Bawak bekal ni bagus. Satu amalan yang harus kita lakukan kerana ianya bukan saja terjamin kesihatannya malah boleh menjadikan tubuh kita sihat. Di samping itu kita juga boleh berjimat cermat.
Boleh dikatakan hampir setiap hari saya membawa bekal untuk breakfast ke pejabat. Sekali sekala saya akan minum di mamak dengan rakan ofis. Menu di mamak lain tak bukan mesti roti canai. Lama-lama jemu juga dibuatnya. Bawak bekal dari rumah makan ramai-ramai lagi best. Bila makan bawak bekal ni selalunya kita akan tukar-tukar menu dengan orang lain. Biasalah nak rasa jugak makanan orang lain. Kalau sedap siap mintak resepi gitu.
Inilah pot kami bersarapan pagi. Lokasinya di luar pintu opis saya. Minum sambil bersantai..
11 comments:
wow...cantiknya opis awak..siap ada taman lagi..mesti tenang je mata memandang kan :-)
Noor nak tahu tak kakak setiap hari memang bawa bekal. Hatta utk makan tengahari sekalipun. Kadang kakak masak kat ofis. Kakak ada rice cooker, beras dll dlm bilik tau....
Dulu masa keje ofis amy memnag suka bawa bekal..malas nak buang masa gi kedai makan..tau la kalau time lunch semua orang ofis tertumpu kat kedai makan.. jadi better bawa bekal je..
saya pun selalu gak bawa breakfast ke sekolah..
noor..masa kerja klia dulu..memang akak bawak bekal..kalau nak beli..tak tahan..makanan kat sana kan mahal..
jimat cikit lagi menyelerakan apabila makan....hubby sya bawak bekal 2..satu break 1st, lagi satu untuk lunch...pagi2 kena masak 2 menu...eheeee2...
nor, umm bagus sbnrnye bawak bekal ni kan, hany ni pemalas...ada la bwk bekal, tp tak tiap2 hari laaa
seronoknya makan kat ofis tu..dah la pemandangan cantik..hari2 makan situ pun tak pe.
tanya je ni.. itu opis ke chalet.. hehehe..
wah bestnyer port lepak korang....tenang dgn kehijaun tu=)
Salam Noor, ye ye.. selalu selalu lerr kita bawak bekal ke pejabat. Jimat seh.. hehe
Post a Comment