Islam tidak menyuruh umatnya mengurus uri seperti... jenazah. Apa yg
perlu hanyalah di basuh, kemudian tanam di tempat yg selamat, maksudnya jauh
daripada dimakan binatang liar.
Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata, uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.
“Eloklah dibersihkan dan ditanam tetapi bukan diurus seperti jenazah,” katanya ketika ditemui baru baru ini.
Menyentuh perbuatan meletak bahan bahan seperti asam garam, yg disertakan sebatang jarum atau paku, menurut Dr. Anisah, semua itu hanyalah adat semata mata.
“Dalam Islam tidak ada semua itu. Seelok eloknya basuh saja bersih bersih. Selepas itu balut kemas, tanamlah. Tentang tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran kita dan dapat mengelak daripada diselongkar binatang,” tambah Dr. Anisah.
Di kalangan masyarakat Melayu, uri cukup dijaga. Selain ditanam beserta dengan pelbagai benda, seperti jarum, paku, lebai, adakalanya batik dan sebagainya. Malah sesetengah tempat ia dipasang lilin waktu malam selama tujuh malam.
Menurut mereka lagi, jika ditanam begitu saja, macam macam perkara akan menimpa bayi. Takut dengan musibah musibah yg dikatakan itu, ramai ibu bapa yg terpaksa patuh dengan cara menanam uri.
Semua itu, menurut Dr. Anisah hanyalah adat orang Melayu yg telah diamalkan turun temurun. Mengamalkannya tidak salah kerana ia cuma budaya, asalkan tidak memesongkan keyakinan.
Bagaimanapun menurut beliau, jika petua orang tua itu menjurus ke arah suatu kepercayaan atau keyakinan maka ia tidak boleh diamalkan.
“Masalah akan timbul jika kita benar benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak drpd menangis malam, sawan dan sebagainya. Kedaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat. Misalnya kalau letak jarum atau paku semasa tanam uri dapat mengelakkan drpd gangguan makhluk halus jelas ini salah. Kita dilarang terus drpd percaya yg lain selain ALLAH,” katanya lagi.
Tapi bagaimana pula jika uri berkenaan dibuang saja? Apakah hukumnya?
“Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri, Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.
“Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula,” katanya lagi.
Malah menurut Dr.Anisah, perangai anak anak tidak ada hubung kait dengan dimana atau macamana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yg diberikan ibu bapanya.
Nabi pernah berkata, seorang bayi yg baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanya lah yg menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani.
Malah menurutnya lagi, tidak ada doa doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yg soleh atau solehah.
“Cukup sekara baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad. Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam,” kata Dr. Anisah

13 comments:
sis..saya copy boleh..??kecuali gambar uri aiman tu laa..hehe.. nice info! tq for sharing..jarang org cakap pasal ni..n gambar uri aiman tu..dh anak satu..tp first time tgk! sbb dulu suami y uruskan..xsempat tgk, dh siap bungkus n tanam..
imaan> ok no problem..artikel ni pun sy ambil dr persatuan ibu2 comel. yerlah kita mmg xsempat tgk kan. semua nih suami yg uruskan
seyes xpenah tgk uri..ni 1st time..
btw sis..lps pix yg last tu bole trus tanam ek??
eiyla. bila dh basuh bersih2 bungkus trs tanam kt tpt slamat dear...
sy x pernah tgk uri.. 1st time ni.. uri ank dulu mak y basuh & tanam di tmpat y selamat & elok.. sy lps bsalin duk dlm icu lma..
noor..
jalan2 ala2 itik pulang petang kat sini.. hehehe.. ade gaya tak?
oooo camtu ek rupa uri.. tak pernah nani tengok walaupun dah anak 3.. hehehe.. mana nak tengok pun.. kita kat spital.. uri dah bawa balik.. asal kat spital je uri dah siap tanam.. hmmm mmg tak pernah tengok walaupun yg org len punya.. bila tanya asben.. camne rupa uri.. dia kata cam daging je.. tapi berlendir.. hmmmm kita pun ngaku je la.. sbb tak tau.. mmg uri ni kena jaga betul2.. takot di makan binatang.. setakat menjaga gitu2 je la.. bukan la sampai nak letak pensel ke,. buku ke.. kat uri tu bagi anak pandai nulis.. eheheh.. pernah dengar ade org wat camtu.. tidak brapa lama dulu.. katanya nak bagi anak pandai menulis dan membaca.. ade ke? isy isy... garam ke.. gula ke.. asam ke.. pun asben tak letak.. bila tanya dia kata dia basuh bersih2.. and balut dengan kain.. tanam.. tu je dia wat.. almaklumlah.. branak kat kolompo ni jauh dari parents.. eheheheh
baru tgk rupa uri. mcm neh rupernyer... yg letak pensel n buku tuh klako benau...ahaahahah
assalam noor..acik 3 anak..tak satu pun dapat tengok uri..balik dari hospital..uri dah siap kena tanam..
Lyafrina> oo ddk icu yer.naper komplikasi ke. Alhamdulillah dh slmt
nani> bab yg ltk pensel tuh gaknya diaorg pikir bior ank jd pandai ler tuh. pastu nor ada dgr gek org ltk sejadah biar ank jd beriman ehehheh
akuzle> tulah kan lain org lain dia fikir hmmmmm
as slm achik...btl tuh kita mmg kita xdpt tgk kan tau2 ajer dah siap ditnm dgn slmt
kagum aku tgk.. aku tak tengok uri mika nor... nurse dah basuh ajoy pi tanam... x sempat tgk
Post a Comment