Tuesday, November 22

DIY Tapestry

Last week aku hasilkan tapestry hasil usaha sendiri tau...tapi di saat permulaan jerlah nak penghujung minta bantuan orang lain sebab jenuh jugak nak siapkan tuh..Motif yang aku pilih untuk tapestry ni 'hantam sajalah labu' yang pasti aku nak yang berbulu-bulu timbul kat permukaan atas. Kalau boleh semua teknik jalinan aku nak apply kat tapestry aku. 

Eh apa itu tapestry...? Ok bagi yang belom tahu tapestri adalah salah satu seni tekstil di mana ianya dijalin dengan menggunakan medium benang emmmm benang yang besar2 tuh senang cerita benang mengait untuk dijadikan pemandangan atau sebagainya. Boleh digunakan sebagar hiasan dinding dan paling top sebagai alas kaki.

Berbeza pula dengan anak aku Aiman, diambilnya tapestry nih jadikan sejadah untuk dia sembahyang. Agaknya tengok berbulu-bulu ala-ala sejadah dia pun buat sejadah..Aiman bila sujud confirmlah kamu bersin bulu benang masuk dalam hidung wahai anakkkk.....bila tengok ambil buat sejadah sejuk perut ibu mengandung harap sampai besar nanti AMIN....

..


woman in black tekun menyiapkan pada mulanya, pastu minta tolong orang lain untuk siapkan boleh gitu...


boleh juga dijadikan sejadah...













dah siap sembahyang gulung simpan....

3 comments:

whitecappuccino said...

telatah aiman yang sentiasa mencuit hati..

@e_da said...

alahai aiman syahdu tgk kamu solat atas tapestry kecik tu...nanti untie bagi yg besar sket ek...

JaSSNaNi said...

assalamualaikum noor..
lama tak singgah sini.. apa khabar..
alhamdullillah... dah pandai solat dah si kecil pengarang jantung mama tu ye... ehehe.. sejuk perut ibu mengandung.. :) kan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette