Wednesday, March 16

Cuti-cuti @ Adventure Community

Hari Sabtu baru-baru ni kami pergi bercuti di Adventure Community. Cam biasa aku akan pilih tempat yang jarang-jarang orang pergi. Cuti-cuti kali nih kira macam family gathering for my mum's family. Rasa seronok sangat sebab dah lama tak dapat berkumpul macam ni. Yang tak berapa nak best Mak Ndak ngan Pak teh aku tak dapat nak join sebab ada hal lain yang tak dapat nak dielakkan.

Suasana yang aman dan selesa membuat hatiku tertarik. Jom layan gambar kami sepanjang kat sana.lagi bertambah best orang lain xder hanya family kami sajer..nun rumah atas bukit dah menunggu kami


Muatan lebih 100 orang kot ....adikku dengan anaknya yg bongsu


ha... tu dia dah menunggu tak sabar nak terjun


tepat lepak dah jadi tempat sidai baju


sumer peralatan dapur ada. dah masak-masak letak jer kat bar tuh. makan bersantai kat luar sambil tengok pemandangan.


nak mandi kena turun tangga..lagi bertambah best kami belajar diving

Aktiviti malam pulak lain tak bukan bbq. Bahan-bahan yang nak dibakar sumer mak dah marinated dari rumah. Senang tinggal bakar jer.

otak-otak gelang patah dari johor memang best!!!


ayahku tugasnya membakar...


tukar shift plak...adik aku yang bongsu berbaju itam panggilan manja 'boy'


siap dengan berulam jering



kasi panas enjin dulu baru aktiviti mandi...

Lepas makan tengahari kami beraktiviti sukaneka pulak. Acara yang biasa-biasa jer. Isi air dalam botol, bawak bola pingpong dalam sudu guna mulut, pastu main baling kasih sayang guna belon. Yang ni memang best sampai sakit-sakit badan dibuatnya.


isi air dalam botol...hahahaha memang lawak ler. ada yang ngelat bawak straw tak diangkat pon..



ibu ngan abah beria main..aiman selamat main kat sini ada pagor..ralik bermain air


nak pegi mana tu ayang ibu


aiman dan awin


Hadiah-hadiah untuk acara-acara tadi..

wan @ nenek yang berusia 81 tahun. Alhamdulillah masih sikat..

Actually my mum ada 8 orang adik beradik. My mum anak ke 3. Tinggal 7 beradik kakak yang sulong dah meninggal. Arwah Aki dah lama meninggal sekarang tinggal Wan sorang sajer. Yang datang ni pun sebahagian jer ramai sepupu yang tak dapat nak join.

8 comments:

whitecappuccino said...

Bestnyer family gathering noor!!

east said...

syioknye,tempat best,sesuai le family gathering cam gini..boy mmg phocopy cik hasyim...hehehe..tp nomi dgn jue xnampak sgt pulak gambonye..

noor said...

cik nor..sekali sekala mmg kena buatkan bg rapatkan lg hubungan sesama keluarga

noor said...

boy tu memang copy abis hihihih
kecik beno gbor tak baper nmpak psl xder DSLR hahahah

mzhany said...

noor, sronoknya ramai2 mcm ni...

Amy Syaquena said...

Wah bestnya sangat menarik tapi boleh amy tahu kat mane nie..

norh said...

best betul tempat ni..sesuai sangat nak buat family gathering..

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

bestnya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette