengupgrade kereta kuasa kudanya. Dari satu bab ke satu bab. Emmmm lelakikan sinonim dengan kereta..layan jerlah.


Dahulunya kete ni terbiar ajer kat luar rumah. Kesian panas hujan panas hujan naik nak mereput bodynya. Memang jarang sangat-sangat bawak kete ni. Aku lebih selesa naik kereta aku kalau nak ke mana-mana.Lama usia kereta ni 15 tahun dah umurnya.

Tapikan perasaan dari tak baper nak drive kete ni, hati aku sekarang dah mula jatuh cinta. Sejak dua menjak cik somi aku dah makeover rasa cam best lak bawak huhuhuhu...Aku suka sebab laju dan pickup dia memang best. Rasa cam kete aku pun nak tukar enjin turbo jugak. Ada bajetkah ??????

Dari bab tukar sport rim, tinted cermin, tukar carpet kat dalam, tukar enjin, aku ingat dah selesai. Rupanya ada lagi satu bab. Semalam apa yang cik somi order dah pun sampai. Dia punya senyum sampai kat telinga.


seat Avazanto

Aihhh tiba-tiba jer nak tukar kusyen kete. Dengan selamba cik somi aku jawab. Banyak lagi bab nak buat sunroof, nak cat, nak bla..bla..bla...huh sabor jerlah mak!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette