Ada
lima faktor penting yang memainkan peranan utama dalam menentukan bahawa perkembangan
pertuturan berjalan dengan memuaskan. Faktor - faktor tersebut ialah
1.
Ketiadaan kecacatan akal.
2.
Pendengaran yang baik.
3.
Ketiadaan kecacatan fizikal seperti yang timbul daripada gangguan urat saraf.
4.
Perkembangan emosi yang sihat.
5.
Persekitaran dan stimulasi yang memuaskan.
Kanak
-kanak yang cacat akalnya memang selalu lambat bercakap. Selalu terdapat kanak
-kanak yang berumur empat tahun yang cacat akal hanya mencapai tahap bahasa
seakan -akan kanak -kanak yang berumur dua tahun atau kurang daripada itu. Semakin
rendah kebolehan inteleknya semakin lambatlah dia mula bercakap.
Cara
kanak -kanak yang cacat akalnya mengeluarkan kata -kata dari umur bayi hingga
umur pra - sekolah selalunya berlainan dari kanak -kanak yang sihat akalnya.
Kepastaian bahawa kanak -kanak itu cacat akal boleh dibuat setelah pemeriksaan
menyeluruh yang merangkumi pemeriksaan klinikal , latar belakang sosial dan
penilaian psikologinya dijalankan.
Pendengaran
adalah pancaindera yang paling penting untuk proses perkembangan pertuturan.
Jika seseorang kanak -kanak itu tidak boleh mendengar semenjak dari lahir lagi
, kesannya ke atas perkembangan pertuturan amatlah buruk sekali. Ini biasa terdapat
pada kanak -kanak yang pekak disebabkan oleh keadaan yang disebut ' Congenital
Rubella Syndrome '. walaupun umurnya sudah tiga tahun dia masih tidak boleh
bercakap. Kesan kepada perkembangan pertuturan kurang sedikit buruknya jika
gangguan kepada pendengaran berlaku selepas kanak -kanak berumur tiga tahun.
Proses perkembangan pertuturan adalah pesat sekali dari lahir hingga tiga tahun
dan jika kehilangan pendengaran berlaku pada waktu ini , akibatnya ialah kerosakan
perkembangan pertuturan yang sukar dipulihkan semula walaupun dengan latihan
pertuturan.
Kecacatan
fizikal seperti berlaku pada kanak - kanak yang mengalami kekurangan oksigen
diwaktu kelahiran kadang - kadang boleh menganggu fungsi alat suara. Kanak -
kanak yang mengalami keadaan yang disebut ' palsi serebral ' biasa didapati
sukar bercakap.
Untuk
seseorang kanak - kanak itu mengunakan bahasa dengan betul dia perlu memahami
apa yang dicakapkan kepadanya serta melafazkan pemikirannya. Jarang - jarang sekali terdapat dimana seseorang kanak -kanak itu tidak
boleh memahami bahasa dari itu dia tidak boleh bercakap. Ada pula yang boleh
memahami bahasa tetapi tidak boleh melafazkan pemikirannya. Kanak -kanak seperti
ini selalu mengunakan isyarat untuk mengatakan kehendaknya walaupun jelas dari
kelakuannya yang dia bukan pekak atau cacat akal.
Gangguan
emosi dikalanagan kanak - kanak dari peringkat persekolahan ke bawah boleh mengakibatkan
gangguan kepada perkembangan kanak - kanak. Kanak - kanak yang selalu bersendirian
, tidak pernah berinteraksi dengan kelakuan anihnya , tidak akan dapat stimulasi
serta dorongan yang sesuai untuk membolehkan dia mempelajari bahasa.
Bukan
semua kanak - kanak yang mengalami pengalaman sedih atau pahit menunjukkan kesan
- kesan ini. Ada yang tidak terjejas perkembangan pertuturan dan kognitif sementara
yang lain pula memerlukan latihan yang khas untuk membaiki pertuturan , intreraksi
sosial , kognitif serta kemahuan asas ( seperti makan , membersih diri , memakai
pakaian atau kasut mereka dengan
sendiri ).
Kekurangan
rangsangan yang sesuai merupakan suatu punca yang biasa didapati dikalangan
kanak - kanak yang dirujuk ke klinik kerana lambat bercakap. Persekitaran yang
penuh dengan peluang untuk kanak - kanak itu bercakap adalah penting. Bayangkanlah
seseorang kanak - kanak yang ditinggalkan berseorangan didalam bilik sepanjang
masa hari demi hari tampa kasih mesra ibu bapa dan interaksi sosial. Dia akan
mengalami masalah memahami dan mengunakan bahasa .
Seseorang
bayi itu bersuara mengeluarkan kata - kata seperti aa , aa , ahggege , bababa
, dededed , mamamam , nanana dan seterusnya sebelum dia dapat mengeluarkan perkataan
yang bermakna. Memang digalakkan ibu bapa menyahut baik kata - kata ini sambil
bercakap - cakap yang berpada dengan suasana dan umur bayi atau kanak - kanak
itu. Inilah satu cara yang baik bagi merangsang bagi bayi bercakap.
Unsur
perwarisan adalah satu lagi sebab mengapa kanak - kanak lambat bercakap. Memang
selalu di dapati keadaan dimana ibu atau bapa kanak - kanak itu juga lambat
mula bercakap pada masa mereka kecil. Kanak - kanak lelaki lebih selalu didapati
mengalami masalah ini. Ini hanya dapat dipastikan setelah pemeriksaan yang menyeluruh
dibuat untuk mengetepikan unsur - unsur yang lain.
Bilakah
perlu ibu bapa rasa bimbang
Ibu
bapa selalu membuat perbezaan di antara tahap pertuturan kanak -kanak mereka
dengan kanak -kanak yang lain. Mereka biasa rasa bimbang apabila kanak -kanak
mereka lambat bercakap daripada yang lain. Tetapi di antara kanak -kanak yang
normal perbezaan tahap pertuturan adalah besar.
Lazimnya
kanak -kanak yang berumur lapan bulan sudah boleh menyuarakan kata -kata ah
, ee , uu, dan juga dadada , nana , mamama , gagaga. Dia juga boleh meniru bunyi
-bunyi yang di suarakan oleh ibunya. Pada umur satu tahun , lazimnya kanak -kanak
boleh memanggil mama , abah dengan bermakna
dan mula menyuarakan ayat seperti ata , nani , bai bai.
Pada
umur dua tahun kanak -kanak boleh menyuarakan dua perkataan seperti na ' mamam
(hendak makan), na ' num ( hendak minum ) , mak bayik ( mak balik ) dan seumpamanya.
Apabila
berumur tiga tahun , kanak -kanak biasanya boleh menyuarakan ayat seperti boy
na' matan nacik ( boy nak makan nasi ) dan seterusnya walaupun masih pelat.
Tetapi ada kanak -kanak yang mencapai tahap pertuturan yang lebih cepat daripada
ini dan ada juga yang lambat daripada ini.
Kanak
-kanak yang tidak boleh memanggil mak , atau abah dengan bermakna padahal umurnya
sudah meningkat lapan belas bulan perlu disiasat . Kanak -kanak yang tidak mengeluarkan
bunyi seperti ga ga ga , de de de , me me me dan lain -lain sedangkan umurnya
sudah meningkat setahun perlu mendapatkan pendapat pakar kanak -kanak.
Adalah
penting kanak -kanak yang lambat bercakap mendapat penilaian dengan awal kerana
jika dibiarkan berterusan mungkin akan menjejaskan perkembangan pembelajarannya
kelak.
Kebanyakan
kanak -kanak yang lambat bercakap dapat dipulihkan dengan rangsangan yang sesuai
tetapi kadangkala rancangan pemulihan memerlukan cara -cara yang lebih mendalam
lagi jika bersangkut paut dengan sebab -sebab seperti kekurangan pendengaran
, kerosakan fungsi alat suara , masalah sukar memahami bahasa dan juga gangguan
emosi.
Pengalaman
di klinik penilaian kanak -kanak
Kekurangan
ransangan di mana peluang untuk kanak -kanak bercakap -cakap tidak mencukupi
merupakan punca yang sering terdapat di klinik. Ini bersangkut - paut selalunya
dengan keadaan sosio ekonomi atau penjaga kanak -kanak yang datang dari golongan
keluarga yang berada pun mempunyai masalah lambat bercakap kerana peluang untuk
bercakap dengan orang lain tidak mencukupi . Mereka selalunya menunjukkan kemajuan
pesat setelah diberi stimulasi yang sewajarnya.
Masalah
kanak -kanak yang gagap
Kanak
-kanak yang berumur dua hingga empat tahun selalu sumbang rentak pertuturannya
tetapi ini adalah perkara biasa yang berlaku kepada kanak -kanak yang menempuh
proses perkembangan pertuturan. Apabila keadaan ini berterusan hingga enam tahun
apabila kanak -kanak ini sudah bersekolah , dia jadi mangsa ejekan kawan -kawannya
dan menimbulkan masalah kepadanya serta ibu bapanya.
Seelok
-eloknya kejadian itu patutdicegah daripada berterusan. Semakin lama ini berterusan
semakin ini berterusan semakin sukar dipulihkan. Ada kanak -kanak yang dikatakan
telah pulih kegagapannya dengan cara ini dan ada pula yang menjadi lebih gagap.
Kanak -kanak yang gagap perlu diberi galakan serta perasaan timbang rasa sambil
diberikan terapi pertuturan yang sewajarnya.
Kegunaan
pelbagai bahasa di rumah
Sama
ada penggunaan pelbagai bahasa di rumah akan mengakibatkan seseorang kanak -kanak
ini lambat bercakap bergantung juga faktor -faktor yang lain. Jika ibu bapa
atau penjaga selalu bercakap dengan kanak -kanak itu dengan menggunakan bahasa
yang sukar difahami olehnya , kanak -kanak itu akan kurang maju dalam kefahaman
dan penggunaan bahasa ; walaupun dicakap dalam satu bahasa sekalipun.
Seseorang
ibu yang bercakap dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris kepada anak -anaknya mestilah
menggunakan perkataan -perkataan yang mudah difaham oleh anaknya. Dia perlulah
menggalakkan anak mereka bercakap selalu. Peluang untuk bergaul dengan kanak
-kanak lain akan membawa manfaat.
Kesimpulan
Untuk
mengelakkan berlakunya masalah pertuturan di kalangan kanak -kanak , ibu bapa
perlu memastikan supaya tahap pertuturan yang mereka gunakan adalah sepadan
dengan umur anak mereka. Peluang untuk kanak -kanak mereka mendengar bahasa
dan menggunakannya mestilah mencukupi di dalam persekitaran mereka.
Jika
ibu bapa atau penjaga selalu bercakap cepat , meggunakan perkataan yang tidak
seimbang dengan kebolehan kanak -kanak mereka memahamimya sudah tentulah akan
memberi kesan yang negatif kepada perkembangan pertuturan kanak -kanak mereka.
Penggunaan
bahasa adalah perlu untuk perkembangan intelek seseorang kanak -kanak. Perkembangan
intelek sangat mempengaruhi oleh tahap penggunaan bahasa. Jika kanak -kanak
lambat bercakap pembelajaran mereka di masa hadapan akan terjejas.
INFO : HAMIDARSHAT
3 comments:
great info for parents
Teringat mula dapat anak sulung bila dah pandai kata mamama dan papapa itulah yg exited dan mulalah kata anak kita dah pandai panggil mama dan papa...
sangat menarik info ni...esau pulak...syawal tu bulan depan dah 2 tahun x leh ckp lagi...tp bising2 tu adalah....entah la..katanyer kalo anak lelaki mmg lambat...
Post a Comment