Wednesday, August 10

Proses Penukaran Nama TNB & Syabas Bagi Pembelian Rumah Subsale

Proses untuk TNB

Dapatkan borang penukaran nama di mana-mana cawangan TNB yang berhampiran dengan anda. Isikan borang tersebut dan sediakan Setem Hasil RM 10 sebanyak 2 keping. Setem akan dimatikan oleh pihak TNB tak perlu nak risau-risau ke LHDN untuk matikan setem. Sediakan salinan IC dan SNP (3@4 helai muka yang awal  dan sehelai di belakang yang part sign tuh tak perlu semua). Jumlah bayaran yang dikenakan RM 253.00 termasuk yuran proses TNB.


Proses untuk SYABAS

Dapatkan borang di SYABAS mengikut zon kediaman anda. Tidak boleh dibuat dimana-mana cawangan SYABAS. Sediakan salinan IC dan SNP (3@4 helai muka yang awal  dan sehelai di belakang yang part sign tuh tak perlu semua)Isikan borang dengan lengkap dan jumlah bayaran yang dikenakan RM 130.00. Tempoh pemasangan meter 3 hari bekerja.

1 comment:

SiGadis Yuyu said...

thanx for the info..baru nak pegi tukar nama nanti..salam ukhuwah..follow nurul kat missnurulrahimah.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette