home about me award contest Image Map

Monday, March 12

Ibu!! Belikan Saya Tikus Itu...

Aku dan Aiman
persamaan yang ada pada kami
WE LOVE PETS!!!

Aiman mintak aku belikan dia
Hamster @ tikus comel
untuk dia main-main
ni semua gara-gara
hamster cousin aku
dia nampak cute so dia request kat ibu nak jugak!

Persoalannya....hamster ni tak bahaya ker????
sekarang kan tengah heboh pasal
PENYAKIT KENCING TIKUS @ LEPT0SPIROSIS
penyakit yang kalau tidak dikawal boleh membawa maut!!


 cute sangat



 bergolek tergolek


Kaji kaitan hamster dengan penyakit kencing tikus

2012/02/14

KUALA BERANG: Kerajaan perlu mengkaji kemungkinan penyakit berjangkit seperti kencing tikus ada kaitan dengan kegilaan masyarakat terutama kanak-kanak dan belia menjadikan hamster, sejenis tikus sebagai haiwan peliharaan.

Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu, Rozi Mamat, meminta Jabatan Kesihatan dan Veterinar melakukan kajian bagi menentukan sejauh mana haiwan itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia dengan penularan penyakit kencing tikus.
Katanya, kerajaan negeri ada menerima laporan kaki dan tangan seorang penduduk yang menternak hamster lebih tujuh tahun lalu terpaksa dipotong akibat jangkitan virus air kencing tikus.
“Jika laporan itu betul, dua agensi kerajaan terbabit perlu menyiasat dan mengeluarkan garis panduan bagi mengharamkan penjualan dan ternakan hamster.

"Kita tidak pasti sejauh mana kaitannya, sebab itu kita minta dua agensi kerajaan terbabit membuat kajian, termasuk menguji air kencing hamster sama ada mengandungi virus yang boleh memudaratkan kesihatan manusia," katanya ditemui selepas merasmikan majlis penyampaian sumbangan Program Jalinan Murni Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Berua di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Veterinar negeri, Dr Marzuki Zakaria, berkata walaupun hamster ialah spesies tikus, tetapi pemeriksaan setakat ini mendapati haiwan itu tidak berbahaya. 

Berita Harian.







4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Tapi kan noor yg baru-baru ini pemuda yg terpaksa dipotong kaki dan tangannya dikatakan akibat dari jangkitan kuman hamster yg dibelanya....

Lebih baik berhati-hatilah noor. Aiman masih kecik lagi.

Unknown said...

ank sya pun suka tpi kami kasi tgok kat kedai je lah...

takut dgn mcm2 ancaman sekarng...


salam kenal :)

noor said...

tulah akak..nor pun risau juga sbb bc kisah tuh. sbb apa pun hamster tetap keluarga TIKUS kan

noor said...

mamanoriz> nk beli kena fikir pjg kan. memang tgk cute tp effectnya yg xsanggup

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette