home about me award contest Image Map

Thursday, July 21

Percutian 4 Hari 3 Malam di Sabah #1

Syukur Alhamdulillah percutian kali ni ke Sabah sangat menarik dan terasa senang dan lancar sekali. Aku dah buat perancangan awal sebelum tiba di sana. Aku dah siapkan jadual ke mana nak di tuju. Almaklumlah kami main redah jer tanpa ambil mana-mana pakej pun. Nak ke sana - sini hanya berpandukan pada map sahaja. Kali ni masuk kali ke2 aku ke KK. First time masa anak dara dulu. Tak ke mana pun masa tu datang atas dasar kerja semata-mata.



Bag yang untuk di bawa ke sana. Gambar agak blur biasalah camera HP xberapa nak canggih huhuhu...Kami tak bawak banyak baju pun 2 helai sorang ajer. Pastu cari dobi hantar cuci untuk the next day. 2 backpack dan 1 lagi bag untuk camera. Flight kami pukul 2.10 ptg. Bergegas kami ke sana sbb dari rumah dah lewat. Cik somi terpaksa parking jauh nun kat parking C sebab dah penuh. Kami berlari-lari untuk check in. Tak boleh self check in sebab masa dah suntuk masa tuh pukul 1.30 petang. Terpaksa aku ke kaunter untuk check in. Masa kat kaunter ada plak orang negro yang buat hal gaduh kat situ main ketuk-ketuk kepala ngan orang kita. Erkkkssssss..tapi dapat jugaklah aku check in dengan amannya ke kaunter sebelah.






Kami selamat sampai di terminal 2, KK lebih kurang jam 4.45 petang.  Masa perjalanan turun dari flight OMG!!! tak pasal-pasal aku terjatuh kaki aku termasuk dalam lubang. Malu jangan cakaplah semua orang tengok. Orang kerumun datang nak tolong ingatkan patah. Tapi sebenarnya aku malu nak bangun sebab orang ramai. Terseliuh jugaklah kaki aku huhuhuhuhu sakit!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Sampai sahaja  kami terus dapatkan taxi untuk ke hotel.  Bayaran taxi dari terminal ke hotel RM 30 standard rate.  Hotel kami nun sebelah utara bandar KK. 
Acara malam pulak jalan-jalan di sekitar bandar KK yang berhampiran dengan hotel kami. First aku nak cari kasut almaklumlah kan terjatuh mau tak sakit nak jalan kan. Kami lantas ke Suria Sabah. Masih banyak ruang kedai kosong di sini. Barangkali baru dibuka atau pun kurang dapat sambutan hehehehe memandai jer aku.


 
 

tak banyak pilihan. yang aku berkenan xder saiz pulak. yang jadi masalahnya kaki aku sebelah kan bengkak sebelah muat sebelah lagi xmuat hahahaha...kasut HIJAU tu yang aku pakai masa terjatuh. Lastly aku pilih design yang simple sahaja. Lepas beli kasut round2 pastu pegi makan. Huh syurga seafood di sini bah harus makan!! then balik ke hotel dengan suka ati perut sudah kenyang!!



kita minum dulu sebelum tido....malam pertama di KK

11 comments:

AnneRaini said...

bestnye gi bercuti..sy pun akan ke sabah bulan 9 ni...xsabar pulak.

Ween said...

byk lg tu gambo..nti upload lg..xpuas tgk...yg psl jatuh tu..adoi,,hehehehe..ko pakai highheel ke??

Yasminhamid said...

bestnya... sempat dok setahun jer kat sandakan.. belum abis makan angin lagi. entah bila la nak ke sana lagi..

Scha406 said...

duk hotel mana kak noor?

Unknown said...

hehe..lucu lah sis ni:) mujur xde pape.....

@e_da said...

tengok gambo2 ko ni nor sungguh aku tak sabar nak terbang ke sana juga.. berdabar2.. sian ko jatuh sampai bengkak kaki...

CT said...

bestnya...nnt upload lg ya..kita nk tgk..hihihi

JACK LEE said...

bestnya

JACK LEE said...

boleh tak bagi i jadual perjalanan untuk 4 hari 3 malam semasa di kk....terima kasih....

mR B said...

hi.. saya menawarkan perkhidmatan kereta sewa pandu di kota kinabalu.. harga budget .. penghantaran ke airport dan hotel2 area kota kinabalu adalah percuma… siapa yang berminat boleh hubungi saya terus di talian 0138999242 ataupun di website kami http://www.kkrentacar.com … terima kasih.. selamat datang ke sabah di bawah bayu

Ivan Johani said...

Hi, Pernahkan anda pergi Desa Dairy Cow Farm? You may link my blog article at http://blog.sarawakborneotour.com/P/122/Desa-Dairy-Farm--The-only-place-in-Sabah-where-you-feel-like-being-in-New-Zealand

Ivan Johani

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette