home about me award contest Image Map

Friday, October 29

Selection Buku Part 2

Minggu ni aku buat selection buku untuk kali kedua pulak. First aku ke Kinokuniya untuk cari buku-buku baru. Kat Kino ni buku yang paling banyak aku pilih buku fashion dengan Colour. Tapi tak banyaklah buku baru aku tengok. Kebanyakannya buku yang dah ada. Buku terbitan Page One pun tak berapa banyak. Banyak yang tajuk-tajuk opis aku dah ada.

duduk berjam-jam dalam ni pun aku sanggup...


senang aku sebab ada alat ni. Scan ajer barcode dan tak perlu koyakkan plastik buku. Yang penting kuku aku tak sakit hihihihi

Then aku ke Borders. Sangatlah malangnya kebetulan aku ke Borders hari tu diaorang tengah stocktate. So tak banyak buku yang dapat cari sebab ada yang section closed. Borders pulak telah berpindah ke tempat baru. Sebelum ni di tingkat 1 kat Times Square sekarang kat tingkat bawah. Aku rasa Borders yang baru ni lebih kecik dari yang lama. So bila dah kecik nih stok pun tak berapa banyak.

Satu lagi dah lama aku mencari buku ni 'Atlas Budaya Islam' (The Cultural Atlas Of Islam). Penulisnya Ismail Razi Al-Faruqi. Semua kedai buku aku tanya tak jual buku ni. Kalau ada sapa-sapa yang tau bleh la bagitau aku yer. Kalau ada jual kat sini tak payahlah aku order dari seberang hihihi...





hala tuju esok....???

Tengah memikir-mikir nak kemana hari esok yer. Esok hubby cuti. Aku sangat suka yehaaaa!!! Dah lama dia tak cuti sabtu. Kalau keje gomen kan senang cuti sabtu huhuhuhu..

Wednesday, October 27

Rajin ker..????


Monday, October 25

Teringat kat Mak Aku

Tetiba hati aku jadi sayu jer ari ni teringat kat mak. Mak akak rindu sangat kat mak. Kalau mak ada depan mata dah peluk-peluk cium-cium mak. Rasa tak sabar sangat nak tunggu cuti Deepavali ni nak balik kampung jumpa dengan family.


gambar masa besday mak aku kat umah mak mertuaku..adik aku dengan anaknya yang 4 orang. tak terkejar aku yeop



Gondol Gondola lalalalala....

Nak buat apa yer petang2 hari ahad ni..Hubby ajak gi gunting rambut aiman. Alahai ibu sayang la rambut aiman. Ibu suka aiman rambut panjang sket. Aiman pulak bila dah panjang sikit mula lah rimas. Asik garu-garu jer..kalau panas ruam mulalah naik kat leher ngan dahi dia. Ibu terpaksa la setuju huhuhhu...


Special kes ni tukang gunting bawak khas dari umah hahahha..gunting dengan orang lain tak mau. aiman oh aiman!!!!!!! nasib baik kedai pakcik sedara kalau kedai orang lain mau hangen punya tukang kedai ....


sampai tunduk camnih sekali


fesyen gondol namanya nih..alahai ibu tak baper suka waaaaaaaa



Friday, October 22

KESIHATAN MENTAL MENDEPANI CABARAN HIDUP SEMASA

Selama 2 hari aku telah mengikuti seminar 'Kesihatan Mental Mendepani Cabaran Hidup Semasa' yang dianjurkan oleh IKIM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. Seminar ni dirasmikan oleh YABhg. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.Objektif bagi seminar ini untuk meningkatkan tahap pendidikan dan kesedaran awam dalam penjagaan kesihatan mental yang sempurna. Mengkaji beberapa isu dan cabaran semasa yang berisiko menggugat kesejahteraan mental. Dan juga mengupas isu kesihatan mental dari perspektif islam dan pendekatan pelbagai agama.

Sebelum ni aku faham MENTAL itu adalah GILA. Sebut sahaja mental aku akan kaitkan dengan gila. Aku rasa hampir semua orang mendepani dengan mental nih dalam seharian hidup kita. Sometimes kita tak dapat nak kawal diri kita dalam sesuatu hal. Stress yang melampau dan tidak dikawal boleh menyebabkan sakit mental. Contoh sakit mental schizofrenia. Sakit yang selalu dengar suara-suara orang dan berhalusinasi. So kita perlu pandai dalam menangani sesuatu situasi. Yerlah kadang-kadang kita ni emosional sikit kan. Dihujani dengan bebanan tugas yang macam-macam atau sebaliknya. Banyak yang aku pelajari bila hadir seminar tersebut. Macam-macam isu dibincangkan dalam menghadapi masalah kesihatan mental ni. Aku percaya jika kita melengkapkan diri kita ni dalam sebuah institusi keluarga yang harmoni dan baik maka semua ini tidak akan terjadi. Ini kerana family adalah sekolah pertama kita yang dimana kita akan dicorakkan. Dan kita jangan sesekali lupa kepada Allah S.W.T.




Thursday, October 21

Selection Buku

Aku sebenarnya dah lama tak buat selection buku untuk opis aku. Kalau tak silap ni kali kedua aku buat selection. Nak buat selection untuk cari bahan-bahan baru untuk dikemaskini. Firstly aku pergi ke APD books store kat PJ. Kat sini tak berapa banyak sangat buku tapi buku yang aku nak cari ada kat tempat nih. Buku- buku yang aku pilih semua tentang art. Koleksi buku kami specialize in art & design. So sapa-sapa yang nak cari buku pasal art nih mari datang ke opis aku untuk buat reference. Macam-macam koleksi buku pasal art ada. Chewahhh promote nih...




Lepas ke APD aku ke MPH Midvalley untuk selection yang seterusnya. Sini aku suka sangat sebab selesa, cantik, bahan pun boleh tahan gak. Dah lama aku tak ker MPH nih. Buku-buku kat sini banyak section. Senang untuk kita cari yang mana satu kita nak. Ada 3 lagi tempat yang aku tak dapat pergi sebab tak sempat. Borders, Bashir ngan kinokuniya. Maybe by next week dapat pergi kot. Insya Allah....





Gajah Oh Gajah

Gajah oh gajah kenapa engkau itam..macam mana aku tak itam duduk dalam utan...hahahahha duduk dalam utan putih ler weiiii sejuk jer. Terpikir aku bagaimana yer caranya orang jinakkan gajah. Bukan senang tuh besar yang amat. Kalau tak kena caranya ada yang kena penyek...pijak-pijak patah riuk lah jawabnya. Dek kerana sifat ingin tahu nih tinggi aku nak tengok camaner gajah buat show. Show yang aku tengok nih bestlah bagi aku sebab dapat tengok dekat-dekat gajah tuh. Rasa takut jangan cakaplah takut-takut dia ngap kepala aku tak pasal-pasal kan. Mr. Elephant nih dia tau lah pulak pilih. Kalau orang bagi makanan dia ngap, kalau bagi duit dia bagi kat tuan dia. Ishhh ishhhh camaner lah tuan dia train kan?.... Dalam gembira ada gak sedihnya bila tengok tuh. Kalau mr elephant nih tak ikut arahan tuan dia cangkuk telinga dengan batang besi yang besar dan tajam..Kesian pulak...nasib kau lah gajah...










Wednesday, October 20

Nuffnang mai singgah lagi

Aku baru nak berjinak-jinak dengan nuffnang nih. Teringin juga macam orang lain dpt duit banyak-banyak..Boleh duit tuh gi shopping yehaaaaa....oh nuffnang rajin2 lah mai singgah sini lagi yo...





Friday, October 15

Resepsi Binda & Kamarul's

Thanks to ida sebab sudi invite us to Binda's wedding. Seronok dapat tengok binda sanding. Pasangan yg sangat sesuai sama cantik sama padan. Binda very beautiful that night and boy handsome too.....Thanks again to ida for VIP sitters.

I had a great time capturing the happy moments of their wedding day.


:
:

:
:
:
:


Wednesday, October 6

Nebulizer

Dek batuk yang amat aku terpaksa ambil nebulizer untuk redakan nafas aku yang krrrrr kruu bunyinyer....



thanks to hubby sebab sudi snap gambar aku yg tgh rimas lemas nih..


Monday, October 4

Alahaiiii Teruja Dengan Lampu

Weekend baru nih kami ke Melaka. Sajer jer tak planning pun. Memandang budget yang tak seberapa nih kami duduk kat Seri Malaysia Air Keroh ajer. Aku tak kisah pun mana-mana hubby nak bawak. Kira orait lah H.S.M ni ada discount untuk goverment staff. Mujur aku bawak ID card aku. Dapatlah Rm198.00 semalam tuk family room. Ni pun tinggal satu bilik jer. Kebetulan penuh pulak hari tuh. Kami sampai pun dah petang. Sampai jer hotel budak kecik sorang nih suka sangat main suiz lampu. Sampai tercabut lampu tu dikerjakan. Tak kira hotel mana pun lampu tetap jadi sasaran hihihihi......

bukan aku di dalam gbr hihihihihi


naik pening aku tutup bukak lampu


tak cukup main suiz nak cabut mentol pulak


emmmm...naper umah aku tak der yer




Friday, October 1

Pipi Bengkak...Sian

Akibat kena gigit dengan 'gegata'...sian dah serupa sin chan aku tengok. Lama juga baru nak surut bengkak nih. Perangai aiman suka duduk dalam beg bila aku nak kemas baju dalam tuh. Aiman..aiman..



Selamat pengantin Baru...Kapten Faiz

Ahad (26.09.10) aku ke majlis perkahwinan sepupu aku sebelah ayah kat Seremban. Majlis ni majlis sebelah perempuan. Buat dekat Dewan Perbandaran Seremban. Sebelah lelaki kat Chaah, Johor (2.10.2010). Aku tak dapat menghadirkan diri sebab hubby aku kerja. Tu yang aku gi sebelah perempuan. Kira oklah kan janji pegi.

naper ko rendah jer ek...hihihihii





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette