Thursday, December 29

Diserang Gegata

GEGATA ....ada juga yang panggil KELOPAK GARAM. Baru-baru ni Aiman diserang Gegata. Kesian aku tengok keadaan Aiman bila kena gegata. Gegata ni bila naik kat badan dia jadi bintat-bintat besar dah macam peta aku tengok. Yang aku pelikkan gegata ni waktu siang dia tak adalah pulak tapi bila time nak senja dia akan mula merebak. Bila letak ubat hilang lepas tu muncul balik. Pergi klinik doktor kata gegata ni puncanya allergic....so kita kena cari trigger dia...yang bab nak cari punca ni yang payah sikitkan....Kalau dah tau senanglah kita nak hindarkan apa-apa yang tak boleh tu. Dah 3 klinik aku pergi tapi masih tak jalan juga. And last...aku try cara tradisional pulak...

haaaa...tengok ni muka Aiman bengkak sana sini....mujurnya dia tak menggaru kalau tak nanti mesti ada kesan kat kulit. Satu lagi ibu nak puji Aiman tak merengek bila kena gegata ni. Cuma dia sibuk cakap banyak kena gigit nyamuk!





Last klinik yang aku pegi Klinik Dharan...doktor ni pakar kulit. Kalau ada niat nak pergi jumpa doktor Dharan ni tolonglah pergi pukul 6 pagi. Pasal pegi pukul 8 kita akan dpt nombor giliran no 70. Punyalah ramai. 


klinik ni memang bagus untuk sapa-sapa yang ada masalah dengan kulit....macam biasa kalau dah ke klinik mesti dibekalkan dengan ubat lagi...


3 ubat lama ....2 ubat baru..


Rawatan klinik dah... try pulak dengan rawatan tradisional. Mandikan Aiman dengan air rebusan pokok jambu batu.



puas gek mencari jambu batu kampung ni. jambu yang moden a.k.a jambu dah kawen2 tak boleh ker..? nak kampung jugak okeh...Alhamdulillah jumpa. Rebus dalam periuk besau pasal nak mandikan banyak airnya

Kaedah kedua rawatan tradisional yang aku praktikkan  : Mandikan dengan air kelapa.

suruh orang tuh potong macam ni senang tinggal lagi cantas kuar air jer....



cara-caranya. Lepas dah mandi bersih-bersih. Mandikan dengan air kelapa ni dengan bacaan ayat suci Al-Quran...SURAH AL-BAQARAH  AYAT 122...InsyaAllah..

3 comments:

@e_da said...

huhuuu siannya sampai engkak bawah mata dan pipi aiman.. aiman dah tak bam bam la tp kena gegata jd bam sket.. gegata jgn hinggap kat aiman lg okeh

east said...

aku penah ada pgalaman gegata ni..tp dh lupe le plk psl masa umo 9 tahun kenanye...hehehe..tp aku mandi air kelapa le..

nanakimie said...

cian nya....moga aiman cepat sembuh...huhu...mesti gatal kn sis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette