Wednesday, March 9

Bertukar alih menu

Syukur alhamdulillah minggu ni saya tak berapa busy dengan kerja. Last week kena bertugas di KL tak dapat nak masakkan lauk untuk aiman. kebiasaannya saya memang memasak lauk aiman untuk dibekalkan. Aiman pulak sekarang ni selera dia dah bertukar angin. Selalunya saya masakkan sup untuk dia. Rasanya Aiman macam dah jemu dengan menu yang selalu saya buat. Seleranya tak seperti biasa.

Sekarang dah pandai nak makan lauk macam ibu ngan abah dia makan. Masak gulai, masak sambal..nak ada rasa-rasa agaknya. Takper demi untuk aiman ibu masakkan...ibu kena bangun awal sikit untuk sediakan menu aiman. Kalau terlajak takdelah menu hihihihi...

Makdah selalu kata tak payah lah bawak lauk untuk aiman tapi saya saje nak masak. Sekurangnya kuranglah sikit beban makdah nak masak lauk lain untuk aiman. Family dia sumer dah besar panjang mesti lauknya pedas. Satu hal pulak nak kena masak yang tak pedas untuk aiman..

Inilah menu baru untuk aiman sekarang..

gulai lemak kacang panjang


sajer goreng ayam dengan ikan. kadang aiman tak nak ayam


dah lama tak pakai food flask. Guna tupperware 2 tingkat ni lagi senang kot. saiz lebar senang nak muat macam-macam


siap untuk dibawa

14 comments:

whitecappuccino said...

semua yg terbaik untuk aiman kan??? tq ibu!!!
welcome back noor!! miss u tooo

ainnoraini said...

dah besar anak bujang noor...tu yg berubah selera...

azieazah said...

Suatu usaha yang bijak lagi cemerlang. Ada juga ibu yang beli fast food utk bekal anak. Sebenarnya lebih baik masak sendiri. Terjamin bersih dan khasiat.

Budaya bawa bekal sebenarnya budaya paling baik utk keluarga dan ekonomi..

AIMAN kan tak kisah? ehehehe

noor said...

cik nor untuk aiman ku sanggup lakukan apa sajer hihihi..
miss u toooo

noor said...

kak ain,
selera dia cam org tua lak

noor said...

kak azie,
yg kita nak bersih dan sihat kan kak. samping tuh leh jimat bwk bekal. stuju ngan akak kata tuh

@e_da said...

sedapnya lauk aiman.. terliur auntie.. ibu aiman rajin.. ehhehe

Fieza79 said...

sesekali dia nk jgk bertukar selera..jemu la tu asik yg tkde rasa je..mula dh nk mkn yg pedas2 sket...

anamizu said...

gile comel tuppaware tu!! hihi

sha a.s said...

wahhh...selera aiman kemain mcm org beshaarr....hehe...bagus jugak, x cerewet bila besar nnt :)

east said...

ye le,dia dah beso,selera pun beso..sama dgn adif mkn lauk mcm kita2..tp aku bawak bekal breakfast je,nak masak gulai bagai sambil tutup mata lum terror lg..(dlm erti kata sebeno,,malas!!)

kakchik@ella said...

nama anak kita pun Aiman tp dia dah besar, dah 15 tahun dah. pandai eh anak awak makan cam org besar. hihi ..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...

sudah lama tidak kesini..semoga tuan belog dan family ceria2 selalu dan dirahmati Allah SWT ya

Amy Syaquena said...

Rajinnya ibu aiman..masakkan lauk untuk aiman...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette