home about me award contest Image Map

Wednesday, February 29

NO. FLAT WWW

Tempahan nombor pendaftaran kenderaan WWW dibuka 30 April


2012/02/28

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan "WWW" yang bermaksud "World Wide Web" boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 30 April ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei depan.
"Kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran "WWW'. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud "World Wide Web"," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.

Katanya nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka 1 hingga 10 akan dibuka dengan harga jualan minimum RM10,000 manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM2,000 manakala nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM300.

Kong berkata, beliau percaya tempahan terhadap nombor pendaftaran "WWW" bukan saja akan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai, malah akan mencatatkan harga tempahan yang paling tinggi dalam sejarah tempahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan di negara ini.

"Setakat ini harga nombor pendaftaran yang paling tinggi ialah pendaftaran kenderaan "MCA 1" yang dijual dengan harga RM300,100.
"Secara puratanya JPJ meperoleh pendapatan RM1.7 juta setiap tahun daripada tempahan nombor kenderaan. Tahun lalu lebih RM1.8juta diperolehi daripada tempahan nombor kenderaan berbanding hampir RM1.6 juta dalam tahun sebelumnya," katanya.

Sebubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai yang ingin membuat tempahan nombor agar mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ termasuk mengisi borang dan membayar deposit yang ditetapkan.

Katanya, borang tempahan itu boleh dimuat turun dari portal JPJ di www.jpj.gov.my. - BERNAMA



AKU DULU MEMANG TUNGGU NAK ~~~WMW~~~~
LOAN KERETA DAH LULUS TAPI AKU SURUH RUNNER TUNGGU KELUAR WMW
DAPAT JUGAK AKU ~~~~WMW~~~~
ALANGKAH BESTNYA KALAU AKU DAPAT WWW
UNTUK KERETA BARU
TAPI HANYA DENGAN BERANGAN SAJER LA....BUKAN BELI PUN!


EMOSI SEDIH......TASKA KEJAM!!!!

Aku tak tahu nak cakap macam mana bila tengok video nih
yang sedang hangat kat FB
aku baru tengok semalam
Al-kisah taska di Kota Masai Johor
apalah perasaan mereka yang buat kerja macam ni
apalah dosa SI KECIL ITU
yang tidak tahu apa
kalau nak marahkan majikan sekali pun
janganlah bertindak macam ni
dibalut dengan kain...diikat..ditampal mulutnya dengan masking tape
pada ANAK YANG TAK BERDOSA INI!!!!!!!!



aku doakan moga kamu semua yang buat kerja-kerja ni dapat pembalasan secukupnya

dengar dari percakapan macam orang melayu!

SEDARLAH KALIAN ATAS KESALAHAN KALIAN INI
BETAPA BERDOSANYA KAMU ATAS PERBUATAN KAMU
KE ATAS ANAK KECIL INI!!!!!!!

#WW Cahaya SPK Clubhouse




Tuesday, February 28

Memproses Ayam Kampung

makan memang sedap tapi bab nak memproses tuh yang agak leceh. Nak kena rebus dulu buang bulu2 dia pastu bakar pulak......kalau aku memang malas tahu beli yang dah siap proses. ...


sajer merepek tengah malam..

sajer nak testing untuk gambar oulak hihihi....

xoxo...(^^)


Published with Blogger-droid v2.0.4

DOODLE ART.......DOODLING!!


mari kita tengok apa yang jadi....secara spontan sajer nih
hanya beberapa minit
terhasillah....



nanti sambung lagi
ni baru je sikit
slalunya akan penuh
did by BRO RIZAL

aku teka doodle ni
motifnya : MEDUSA 
tengok movement tu kan.....



banyak ilustration dalam ni
note book kesayangan aku!

Apa kaitan SAKIT TENGKUK dengan JEMUR BANTAL


pernah dengar tak
orang tua-tua kata kalau sakit tengkok atau bahu
disebabkan salah tido
pergi jemur bantal yang kita tido
lepas tu hempukkan bantal kat tempat yang sakit 
so 
aku pun nak trylah teori ni
aku ambil semua bantal dan  jemur
di tengah panas
bab yang menghempuk ni yang tak tahan
en somi dan aiman bukan main lagi suka terbahak-bahak
nak menghempuk ibunya
lama-lama bukan hempuk
tapi dah macam 
games acara balingan bantal
sabor ajelah!

 masalahnya sakit bahu aku masih tak hilang
mungkin tak kena gaya menghempuk
senang cerita 
sapu ajer dengan ....




tapi ada benarnya petua orang lama-lama
kebaikan menjemur bantal dan tilam 
dapat menghilangkan bau hapak 
habuk dan hama juga!








Monday, February 27

Tiada Lagi Surat Khabar Hari Ini

setiap hari kami menanti
kedatangan uncle kabilan
dengan berjacket hijau
membawa segala surat khabar
yang dipesan untuk opis

bila sampai sajer
dia mesti cakap
'hi puan ini semua untuk hari ini'
jika cuti uncle akan simpankan paper untuk kami

tapi pagi ni
aku sangat terkejut
lepas hantar aiman
bila aku nak buat u'turn
untuk ke opis
aku ternampk
surat khabar yang melayang-layang atas jalan
dan hampir menutupi seluruh badan
seseorang di tengah jalan
dan....................


itulah uncle kabilan ...berjacket hijau
sayu ..tapi dapat tengok dari jauh ajer
apapun uncle kuatkan semangat yer!!!!!!
aku pun tak tahu sama ada uncle masih ...............
sbb dia terbujur kaku...

REWARDING FOR TEACHERS


special thanks to all teachers!!!!!!





first tester!

TESTING!

testing post from blogger droid:-)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, February 25

DOING HIS HOMEWORK

Friday, February 24

THE THREE STOOGES!

Celebrated Ayep's birthday in advance!!

Tomorrow would be my niece's AYEP birthday
Just a simple dinner hope uolls enjoy it!









KHAMIS MALAM JUMAAT



curi-curi ambil video apa yang dia buat
sekarang sangat susah nak snap gambar dia
aSik cakap

JANGAN!!!!!!!


Thursday, February 23

Satu Pujian Dari Cikgu!

Ambil Aiman dari sekolah
cikgu menghampiri aku
borak-borak pasal Aiman
cikgu bertanyakan kepada aku
'kat rumah akak ada mengajar dia yer"
aku senyum ajer
Cikgu kata lagi
"Aiman ok dia cepat dapat apa yang kita ajar... dulu dia pendiam sangat suka perhatikan orang ajer. bila di tanya pun diam tak nak bukak mulut. tapi sekarang dia dah ok sikit nak bercakap-cakap"
dalam hati aku
syukur alhamdulillah
YANG SEBENARNYA KAT RUMAH AKU TAK MENGAJAR PUN AIMAN..TAK SEMPAT AKU NAK MENGAJAR CUMA MENGHARAPKAN EN SOMI AJER BILA AKU SEDANG MEMASAK DI DAPUR
cikgu sambung cakap lagi
"cuma bila bab makan tu dia yang paling lambat sekali...orang lain semua dah habis makan dia belum lagi sampai cikgu nak kena kira barulah cepat-cepat dia habiskan makanan....tapi dia bagus tak nakal sangat"

sebagai ibu aku tentunya gembira tak terkata bila dengar dari mulut cikgu itu sendiri. tapi aku masih terpikir sama ada cikgu ni psiko atau pun tidak....hmmmmmm walau apa pun..

terima kasih cikgu!

next week aku nak bagi sesuatu kat cikgu-cikgu tu semua.....!



Baca Niat Solat

Alhamdulillah syukur kepadamu Ya Allah
semalam aku dan en somi
terkesima buat kali yang kedua

kali pertama disebabkan
Aiman sudah pandai baca YASSIN
Alhamdulillah sehingga hari ni semakin banyak ayat yang dibacanya

terkesima buat kali ke 2
bila Aiman
sudah pandai baca niat untuk solat
dalam bahasa arab untuk
SOLAT SUBUH DAN SOLAT ZOHOR
3 solat lagi masih belum


WELL DONE...BABY!

semalam genaplah umur Aiman
3 tahun 2 bulan


tak sempat nak ambil video sebab malam semalam
mak mertua baru sampai dari kampung
so nanti aku uploadkan videonya
tungguuuuu hihihihi


Wednesday, February 22

KU MENUNGGU

Ku menunggu
Ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
Tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
Ku kan selalu di sini untuk menunggumu
Cinta itu
Ku berharap kau kelak kan cintai aku
Saat kau telah tak bersama kekasihmu
Ku lakukan semua agar kau cintaiku

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Ku tetap menunggu

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu
Datang padaku
Ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
Saat kau sadar betapa ku cintaimu
Ku ‘kan selalu setia ‘tuk menunggumu


* tak ada kena mengena dengan lagu ni..
cuma memang tengah tertungu-tungu
akan dengan
cek nuffnang
aku baru cashout kan
untuk kali ke 2
so tunggulah wahai nor lagi 3 bulan hahahahahha
walaupun ianya ciput tapi amat bermakna buat diriku
syukur alhamdulillah........

#WW GENDANG GENDUT TALI KECAPI


Tuesday, February 21

POMEN MEMOMEN

Disebabkan suka sangat dengan....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

kartun ni


hampir semua perlatan kat rumah
nak dipomennya
tak kira barang aku..en somi...
semua hendak dikerjakan
termasuklah
sinki dapur dan bilik mandi
lagi bertambah haru 
diambilnya spannar, screw driver abahnya
untuk memomen
bila kita tegur 
dia jawab
ENDY MENI ibu!!!!!

sekarang kami kena sorok gergaji 
sebab Aiman dah cuba-cuba nak ambil gergaji
huh betapa bahayanya!
tapi abahnya suka Aiman begitu
abah kata satu perkembangan otak yang baik
hmmmmmmmmmmm


bimbang kalau-kalau tangannya yang comel tuh tersepit rantai basikal
aku pernah merasa .....
waaaaaaaaaaa!!!!!!! berbekas bentuk V kat jari

CHILDREN COLORING CONTEST...CIMB JUNIOR

Jom kita pakat-pakat masuk contest mewarna CIMB Junior nih
mana taukan rezeki berpihak pada anak kita
aku sajer nak menggalakkan Aiman
mencuba dalam sesuatu

http://www.cimbjunior.com.my








tak sabar nak suruh Aiman buat!


Monday, February 20

Rewarding...


masa untuk mengreward diri sendiri pulak
tak beli barang yang besar pun
kecik ajer
tapi kegunaannya amat besar pada aku
segala benda duduk dalam tuh
nak tahu pasal diri aku, en somi, Aiman 
sumer ada dalam ni
kalau hilang melilau aku mencari
naik sasau pun boleh
isi di dalam tak semua yang tahu
cuma orang boleh meneka 
kalau kembung 
maka banyaklah isinya kot hihihihi
tapi jaga-jaga kalau kembong 
karang ada yang dok perhati sajer hikhikhik


hasil merayap dengan ida terjumpalah...niat nak beli facial cleanser jer huhuhu




i like this color combination....

PAHALA BESAR!!

Sedang asyik aku memasak kat dapur
si Abahnya sedang asyik jugak tidur + berdengkur 
cuti kan so berehat untuk tido huahuahua
si anaknya pulak Aiman asyik bermain air dalam bilik air
dalam bilik air aku memang tak ada air bertakung 
sama ada dalam kolah atau baldi
so main air gitu-gitu ajerlah dia

sambil aku memasak aku intai-intai
apa aktiviti dia kat dalam tu
pintu ternganga luas
bahaya kalau ditutup
menghalang pandangan

senyap-senyap sahaja aku intai
intai dalam diam
apa yang dia buat
huhuhuhuhu betapa khusuknya
sampai tak sedar aku sedang perhatikan dia

OH!! terujanya bila aku melihat
Aiman sedang.....

MENCUCI BILIK AIR!!!!

membantu ibu satu pahala yang besar sayang!
good boy!


ALL CENSORED PHOTOS 



 
pandai pulak ambil berus yang sesuai dengan tangan dia
the cute brush hihihihi
masih tak sedar aku snap

and the end.......



eh ibu ......cuci bilik air
jangan ibu...malulah aiman!!!!!

 










Sunday, February 19

AROMATHERAPHY

pagi ni aku bangun awal sikit dari biasa. lega dah siap semuanya mengemas rumah. bekpes dah ready cuma aku rasa belom nak makan lagi. duduk mengadap fb sambil aromatheraphy memang best! rasa lega kepala......aiman dan en somi masih dibuai mimpi...

cadangan untuk hari ni nak kemas bilik stor. tengahari nak jalan-jalan ker hartamas huhuhuhu......
hepi weekend uolls!


DAUN BAWANG **edible garden**

semakin menjadi-jadi hobi baru aku sekarang ni. kerja nak menanam sajer. seronok sangat bila apa yang kita tanam dapat hasilnya. hari ni aku tanam bawang yang kuarkan daun bawang . memang ler bawang kuarkan daun bawang hihihihi!.....



Saturday, February 18

MERONDA JALAN KENANGA

huh seronoknya la hari ni dapat meronda ronda kat jalan kenanga. sapa tak tau kan kat sini semuanya dijual dengan harga borong....tapi kita kena pandai pilih-pilih jugak. naik biru mata hitam aku tengok barang-barang.

lepas ke jalan kenanga pergi jalan tar pulak yahooooooo!,!

Friday, February 17

Cuti-cuti Kampung Tercinta.....

Seminggu bercuti duduk kampung sangatlah heaven...... Menghabiskan masa sepenuhnya bersama mak dan ayah. Gembira tak terkata dapat luangkan masa bersama mereka. Hari-hari mak masakkan makanan kegemaran untuk kami so keje makan ajerlah aku seminggu duduk kat kampung. Seminggu aku dibahagi dua separuh minggu di rumah mak dan separuh lagi menghabiskan masa di rumah mak mertua..rasa hepi sangat-sangat sampaikan malas ajer nak pulang ke kota untuk bekerja huhuhuhu....

Aiman terpaksalah ponteng selama 3 hari. Aku dah beritahu awal-awal pada teacher dia nak bercuti 3 hari balik kampung. Teacher bekalkan Aiman dengan homework untuk selama 3 hari tu. Walaupun bercuti Aiman kena siapkan kesemua homeworknya. Good teacher I like it!!!!!!

aiman sangat teruja bila tinggal kat kampung sebab dapat tengok jet terbang lalu lalang atas bumbung rumah mak aku. Ruang udara kampung kami tempat TUDM membuat latihan penerbangan setiap petang....naik bingit gegendang telinga aku. Habis bergegar bumbung rumah, besi-besi tingkap grrrrrrrrr.....Mahu taknya sekali terbang 4 biji woooo!!!


inilah rupanya ...nama apa aku tak tahu tapi rasanya macam skyhawk


Bila petang kami pergi gotong - royong bersihkan kawasan. Kawasan ni beredekatan dengan bandar Kuantan. Acara mencangkul, mengapak, menebang, membakar..itulah rutin kami sepanjang petang. Kawasan ni sebenarnya encik somi aku baru jer beli. Dia kata untuk hari tua kami nanti. Cadangannya untuk buat rumah bila kami dah nak pencen nanti. Tak mahu terus tinggal kat kota bandar besar hehehehe...Tanah ni taklah seluas mana tapi cukuplah untuk dirikan rumah. Kiri kanan dah ada rumah orang. Taklah takut nanti pasal dah ada jiran. Empunya asal tanah adalah Musa Al-Bakri. Bila dengar nama tuh aku aku pun tak perasan rupanya empunya tanah adalah ayah kepada Marlia Musa isteri kepada M.Nasir. Syukur kepadamu Ya Allah...limpahkanlah rezeki buat keluarga kami semua.....





apalah yang diborakkan mereka berdua...



 atok dengan gayanya membawa cop!

Kalau tak ikut encik somi, aku dengan adik-adik pergi bawak Aiman jalan-jalan santai-santai. Tak kiralah ke mana janji Aiman hepi dengan maksu dan paksunya. Tempat of course ikut selera Aiman. aku pun suka tengok Aiman hepi. Siap cakap tak nak balik rumah nak duduk kampung..sabar je la!







the read team erkkkk

ni jer ada gambar..tak sempat sangat nak snap sana sini bila abahnya tak ada. 
susah sikit nak mengawal sorang2 hihihii

yang aku sangat suka bila balik kampung dapat makan ayam kampung..huh terbaekkklah rasa sengal-sengal gigi bila gigit daging ayam yang ala-ala liat gitu...kat kampung Aiman makan nasi pun nak berulam hahahahha...


nampak kami makan berulam kacang botol dia pun nak jugak!


Aku jugak buatkan triffle untuk staff Hemodialisis Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan tempat mak aku 3 kali seminggu cuci darah. Sajelah kan bila cuti-cuti jer boleh buat macam ni. Diaorang suka aku pun hepi...



gambar dalam peti so macam-macam tin adooooo


Balik dari kampung terkejut sebab simple garage telah disiapkan Encik somiku tercinta...Luv u ahhhh!! so takderlah kete berjemur kepanasan lagi....dan sudah tidak ada lagi istilah dianak tirikan yuhuuuuuuu!!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette