Thursday, September 22

Pertukaran Akaun Penjaga Kepada Dewasa

Selesai sudah proses pertukaran akaun tabung haji aku daripada akaun penjaga kepada akaun individu. Umur dah 30++ takkan aku punya still akaun penjaga kan hehehehe...lagi pun aku nak buat pemotongan gaji tak boleh bila status akaun aku di bawah penjaga. Dah lama nak buat asik tergendala jer. Kali nih kitaorang ambil kesempatan buat sama-sama 4 beradik sebab cuti raya senang sumer ada berkumpul. Pejabat tabung haji pilihan mana lagi kalau tak Tabung Haji Kuantan. Huh ramainya masa kitaorang pergi tu. Ramai yang nak masukkan duit raya dan ada jugak yang bawak tabung. Nak tunggu mesin kira duit syiling tuh yang aku lemah sikit lambat betul ler. 





Adik-adik aku sibuk menulis borang. Satu set ada 4 helai jenuh nak menulis. Sampai giliran kami yang bernombor 161 teller tu tanya aku. 'Dik ayah percaya ke ni nak tukar kepada akaun sendiri '.....aku gelak jer..sambil tunjuk ayah aku ada kat kerusi tengah tunggu kami semua selesai. Sementara kami sibuk dengan urusan kat dalam  mak aku pulak sibuk melayan cucu-cucunya dalam kereta. Naik pening kepala mak aku huhuhu apa taknya semua lelaki. 





aiman dengan sepupu-sepupunya 4 orang (aidil, iwan, ayraf, aziq) sumer tuh anak adik aku..

Alhamdulillah semua urusan selesai hari tuh. Dan akhirnya....


yang kena potong tuh boleh ler simpan buat kenangan. oh yer camaner ngan duit yang dalam tuh buat kenangan jugak ker ..aku bergurau ngan ayah aku. Ayah aku senyum ajer. Tak sampai hati aku nak amik duit dia. Aku kuarkan dan masuk semula dalam akaun dia lagipun dia pun potong gaji juga untuk kami. Yang belum bekerja takperlahkan macam aku dah tak sesuai sangat dah kalau ayah aku masih potong gaji dia untuk aku....apa pun terima kasih tak terhingga buat ayah!!

4 comments:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

itulah pengorbanan ibu bapa kita kan...demi utk ank2 tersayang....

noor said...

kak D> btl tuh nor stuju sgt2

misiku ieka-_- said...

Memang kena bwk penjaga skali ke klu nk buat pertukaran ni?

misiku ieka-_- said...

Mmg kne bwk penjaga ke klu nk tkr ni?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette