home about me award contest Image Map

Wednesday, October 31

#WW ~ Anak Pokok Lada






projek ayah di kampung..
tiap kali balik aku akan angkut anak-anak lada ini untuk edible garden aku

Tuesday, October 30

Berapa Yang Kamu Dapat??

Minggu exam dah lama pun berakhir
kini minggu untuk dapatkan result pulak
kecik-kecik dah pun exam sekarang ni hihihi
untuk Aiman
kami tak memaksa pun berapa yang sepatutnya dia dapat
bagi dia free2 dulu

cuti 2 minggu sebab demam campak
gi skoll terus exam

dah dapat untuk 3 kertas ini



bila tengok markah ni maka tak sia-sialah abah yang suka mengajar subjek matematik
syukur alhamdulillah
teruskan usaha kamu Afif Aiman!
untuk kertas yang lain berdebar pulak dada ni...



Wednesday, October 24

#WW ~~ Anak Harimau Malaya!


Tuesday, October 23

kerana sebiji bola.....

petang-petang lepas balik dari sekolah
masuk rumah letak beg aje
terus keluar main dengan kawan-kawan
tidak kisah berkongsi apa pun
bermain bersama-sama
kecuali
BOLA INI


pantang ada orang nak usik
pasti dimarahinya
hmmm...
kerana bola ini sanggup bergaduh dengan kawan yang lain
kira sayang betul la dengan bola ni
bolanya tak besar mana pun
kami beli dua biji masa tu
satu lagi aku bagi kat mika anak my bff


sumber inspirasi ke hapa...??? bawak pesi skoll



Monday, October 22

Edible Garden ~~ Terung @ brinjal

Berbudi pada tanah
memang tak akan rugi
kalau kita rajin usahakannya

kali ni nak citer projek edible garden aku
kami tanam TERUNG @ BRINJAL
 
tak sabar nak petik hasil
yang kita tanam sendiri
orang yang paling teruja Aimanlah
hari-hari tanya dah boleh petik ke belum...????

hari-hari jugak kami dok belek
seronok tengok sebab dah berbuah
saiz buahnya tak terlalu panjang dan tak pendek juga
sedang-sedang gitu
terung-terung ni aku dah ada menunya
yang pasti masak PAJERI
emmmm favorite kami sekeluarga!




Friday, October 19

Bermain Dengan Water Color






Thursday, October 18

cuci mata @sungai buluh

sakit mata tapi lain pulak jadinya
lepas jumpa doktor..doktor sahkan aku memang sakit mata
tapi badan rasa sihat
terus melencong ke sungai buluh
jalan-jalan cuci mata
sebab sakit mata!

bila dah sampai sini
teruja dengan bunga-bungaan
jangan cakaplah
kalau boleh nak angkut semua bawak balik rumah
tapi apakan dayo
itu semua kena keluarkan duit

bila dah singgah
kalau tak beli
rasa ralat sangat
mau taknya kan.....??

nak tak nak...


dan akhirnya setelah berapa kali pusing..


penuh kereta untuk dibawa balik wehuhuhuhuhuhuu!!!!!

Friday, October 12

Hepi Besday Abang Aqil!!

rabu malam dapat satu panggilan
semua ini unplanned
kakak ipar call suruh datang rumah ada makan-makan
nak celebrate birthday anak dia
ohhhwww kami memang tak beli apa-apa
satu hadiah pun tak beli

tak ada idea lain... nak pegi beli hadiah memang tak sempat
next time la bagi yer
so encik somi suruh aiman buat kad untuk abang Aqil
betapa seronoknya dia nak buat kad untuk abang sepupunya



ibu nak lukis berapa?
lukis lapan lilin
oh ,,, kenapa lapan
sebab umur abang aqil 8
ooooo baru saya tahu!





 simple card from him
aku dengan encik somi gelak sakan
tengoklah tu eja nama sendiri AIWAN erkkkkk
happy birthday tu bila baca hahahaha
apa pun kami tetap suka



ADAM...AQIL...AYIP....AIMAN

Thursday, October 11

Eh Gambar Apa yang Kat Bawah Tu??


octopus kah itu....


Rezeki Jangan Di Tolak!!

rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari 

walaupun bulan ni tak berapa banyak yang melekat
di dinding-dinding Kantan Merah
apa pun bersyukurlah sebab ada jugak yang melekatnya
kumpul-dan kumpul untuk next project pulak


 

untuk kali ini tengah pikir apa nak dibuat...????
wat beli ticket jalan-jalan best jugak yer
tapi nak ke mana
blom tahu lagi
pegi dekat-dekat aje la
legoland.... yang tengah hangat disebut-sebut sekarang ni
ok jugak ekk....
tapi kena
tunguuu dan tungguu
kumpul dan kumpulllllll...
 


Wednesday, October 10

#ww ~ Kakiku kakimu


Tuesday, October 9

Wajib Dibeli Setiap Bulan


makanan tambahan untuk Aiman buat masa ni kami bagi yang ini ajer
patutnya multi vitamin scotts tu tak perlu sebab bagi yang HiQ dah lengkap untuk dia
tapi dia tetap nak jugak sebab rasanya yang sedap... grape flavour
tiap bulan wajib ke farmasi untuk soping benda-benda ni untuk dia
staff farmasi pun dah kenal ngan Aiman
budak yang suka menyanyi bila sampai farmasi hihihihi
bila dah kenal and mesra sikit senang la kita nak dapat diskaun
untuk bulan ini tambahan untuk UBAT CACING
kali ni aku try this brand CHAMPS
perisa chocolate... sekali ngap jer 2 biji terus hilang dalam mulut
untuk ubat cacing yang seterusnya tunggu bulan mac 2013 pulak
kena simpan dalam diari siap-siap takut ibu lupa nanti
Aiman perlukan supplement sebab dia ni jenis
'PICKY EATER'....

Monday, October 8

Cuba Ibu Teka...????

sambil tengok TV..kalau tak ada orang mengacau memang tak sahla kan
baru nak feeling memfeeling dah ada gangguan ngeh...
lain tak bukan si hero kecik aku..
malam-malam yang selalu ajar Aiman abah dia la. Aku ni jarang sikit sebab sibuk di dapur. macam-macam nak kena buat..dah lewat malam baru ada masa.

Ibu oooo ibu tengok ni


inilah dia yang ditunjukkan kat aku

wah Aiman lukis apa ni...?
tekalah cuba ibu teka
korang bila tengok ni.. dapat teka tak apa yang Aiman lukiskan
untuk gambar petama tu...
aku teka LORI
bukanlah ibu... ini bukan lori
ni BAS
hoohohohoho BAS kah itu.. tengok macam lori jer...
sebelah BAS adalah BASIKAL
bawah BAS pulak barulah LORI
sebelah LORI itu adalah KERETA

semua tekaan aku 3 salah dan satu jer betul BASIKAL..
Aiman kata : apalah ibu ni tak pandai..abah pandai
sambil bawak kertas pergi kat abah
bah dah tahu jawapan..memang pandai kan huhuhuhu



Thursday, October 4

Khamis Tanpa Kata....comelnya


Wednesday, October 3

Suka Main Air

AIR anugerah Allah S.W.T yang unik sekali
seronokkan main AIR
kadang kita hampir terleka bila bermain dengan air
bayangkan kalau tak ada air sehari
mulalah runsing kepala
banyak perkara yang tak dapat kita nak lakukan
bagi aku biar tak ada elektrik dari tak ada air.......

bila dah berjumpa dengan AIR
rugi rasanya kalau tak berendamkan
maklum je la umah takde swimming pool
aku dari zaman anak dara lagi memang suka mandi manda ni
zaman study dulu merata pegi air terjun
asal ada aktiviti mandi-mandi mesti aku join

bila ibunya dah begini mesti anaknya pun sama...
bila dah mula berendam dalam air
alamat lambatlah nak kuar
masa tu tunggulah ko sampai dia tahap dah gigil ..biru mulut
baru nak kuar
kebiasaannya kami berdua yang akan berendam dulu
abah tukang jaga dulu
bila aku dah rasa puas sikit mandi
barulah turn encik somi pulak
dia dah biasa mandi tak aper
sungai pahang belakang rumah jer hihihi



 

Aiman belajar berenang.... ala berenang itik pun yer ni


di masa itu juga aku.....

buruknya muka



Tuesday, October 2

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 1

Ada Cara Tak Nak Kuatkan Semangat Anak???

hmmm macam mana yer nak
bagi dia kuat semangat sikit
terlalu sensitif sangat
tak boleh salah sikit
mesti cepat menangis...berjurai air mata + mengamok kadang tuh
pujuk-pujuk tak jalan juga
sampaikan satu tahap
kena lepuk sedas dua baru diam hihihi
kadang tu
dengan kucing pun menjadi
katanya kucing tengok dia dan marah dia
sedangkan masa tu kucing tengah mendengus hidung tersumbat ke apa kan
hmmmm.... apakah??? dengan kucing pun boleh terasa
ada cara tak nak
bagi berani dalam diri
keraskan hati
tak mahu lembik-lembik diri.....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette