Monday, September 24

Tolong Ibu Pahala Besar

Syukur Alhamdulillah Aiman dah pun sihat
kembali ceria!! ni yang ibu nanti-nantikan
rumah kami dah mula bising dengan suaranya
bila dah sihat selera makan pun bertambah
minum susu berbotol-botol
suka hati ibu!!!

habis minum susu.....
'ibu botol susu ni biar Aiman yang basuh yer'
'kenapa pulak Aiman nak basuh'
'saya nak tolong ibu'
'oh nak tolong ibu'
'ibu ni tak tau ker.. tolong ibu pahala besar'
'pandai Aiman..pahala besar. Besar macam mana tu'
'besar sangat.. besarlah.. jangan tanya besar macam mana ibu!!!!!!'
hoohohoho dah mula nak jerit
aku sememangnya membiarkan saje apa yang Aiman nak buat
...buatlah Aiman... basuhlah.....




yang sebenarnya main air pun yer ni.... 



4 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum noor...
alhamdullillah, betul tu, kalau anak dah sihat.. kita pun senang hati.. :) yang penting selera dia tu dah bertambah kan.. tekak dah mula berasa tu.. :)
hmmm betul.. nak tolong konon kan.. abis basah baju dia kalau basuh pinggan sebijik.. sama ngan haikal... nak main air pun iye.. akal je tu.. hehehehe.. tapi tak per.. biar dia belajar.. kang baik utk masa depan.. pandai makan.. pandai simpan.. :)

Ween said...

adif pulak tnye,,mama pahala tu apa?sonok la bila budak2 sekolah islamik ni..

Kakzakie said...

Bijakkan dia Noor. Besr tak boleh ditanya bermakna dia tahu betapa besar yg sukar dimengertikan membantu ibu. Kecik lagi nie... alhamdulillah.

@e_da said...

lepas ni senang ibu ada asisstant.. sape kata takde anak dara takleh tolong di dapur... anak bujang pun leh harap juga kan aiman.. hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette