Tuesday, March 15

Pemilihan Jenis Botol Susu

Hari ini kalau anda perasan paper ada menceritakan tentang 'Botol Susu'. Bahayanya botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA. Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus menganggu sistem fungsi tubuh bayi. Botol polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar. Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi. kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan pc, nombor 7 dan 'other'.

Ibu Bapa disarankan untuk memilih botol susu yang bebas BPA. Kalau nak kenal yang mana satu botol free BPA ni senang ajer. Botol ni biasanya dilabel 'bebas BPA' pada bahagian bawah botol. Kalau macam Avent color botol dia lain.

Panduan untuk pengendalian botol susu polikarbonat anda perlu steril botol susu mengikut pengendalian pada label. Atau para pengguna perlu merendam botol susu dalam air mendidih antara lima hingga 10 minit. Elak gunakan air panas secara terus ke dalam botol susu.

Cara membuat susu yang betul adalah masukkan air sejuk dahulu kemudian diikuti dengan air panas dan seterusnya susu.

Sharing is caring.....

Sumber : Berita Harian, 15 Mac

21 comments:

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

hi pinky folo sini =)
salam kenal ya..

kena berjaga2 mulai skrg..aihh botol pun leh bawa penyakit =)

kak Erna said...

assalam noor..ada jugak aca..yang heran tu..baru sekarang pulak..macam2 yang dikatakan tak selamat..macam mana agaknya dulu2 tu kan..

ainnoraini said...

dah tak de yg gune botol lagi...dh besar2 semuanye...

bahayakan..bile membelinye tu berhati2 la ye...pilih mna yg tak memudaratkan kesihatan...

noor said...

hi pinky..salam kenal juga

noor said...

as salam kak erna...tulah macam2 skrg ni tetiba kuar sumer tak boleh kan

noor said...

kak ain tunggu turn cucu lak nanti hihihi

JaSSNaNi said...

noor...
tul tu.. sebenarnya cara buat susu tu.. sebab botol tu tak boleh terdedah ngan air panas.. jadi mulakan masuk air biasa and lepas tu baru tuangkan air panas.. and suhu air nanti takkan sampai 80 darjah pun.. baru la tak de timbul benda2 terlarang tu.. :)

pssttt.. sepatutnya isu botol susu ni dah lama.. cuma skrg je baru war2kan secara meluas.. kalau dia wat botol kaca.. mmmm.. ape pun terpaksa ikut la.. kan.. kalau pecah ganti baru.... cuma risiko ganti baru tu la.. entah berapa kali dalam sebulan.. mau kopak kot.. kalau dapat kat anak2 yg lepas minum je di baling je terus botol tu.. naya..

noor said...

nani kemana kau mhilang..sdh lama menyepi huhuhuhu
psl btl nih br nih nk timbul blk kan. org dulu2 dh lama minum yg BPA hihihi

rATu kEBaYA said...

good info ni... ada tgk berita malam tadi tapi tak berapa faham pulak..

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

tq for sharing dear...
zaman skg mcm2 la kan...

noor said...

RK > btl bleh confused dibuatnya
btl yg jenis PP tuh boleh ker tidak kn

noor said...

Kak D jom kita pi serang supermarket cr botol hak yg free BPA hihihi kang habis

whitecappuccino said...

dulu susu, skrg botol susu pulak, nanti apa pulak yer? puting susu??

kak ina kl said...

minum susu ibu gak yang senang dan terbaik

sarah-najwan said...

tu la..mcm nk pi beli yg lain ajo..aven ke..

ana said...

lps bc terus tgk botol susu anak..memang sah PC.

takut la. terus tukar!

@e_da said...

nor.. lepas ni kita memborong botol susu sesama ek..

Amy Syaquena said...

alamak amy x pandai langsung bab2 nie huhu...

Incik RestNrilekS said...

Salam Nor, bukan botol susu ajer. Bekas minum pun tak digalakkan yang guna BPA. Ingat Abang rizal pernah maklum ni sebelum gomen buat announcement.

Digalakkan guna BPA free, atau plastik (bekas air yang macam budak2 dulu pakai, apalagas, boleh la promote tupperware) atau stainless steel / Ceramic water container. Tapi tuu semua memang mahal2. Tak pa untuk kesihatan

Incik RestNrilekS said...

Haaa dah tak dak pun word verification. Senang nak mengomen. Yahoo

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

hampir semua produk sekarang nie membahayakan kesihatan kan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette