Thursday, June 9

Kena Pandai Berjimat

Cara yang bijak lagi kreatif dalam kewangan ialah dengan mengamalkan jimat cermat. Dengan jimat cermat kita boleh mengurangkan masalah kekangan kewangan. Lagipun sesungguhnya orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan.
Kat sini ada beberapa tips untuk kita amalkan jimat cermat:

Tip 1: Sediakan bajet kewangan keluarga
Ukurlah baju di badan sendiri. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Utamakan yang utama bagi keperluan keluarga.
Tip 2: Merancang kewangan untuk masa depan
Sediakan payung sebelum hujan. Wujudkan simpanan tetap atau tabungan untuk masa depan atau kecemasan. Boleh juga membuat simpanan dalam skim takaful yang memberikan manfaat perlindungan yang tidak kita dapati dengan simpanan biasa. Bagi mereka yang berminat dengan amanah saham, pilihlah yang terbaik untuk membuat pelaburan.
Tip 3: Masak sendiri
Kurangkan makan di kedai. Ini lebih jimat, terutama bagi keluarga yang ramai. Air tangan ibu atau isteri akan mengikat kasih sayang antara keluarga serta lebih terjaga kebersihannya. Secara tak langsung keluarga yang sihat akan mengurangkan kos perubatan yang tidak kurang mahalnya.
Tip 4: Bawa bekal ke pejabat
Jangan malu untuk membawa bekal ke pejabat. Malahan anak-anak juga perlu diajar membawa bekal ke sekolah. Dengan cara ini kita dapat berjimat  paling kurang RM3 sehari. Duit yang dijimatkan ini boleh dijadikan simpanan untuk masa hadapan dan kecemasan.

sumber : sini 



Cam aku hari ni masak sendiri nasi goreng untuk bekal ke pejabat. Aku kena berjimat cermat nak kumpul duit  untuk completekan misi komunikasi baru bak kata bro rizal hehehehe...dah lama ku idam-idam kan. Oh yer ada satu lagi misi yang asik tertunda misi klik klik!!!!



4 comments:

sha a.s said...

selalunye bnda yg nk kena bjimat ni bwt kite rs x best kn....ehehe..tp apekan daya...itulah lumrahnye klu nk kehidupan yg lebih baik in future......

Incik Restnrileks said...

Ye. Berjimat cermat tu satu benda yang sekarang boleh kita buat. Syabas jimat cermat untuk beli bahan baru. Hehehe. Abang rizal sekarang pun dah bawak bekal hari hari, bukan untuk sarapan jer tapi termasuk lunch. Hahha. Memang jimat lepas tu tak dak terasa pun nak turun bawah tuu beli kat santai. Tak pa skit skit lama lama jadi bukit.

Yeah pok chik nak tengok itu alat cakap cakap ello. Bila dah ada, boleh la main live blogging terus je guna skrin sesentuh.

noor said...

sha> btl tuh tp akan dayo nk sesuatu kenalh berkorban hehehe

incik RnR> i folo............

east said...

sama..aku masak nasi putih ikn kembung kicap,sayo kobis..xlupe jugek,,telo dadar..tp ni utk lunch le..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette