Monday, July 4

Mari Melabur Gandakan Wang

Seperti yang kita semua sedia maklum banyak jenis pelaburan yang ada di luar sana. Cuma tepuk dada tanya selera. Membuat sesuatu pelaburan adalah untuk jaminan masa depan. Tidak kisahlah nak melabur dalam bentuk apa pun yang penting berlandaskan syariah islam.  Perlu berhati-hati dalam memilih untuk membuat pelaburan kerana banyak juga unsur-unsur penipuan yang semakin berleluasa sekarang.

Ini sekadar berkongsi sahaja yer sebab ada yang minta buat entry khas untuk ini. Bagi aku dengan cik somi kami memilih untuk melabur dalam Koperasi Permodalan Felda Berhad. Saham yang dikenali dengan nama glemernya KPF ni bukan untuk semua warga Malaysia hanya untuk warga felda sahaja. Almaklumlah aku kan warga felda tapi tidak bagi cik somiku. Ambil peluang disebabkan aku warga felda dia pun turut sama berlabur. So far alhamdulillah memberikan pulangan yang sangat bagus bagi aku. Tahun 2010 dividen sebanyak 14% dan tahun ini dah umum dividen sebanyak 15%. Aku suka KPF ni sebab paling minimum kita boleh labur RM 5.00. Bgs kan tak kira berapa yang ada RM 10 sebulan pun boleh.

Pada sapa-sapa yang berwarga felda tidak kira anak peneroka atau kakitangan marilah kita melabur bersama-sama. Special ni tau bukan semua orang boleh hehehehe...kalau masih tak faham mari kita baca soalan-soalan ni....


Siapakah yang layak menjadi anggota?
  1. Peneroka-peneroka Felda, isteri dan anak-anak mereka yang warganegara Malaysia dan berusia tidak kurang daripada 18 tahun dan berkelakuan baik.
  2. Koperasi-koperasi peneroka Felda.
  3. Kakitangan-kakitangan Felda yang sedang bertugas dan isteri.
  4. Kakitangan-kakitangan Felda yang sudah bersara yang warganegara Malaysia dan sudah menjadi ahli Koperasi sebelum bersara.
  5. Koperasi-koperasi kakitangan Felda.
Apakah Keistimewaan melabur didalam KPF? 
  1. Pulangan stabil dan menguntungkan menerusi pelaburan dalam aktiviti syarikat-syarikat kumpulan Felda yang berkembang pesat.
  2. Pelaburan selamat kerana dikendalikan oleh tenaga pengurusan profesional.
  3. Pelaburan mudah dan boleh dibuat melalui potongan paysheet, potongan gaji dan pembelian tunai.
  4. KPF membayar zakat perniagaan.

Bagaimana cara untuk menambah pelaburan? 
  1. Penambahan syer boleh dibuat melalui borang KPF1 manakala bagi potongan bulanan bagi peneroka, isteri peneroka, kakitangan dan isteri kakitangan borang K.P.004 perlu diisi.
Bagaimanakah perkiraan dividen dibuat? 
  1. Dividen dibayar mengikut tempoh pemegangan saham dalam tahun tersebut berasaskan baki minimum pada tiap-tiap bulan.
  2. Baki minimum saham dikira dengan mengambil kira pembelian hanya pada 1 haribulan dan dikurangi dengan jumlah pengeluaran dalam bulan berkenaan.
  3. Manakala pembelian selepas 1 haribulan akan ditambah kedalam baki minimum bulan berikutnya.

Bilakah Sijil Saham boleh dijual?
  1. Sijil saham boleh dijual kepada KPF selepas satu tahun dimiliki. Permohonan jualan boleh dikemukakan melalui pejabat rancangan atau terus kepada pejabat KPF. Pejabat KPF di Jalan Semarak.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya Sijil Saham KPF hilang?
  1. Buat laporan polis.
  2. Salinan laporan polis hendaklah dikemukakan kepada setiausaha agung KPF bersama surat pengakuan yang anggota memperakukan sijil itu tidak pernah diurusniagakan dan akan mengembalikan sijil asal jika dijumpai semula.
  3. Surat pengakuan hendaklah disahkan oleh Pengurus Rancangan bagi peneroka/badan peneroka.Kakitangan pula hendaklah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan masing-masing.


Dan yang terbaru kami cuba melabur dalam Saham Bank Rakyat. Saham Bank Rakyat ni susah betul nak dapat. Bila tanya memanjang tutup permohonan. Tapi baru-baru ni Bank Rakyat ada buat pengumuman untuk penambahan saham. Kalau tak asiklah 500 jer..saham ni aku tak berapa tau sangat. Pasal yang tau cik somi aku. Tapi Bank Rakyat dah umumkan dividen bagi tahun ini sebanyak 15%. Tak perlu risau dengan pendapatan dividen sebab dah pun dizakatkan.
Ada juga member yang ajak join melabur emas...yang ni aku memang tak tahu dan tak melabur pun lagi...



10 comments:

whitecappuccino said...

Yang masih muda eloklah melabur..yang tua2 cam akak ni bnyk nak guna skrg anak2 masuk u bnyk pakai duit.

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

byknya faedah dia...best kan..

azila said...

btol..ramai yg cakap skang ni paling untung kalo kt melabur emas.tp modalnya pon tinggi:)

sha a.s said...

bagus gak benefit dia..

Yasminhamid said...

pernah dgr pasal koperasi felda ni.. tapi malangnya akak dan suami bukan anal felda.. so... buat masa ni join asb jer yg termampu..

ana said...

tak pernah melabur...tak pandai.

isya said...

isya bkn warga felda, jadi apa yg terbaik tuk isya nk join puan penasihat??? ;)


*noor, serius ni..

east said...

ayah aku mmg melabur kt KPF ni..tp aku x,,aku warga felda lagi ke,lepas lama ayah aku pencen felda?boleh ke join lagi?

@e_da said...

norr nak join... camana.. huhuhu

AnneRaini said...

camne nk melabur dlm kop felda ni ye???sy ank felda tp haram tak tahu..hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette