Monday, November 15

Program Khidmat Masyarakat @ PDK

Jumaat lepas aku telah terlibat dengan program khidmat masyarakat bersama OKU di PDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti) di Kampung kenanga, Rawang.

PDK merupakan salah satu program yang melibatkan pembabitan secara aktif ibubapa / penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti setempat untuk membantu orang kurang upaya hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat.
Bagi ibubapa/penjaga yang berminat untuk memasukkan anak-anak kurang upaya ke PDK perlu mendaftar kecacatan anak di Pejabat Kebajikan masyarakat Daerah yang berhampiran. Kemudian, boleh terus mendaftar dengan PDK yang berdekatan dengan tempat tinggal kanak-kanak yang kurang upaya. Kemasukan ke PDK ni tiada had umur.

Aku rasa seronok sekali sebab dapat join program kali ni. Banyak pengalaman yang aku dapat. Kami bergotong-royong bersama-sama membersihkan kawasan sekitar PDK. Tidak tertumpu kepada gotong-royong sahaja kami juga mengadakan program interaktif bersama kanak-kanak OKU tersebut. Jelas di mata kelihatan mereka amat gembira sekali.


aku amik part mengecat..muka sememeh semacam..walaupun badan rasa lenguh+penat baju comot dek cat aku rasa sangat2 berbaloi dapat membantu dalam usaha murni ini..

pandai dia warnakan..



4 comments:

Amy Syaquena said...

salam..

Wahhh!!! bagusnya , gambar yang terakhir tue cantik..

noor said...

ssalam amy..
pandai dia kan

aima in luv said...

spe yg warnakan gmbr last 2
cntik la... berbakat 2..
hehe

noor said...

aima : pandaikan kemas jer...bukan color biasa tau...batik tuh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette