Friday, February 17

Cuti-cuti Kampung Tercinta.....

Seminggu bercuti duduk kampung sangatlah heaven...... Menghabiskan masa sepenuhnya bersama mak dan ayah. Gembira tak terkata dapat luangkan masa bersama mereka. Hari-hari mak masakkan makanan kegemaran untuk kami so keje makan ajerlah aku seminggu duduk kat kampung. Seminggu aku dibahagi dua separuh minggu di rumah mak dan separuh lagi menghabiskan masa di rumah mak mertua..rasa hepi sangat-sangat sampaikan malas ajer nak pulang ke kota untuk bekerja huhuhuhu....

Aiman terpaksalah ponteng selama 3 hari. Aku dah beritahu awal-awal pada teacher dia nak bercuti 3 hari balik kampung. Teacher bekalkan Aiman dengan homework untuk selama 3 hari tu. Walaupun bercuti Aiman kena siapkan kesemua homeworknya. Good teacher I like it!!!!!!

aiman sangat teruja bila tinggal kat kampung sebab dapat tengok jet terbang lalu lalang atas bumbung rumah mak aku. Ruang udara kampung kami tempat TUDM membuat latihan penerbangan setiap petang....naik bingit gegendang telinga aku. Habis bergegar bumbung rumah, besi-besi tingkap grrrrrrrrr.....Mahu taknya sekali terbang 4 biji woooo!!!


inilah rupanya ...nama apa aku tak tahu tapi rasanya macam skyhawk


Bila petang kami pergi gotong - royong bersihkan kawasan. Kawasan ni beredekatan dengan bandar Kuantan. Acara mencangkul, mengapak, menebang, membakar..itulah rutin kami sepanjang petang. Kawasan ni sebenarnya encik somi aku baru jer beli. Dia kata untuk hari tua kami nanti. Cadangannya untuk buat rumah bila kami dah nak pencen nanti. Tak mahu terus tinggal kat kota bandar besar hehehehe...Tanah ni taklah seluas mana tapi cukuplah untuk dirikan rumah. Kiri kanan dah ada rumah orang. Taklah takut nanti pasal dah ada jiran. Empunya asal tanah adalah Musa Al-Bakri. Bila dengar nama tuh aku aku pun tak perasan rupanya empunya tanah adalah ayah kepada Marlia Musa isteri kepada M.Nasir. Syukur kepadamu Ya Allah...limpahkanlah rezeki buat keluarga kami semua.....





apalah yang diborakkan mereka berdua...



 atok dengan gayanya membawa cop!

Kalau tak ikut encik somi, aku dengan adik-adik pergi bawak Aiman jalan-jalan santai-santai. Tak kiralah ke mana janji Aiman hepi dengan maksu dan paksunya. Tempat of course ikut selera Aiman. aku pun suka tengok Aiman hepi. Siap cakap tak nak balik rumah nak duduk kampung..sabar je la!







the read team erkkkk

ni jer ada gambar..tak sempat sangat nak snap sana sini bila abahnya tak ada. 
susah sikit nak mengawal sorang2 hihihii

yang aku sangat suka bila balik kampung dapat makan ayam kampung..huh terbaekkklah rasa sengal-sengal gigi bila gigit daging ayam yang ala-ala liat gitu...kat kampung Aiman makan nasi pun nak berulam hahahahha...


nampak kami makan berulam kacang botol dia pun nak jugak!


Aku jugak buatkan triffle untuk staff Hemodialisis Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan tempat mak aku 3 kali seminggu cuci darah. Sajelah kan bila cuti-cuti jer boleh buat macam ni. Diaorang suka aku pun hepi...



gambar dalam peti so macam-macam tin adooooo


Balik dari kampung terkejut sebab simple garage telah disiapkan Encik somiku tercinta...Luv u ahhhh!! so takderlah kete berjemur kepanasan lagi....dan sudah tidak ada lagi istilah dianak tirikan yuhuuuuuuu!!!



4 comments:

yana said...

mmg sronok skali berada di kg..alhamdulillah sdh ada tnh utk tpt berteduh nanti

umikalsom said...

mahu tak bingit telinga sampai 4 bijik hahahah..cutelah aiman. srg lg tu kakak dia ek

dwaty said...

saya pun kini berada di kampung halaman.... heaven sangat.... hehehe

ketikketok said...

wah ada laut kg awak eik..nnt dtg sejuk kan diri di House of Magic Potions Taman Royal Lily, Tanah Rata, CH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette