Friday, October 22

KESIHATAN MENTAL MENDEPANI CABARAN HIDUP SEMASA

Selama 2 hari aku telah mengikuti seminar 'Kesihatan Mental Mendepani Cabaran Hidup Semasa' yang dianjurkan oleh IKIM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. Seminar ni dirasmikan oleh YABhg. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.Objektif bagi seminar ini untuk meningkatkan tahap pendidikan dan kesedaran awam dalam penjagaan kesihatan mental yang sempurna. Mengkaji beberapa isu dan cabaran semasa yang berisiko menggugat kesejahteraan mental. Dan juga mengupas isu kesihatan mental dari perspektif islam dan pendekatan pelbagai agama.

Sebelum ni aku faham MENTAL itu adalah GILA. Sebut sahaja mental aku akan kaitkan dengan gila. Aku rasa hampir semua orang mendepani dengan mental nih dalam seharian hidup kita. Sometimes kita tak dapat nak kawal diri kita dalam sesuatu hal. Stress yang melampau dan tidak dikawal boleh menyebabkan sakit mental. Contoh sakit mental schizofrenia. Sakit yang selalu dengar suara-suara orang dan berhalusinasi. So kita perlu pandai dalam menangani sesuatu situasi. Yerlah kadang-kadang kita ni emosional sikit kan. Dihujani dengan bebanan tugas yang macam-macam atau sebaliknya. Banyak yang aku pelajari bila hadir seminar tersebut. Macam-macam isu dibincangkan dalam menghadapi masalah kesihatan mental ni. Aku percaya jika kita melengkapkan diri kita ni dalam sebuah institusi keluarga yang harmoni dan baik maka semua ini tidak akan terjadi. Ini kerana family adalah sekolah pertama kita yang dimana kita akan dicorakkan. Dan kita jangan sesekali lupa kepada Allah S.W.T.




2 comments:

Azuan said...

pes time dengar seminar camnie...hohoo

zimironamia said...

azuan next time try join best...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette