home about me award contest Image Map

Thursday, July 21

Percutian 4 Hari 3 Malam di Sabah #1

Syukur Alhamdulillah percutian kali ni ke Sabah sangat menarik dan terasa senang dan lancar sekali. Aku dah buat perancangan awal sebelum tiba di sana. Aku dah siapkan jadual ke mana nak di tuju. Almaklumlah kami main redah jer tanpa ambil mana-mana pakej pun. Nak ke sana - sini hanya berpandukan pada map sahaja. Kali ni masuk kali ke2 aku ke KK. First time masa anak dara dulu. Tak ke mana pun masa tu datang atas dasar kerja semata-mata.



Bag yang untuk di bawa ke sana. Gambar agak blur biasalah camera HP xberapa nak canggih huhuhu...Kami tak bawak banyak baju pun 2 helai sorang ajer. Pastu cari dobi hantar cuci untuk the next day. 2 backpack dan 1 lagi bag untuk camera. Flight kami pukul 2.10 ptg. Bergegas kami ke sana sbb dari rumah dah lewat. Cik somi terpaksa parking jauh nun kat parking C sebab dah penuh. Kami berlari-lari untuk check in. Tak boleh self check in sebab masa dah suntuk masa tuh pukul 1.30 petang. Terpaksa aku ke kaunter untuk check in. Masa kat kaunter ada plak orang negro yang buat hal gaduh kat situ main ketuk-ketuk kepala ngan orang kita. Erkkkssssss..tapi dapat jugaklah aku check in dengan amannya ke kaunter sebelah.






Kami selamat sampai di terminal 2, KK lebih kurang jam 4.45 petang.  Masa perjalanan turun dari flight OMG!!! tak pasal-pasal aku terjatuh kaki aku termasuk dalam lubang. Malu jangan cakaplah semua orang tengok. Orang kerumun datang nak tolong ingatkan patah. Tapi sebenarnya aku malu nak bangun sebab orang ramai. Terseliuh jugaklah kaki aku huhuhuhuhu sakit!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Sampai sahaja  kami terus dapatkan taxi untuk ke hotel.  Bayaran taxi dari terminal ke hotel RM 30 standard rate.  Hotel kami nun sebelah utara bandar KK. 
Acara malam pulak jalan-jalan di sekitar bandar KK yang berhampiran dengan hotel kami. First aku nak cari kasut almaklumlah kan terjatuh mau tak sakit nak jalan kan. Kami lantas ke Suria Sabah. Masih banyak ruang kedai kosong di sini. Barangkali baru dibuka atau pun kurang dapat sambutan hehehehe memandai jer aku.


 
 

tak banyak pilihan. yang aku berkenan xder saiz pulak. yang jadi masalahnya kaki aku sebelah kan bengkak sebelah muat sebelah lagi xmuat hahahaha...kasut HIJAU tu yang aku pakai masa terjatuh. Lastly aku pilih design yang simple sahaja. Lepas beli kasut round2 pastu pegi makan. Huh syurga seafood di sini bah harus makan!! then balik ke hotel dengan suka ati perut sudah kenyang!!



kita minum dulu sebelum tido....malam pertama di KK

Wednesday, July 20

Belajar Mewarna Lagi

Kali ni aku belikan Aiman color crayon pulak untuk dia mewarna. Dulu aku belikan colour pencils dan hasil warnaan tak berapa nak memuaskan. Kalau nak tengok hasil kerja Aiman yang dulu gi kat sini..MARI BELAJAR MEWARNA



tadaaa...ada perbezaan kan. Enjoy coloring pages with elephant and friends


Oleh kerana terlampau seronok sangat mewarna gunakan crayon habis tilam yang dia lepak2 dicontengnya..tak cukup tilam tikar aku turut jadi mangsa. Erkssssss sabar jer la. Nasib baik aku cepat sedar, dia nak opss conteng sofa pulak! nilah budak namanya kan. Kalau tak menconteng tak sah..





Wednesday, July 13

Demam Selsema dan Batuk

Rasa sangat tidak selesa sebab aku tengah alami demam selsema dan batuk. Hidung tersumbat tekak pulak rasa pahit air mata asik nak keluar...tak selesa nak buat kerja. Ini semua dugaan dan aku redha. Ubat batuk dan selsema yang doktor bagi dah nak habis sebotol tapi keadaan tetap sama. Ada petua tak nak cepat hilangkan 2 penyakit ni dengan kadar segera. Nak baik cepat sebab aku nak pergi bercuti ngan family tercinta. Spend quality time with our son..

Kami akan bertolak esok petang...dengan harapan aku cepat sembuh. Destinasi kali ni masih dalam malaysia juga. Sabah.....here we come!!..

Friday, July 8

Wordless Friday

Thursday, July 7

Susu Sustagen Junior 1

Last week aku ada request sample susu Sustagen Junior 1 untuk Aiman. Aku dalam perancangan nak tukar susu dia. Hmmmm...memula tuh wonder gak wheter it's ok to give him sustagen coz this milk powder seems cheaper and less nutrion compared to those expensive brand...Tapi bila pikir-pikir balik milk powder is milk powder no matter what brand you choose. If you change milk powder, your son is growing up well, why not kan..??
Let me try.....



2 bungkusan sekali hantar...teruja nak bukak apa ada kat dalam


  


haaa macam-macam dapat. Club point percuma sebanyak 100 points, fridge magnet, car sticker, sample susu 3 packs. Aku request vanila flavor untuk Aiman. Kat dalam tuh jugak dah bagi catalog untuk kita redeem tahun 2011 diserta dengan borang untuk redemption. Sekarang Aiman dah pun jadi member of Susta Club.....
Pada ibu2, mama2 yang nak kan sample susu sustagen ni secara percuma  hanya perlu sms sahaja. 

sample request:
SMS to 36660: Sustagenwebyour name

After the request SMS is sent, please expect a confirmation SMS. Mead Johnson Consumer Care will call you and get your details to send the free samples.





berjaya misi aku untuk tukar kepada sustagen...habis licin diminumnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette